Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 21 November 2008

Ibadah Korban 1429

Saya menyeru kepada teman-teman untuk kembali merenungkan kambali kisah dan ketaatan yang dipamerkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. yang patuh terhadap setiap inci perintah Allah kepada mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.
Bersempena dengan peristiwa Nabi Ibrahi a.s. diperintah untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s. itu dan mengenang kembali pengorbanan yang jitu mereka berdua marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban pada 08 Dis 2008 akan datang dengan menyertai program Ibadah Korban walaupun sekurang-kurangnya satu bahagian dari iabadah tersebut.
Insyallah pada tahun ini saya bersama ahli kariah Surau Al-Muttaqin akan melaksanakan Program Ibadah Korban seperti tahun-tahun lalu dan Al-Hamdulillah sehingga kini pihak kami telah berjaya mengumpulkan penyertaan 6 ekor lembu iaitu dengan 5 ekor untuk porgram Korban dan seekor untuk tujuan aqiqah, walau bagaimanapun pihak kami masih membuka penyertaan kepada umum untuk melaksanakan ibadah korban mereka pada tahun ini.

Tiada ulasan: