Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Kitab al-Barzanji (Maulid Berzanji) Bhg 1
DIkirim oleh mohd masri
Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Kitab al-Barzanji (Maulid Berzanji)
Daripada: http://www.geocities.com/nawie83/aqidah__tauhid/artikel_aqidah/maulid.htm
Setiap pertikaian adalah diambil daripada beberapa rujukan kitab terjemahan berzanji. Dua Kitab terjemahan yang menjadi rujukan utama:
- Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i, Perniagaan Jahabersa, Susunan Ust. Zulkifli Mat Isa.
- Majmu’ah Maulid Sarif, Percetakan al-Ma’arif SDN. BHD.
Sebahagian Pertikaian (Kekeliruan dan kebatilan) Daripada Sekian Banyak Kebatilan:
Pertikaian 1 – Syair – “Salam atasmu (Muhammad) wahai pernghapus dosa (ya maa hayal zunuub)”
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
(Hanya Allah lah) Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang berat azabNya; Yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan dia; kepada-Nyalah tempat kembali. (al-Mu’min (40): 3)
Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)
“Dan aku merasa berdosa, maka ampunilah dosaku wahai Tuhanku! Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan segala dosaku kecuali Engkau” (al-Azkar, m/s 177. Cetakan Pertama an-Nawawi – Dinukil daripada kertas kerja kuliah Ust. Rasul Dahri)
“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Pertikaian 2 – Syair – “Salam atasmu (Muhammad) wahai tempat bernaung dan meminta (ya kahfau wa maqsod)”
Pertikaian 3 – Syair – “Salam atasmu (Muhammad) wahai tempat memohon segala hajat (ya kullal maraam)”
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (al-Ikhlas (112): 1-2)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja (tempat) kami memohon pertolongan. (al-Fatihah (1): 5)
Pertikaian 4 – Syair – “Salam atasmu (Muhammad) wahai penghapus bencana (ya jaaliyal kuruub)”
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada kami) sebelum (Nabi-nabi Yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan Dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan Yang besar. (al-Anbiya’ (21): 76)
Katakanlah: “Allah jualah Yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari Segala jenis kesusahan; Dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain)”. (al-An’am (6): 64)
Dan Kami telah selamatkan Dia bersama-sama Dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan Yang besar. (as-Saffat (37): 76)
Pertikaian 5 – Syair – “Kami mengharapkan darimu syafa’at di sisi Tuhan sekalian alam. Berilah perlindungan pada kami serta hapuskan pertengkaran yang buruk. Dan tolonglah kami sekalian di hari mahsyar. Dan juga tolong kami ketika kesusahan, hai penolong orang-orang yang memohon.”
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
1 – Nabi telah pun wafat. Tidak mendengar permintaan kamu.
“Dan tidaklah (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada mampu menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar. (Faathir (35): 22)
2 – Syafa’at itu adalah milik Allah:
“Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya). (an-Najm (53: 26)”
Dalam hal ini, adalah sebenarnya syafa’at belum diberikan kepada sesiapa pun lagi pada masa ini. Maka, adalah suatu tindakan yang batil apabila seseorang itu berdoa memohon syafa’at daripada Rasulullah s.a.w ketika di waktu ini. Sedangkan perihal syafa’at itu hanyalah berlangsung di hari kiamat kelak. Dalilnya adalah hadith riwayat Muslim daripada Kitab al-Iman, dan ad-Darimi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Aku adalah orang yang pertama yang memberi syafa’at di syurga dan aku adalah nabi yang paling banyak bilangan pengikutnya.”
Malah di dalam hadis-hadis yang lain di dalam sahih Muslim, kitab al-Iman (oleh Imam Muslim) menyatakan bahawa manusia pergi kepada nabi-nabi bermula dengan Adam a.s., Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., dan ‘Isa a.s., untuk mendapatkan syafa’at melalui mereka supaya mempercepatkan hisab di hari kiamat serta dimasukkan ke dalam syurga. Kesemua nabi-nabi tidak mampu melakukannya melainkan setelah Rasulullah s.a.w. menyembah Allah s.w.t. lalu dikurniakan syafa’at kepadanya. Di dalam bab yang sama juga, imam Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah, hadith berikut:
“Bagi setiap nabi (telah diberi peluang) permintaan yang dikabulkan. Maka setiap nabi yang lain telah mempercepatkan permintaannya masing-masing. (Tetapi) sesungguhnya aku (nabi s.a.w.) telah menyimpan permintaan aku (untuk mendapatkan) syafa’at bagi umatku di hari kiamat kelak dan ia (syafa’atku ini) adalah dikurniakan jika dikehendaki Allah s.w.t. kepada sesiapa yang mati dari umatku yang tiada mensyirikkan Allah dengan sesuatu.”
“Sesungguhnya syafa’atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
3 – Berdoa (tempat memohon) hanyalah kepada Allah:
“Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang didalamnya dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” (Hadits Riwayat Muslim)
“Ertinya: Katakanlah, ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (Al-An’am: 162-163)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja (tempat) kami memohon pertolongan. (al-Fatihah (1): 5)
4 – Allah itu dekat (dan sentiasa mendengar permintaan hambanya):
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah (2): 186)
5 – Syirik berdoa sambil menyekutukan Allah:
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. “Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan Ibadat kepada-Nya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan Aku tidak mempersekutukan-Nya Dengan sesiapapun”. (al-Jin (72): 18-20)
Pertikaian 6 – Syair – “Inilah nabi bagi sesiapa yang menziarahi makamnya memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat, dan keinginan. (Majmu’ah al-Maulid sarif, hal. 59)”
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
Adalah haram menyeru orang mati untuk memohon sesuatu (berdoa kepada orang mati).
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia”. (al-Israa’: 110)
Dan janganlah kamu seru (sembah) di samping (menyeru / menyembah) Allah, dengan apapun selain Dia. (al-Qasas (28): 87)
Pertikaian 7 – Nabi s.a.w. Melihat Zat Allah
“Maka Allah Ta’ala telah menampakkan kepada Nabi s.a.w. akan Zat-Nya itu sebagai satu daripada sebesar-besar kurniaan Allah ta’ala kepadanya”. (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. m/s. 58)
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
Sesungguhnya orang mukmin itu melihat Allah pada hari kiamat. (Terjemahan Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah, Ibn Taimiyyah, Pustaka at-Tibyan, m/s. 60)
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang Yang beriman) berseri-seri; Mereka melihat kepada Rabb-nya. (al-Qiyamah (75): 22-23)
Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak ada sesuatupun yang diberikan kepada mereka (penduduk jannah), yang lebih mereka sukai daripada kenikmatan melihat kepada Rabb mereka ‘Azza wa jalla”. Kemudian-nya Nabi s.a.w membaca (surah Yunos (10): 26): Untuk orang-orang Yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan Segala kebaikan serta satu tambahan Yang mulia (melihat Allah). (Riwayat Muslim I/163, dinukil daripada kitab terjemahan Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah, Ibn Taimiyyah, Pustaka at-Tibyan, m/s. 60-61)
Hadis yang lain:
“Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian (di jannah) sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak akan terhalang daripada melihat-Nya…” (Fathul Bari III/29 dan Muslim I/521)
Pertikaian 8 – Kebatilan Kepercayaan “Nur Muhammad”
“Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam yang nyata) hakikatnya Muhammadiyah” (Rujuk: Berzanji. m/s. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan oleh Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor. Jabatan Dakwah)
“Dan lagi aku memohon kepada-Nya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi s.a.w. yang mulia sehingga dahi ‘Abdullah ayahandanya”. (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa)
“Aku (Allah) ciptakan (cahaya terpelihara – Nur Muhammad) itu sebelum adanya sebarang benda dan sebelum terbentuknya langit dan bumi, malam ini dengan sukacitanya Aku pindahkan dia ke dalam perut ibunya.” (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. m/s. 93)
Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:
Statement di atas adalah sebenarnya melihat persoalan roh. Dan sesungguhnya persoalan roh itu adalah pada pengetahuan Allah.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah! “Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. (al-Isra’ (17): 85)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan