Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 26 Februari 2009

CELARU

Dunia kini dilanda dengan sindrom kekalutan dan kecelaruan yang tidak nampak tanda-tanda akan selesai dalam tempoh terdekat ini. Diperingkat dunia global kita menghadapi masalah kelembapan ekonomi yang memperlihatkan ramai yang dibuang dan diberhentikan kerja. Negara kita juga menghadapi masalah yang sama, ramai dari sahabat-sahabat kita tidak terlepas dari masalah kehilangan kerja.
Suatu perkara yang harus kita letakkan kebimbangan kini ialah apabila ramai dari kalangan rakyat sesebuah negara kehilangan sumber pencarian seperti yang berlaku kini maka akan terdedahlah ruang jenayah yang tiada sempadan lagi.
Inilah ujian yang yang terpaksa kita hadapi dan kita harapkan pihak-pihak berkuasa dapat mencari jalan untuk menyelesaikan kekalutan dan kegawatan ekonomi sekarang.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi dalam kekalutan dan kecelaruan dalam negara kita bila kita lihat senario politik yang makin bercelaru bila orang-orang gila jawatan mula menggila.
Dunia telah kenal bahawa Israel adalah satu-satunya kerajaan dan negara haram dan yang tidak di iktiraf diperingkat antarabangsa, kini kita melihat satu lagi kerajaan haram wujud tetapi malangnya ia muncul dalam negara yang kita cintai ini.
Politik merasuah, mengugut, menghina, mengaib, dan terkini menculik ahli politik dan saman-menyaman menjadi trend baru dalam senario politik sekarang.
Kecelaruan politik kini sebenarnya menampakkan kepada kita bagaimana gilanya orang-orang yang gilakan kuasa dan harta untuk terus menjadi penguasa. Betapa sayangnya dan betapa rakusnya mereka berkompromi untuk mendapatkan kuasa walaupun dengan cara membunuh sekalipun hatta terpaksa membelakangkan undang-undang dan etika kerana yang penting adalah kuasa.
Sang penguasa yang celaru dan gila ini sebenarnya sudah tidak ada akhlak dan moral serta air muka lagi kerana mereka sentiasa mendapat sokongan dan dokongan jentera-jentera kerajaan yang suka diperkuda seperi PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya hanya untuk terus berkuasa.
Tetapi yang malangnya mereka yang berebut dan mempertahankan kuasa ini bukanya untuk mempertingkatkan khidmat mereka kepada rakyat tetapi hanya untuk membuncitkan perut dan memperkayakan anak-beranak serta kroni-kroni sahaja.
Bagi kita sewajarnya menilai ahli-ahli politik yang ada virus seperti ini untuk kita nyahkan dalam arena dan persada politik negara kita pada masa-masa akan datang.