Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 26 Oktober 2009

Hari Ulangtahun Kelahiran Anak Sulung Kami Ke 6.

Alhamdulillah sejak pernikahan kami pada 22 Dis 2002 lalu kami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Detik paling gembira apabila bermula saya menjadi ayah pada tanggal 20 Oktober 2003 apabila saya telah dikurniakan seorang putri yang kami namakan Aleesa Hanim. Minggu lalu 20 Oktober 2009 kami meraikanhari kelahiran beliau.













Jumaat, 23 Oktober 2009

Watak Manusi Yang Dibenci Oleh Islam

Allah SWT mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenterman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan empat watak manusia yang sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Keempat-empat watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Antara watak tersebut adalah:

Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati.

Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.


Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.

Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya.

Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani:Mafhumnya: “Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.


Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan.

Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:
Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”.

Watak Ketiga : Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.


Maksudnya: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.” (Surah al-Ahzab:17)

Isnin, 19 Oktober 2009

BERKURSUS DI ILDAS

Alhamdulillah saya kini berada di Institut Latihan Dakwah Islamiah Selangor ( ILDAS ) Sabak Bernam untuk mengikuti kursus Asas Taranum Al-Quran bermula hari ini 19 hingga 22 Oktober 2009.

Setelah mengikuti 2 kelas sebentar tadi saya merasakan cukup bodoh dan lemahnya diri ini apabila ilmu al-Quran yang maha luas ini masih belum dapat saya terokai dengan sewajarnya.

Bermula dengan sesi ceramah satu, pembentang telah mengemukakan bagaimana sejarah Tarannum al-Quran di susun sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini.

Nabi sendiri telah memberikan peringatan kepada kita menjaga adab untuk membaca al-Quran supaya kita membacanya dengan beradab dan bertarannum dengan lagu-lagu yang indah yang mempunyai sifatnya tersendiri.

Bagaimana Nabi sendiri sebagai seorang yang menerima terus al-Quran dari Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. dengan suara yang sungguh sedap dan lunak ketika Nabi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quranulkarim dan perkara inidiperakui oleh para sabahat Baginda sendiri dalam pelbagai riwayat.

Ceramah kedua pula berkisar tentang suara. Kita Wajib bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kerana memilik suara.

Dengan kelebihan suara itulah kita sewajarnya menggunakanya dengan baik dengan kita sentiasa menggunakan suara dan kelembutan lidah ita membaca al-Quran dengan alunan suara dan lagu yang lunak.

Bayangkan bagi orang yang Allah tidak berikan nikamat suara betapa mereka sangat inginkan suara untuk membaca al-Quran tetapi sebaliknya kita yang diberikan nikmat suara sentiasa lalai dari membaca al-Quran dengan baik.

Insyaallah pada kesempatan lain saya akan huraikan secara mendalam kelangsungan ilmu taranum untuk dikonsi bersama. Wallahualam.

Khamis, 15 Oktober 2009

15 Sebab Turunya Bala

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:


1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.


6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.


8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.


11. Apabila arak menjadi minuman biasa.


12. Apabila lelaki memakai sutera.


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Ciri Isteri Yang Solehah

Isteri yang baik secara total akan mudah melahirkan rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.


Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir daripada isteri yang soleh, jiran yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat.

Manakala masyarakat yang baik pula lahir daripada rumahtangga dan keluarga yang bahagia.
Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah s.w.t. bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.


Daripada sifat semula jadi dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang soleh, sudah pasti berhasil.


Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia terhasil.


1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul


Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah s.w.a. Ketaatan yang tidak berbelah bagi dengan sendirinya kan melahirkan disanubari perasaan kasih kepadanya.


Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang bermaksud. "Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasulnya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik."


Jelas kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t. akan menelurkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia. Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperolehi sekirannya persediaan kearah itu disambilewakan.


Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal lagi. Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam ugama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikut ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.


Firman Allah :" Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.," An-Nahl ayat 18. Daripada rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan kepada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengonkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.


2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan


Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) sesaorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi kiranya kecantikan ini dapat diadunkan dengan akhlak yang mulia sudah tentu ia adalah pilihan utama setiap insan.


Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan lagi taraf kamanusian dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.


Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.


Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak soleh. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sepertimana kaedah sistem belian pati yang berluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.


Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang berhajat sahaja. Isteri yang soleh juga akan mudah mengawal harta benda suami ketika ketiadaan-Nya


3. Mengambil berat kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.


Wanita yang telah dididik sejak awal-awal lagi dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persediaan berumahtangga dan memahami kewajipannya memperbaikinya dari masa ke semasa dengan patuh dari tunjuk-ajar suaminya.


Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya."


Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bagi asalkan yang diredai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika ketiadaannya.


Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.


Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang soleh merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mendodoikan anaknya ketika hendah tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.


Isteri yang soleh sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.
Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.


4. Malu dan taat


Sifat malu sememangnya lumrah bagi seorang wanita. Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.


Isteri akan diam semasa suami bercakap, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi ia perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikut nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangi dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-perandakan rumahtangga.


Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. "Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikitpun bagimu daripada mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu mendatangi/mengerjakan sesuatu kedurhakaan yang nyata.

Maka jika mereka berlaku curang, berbuat durhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka.

Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula.

Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka."


Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai berlaku yang tidak sesuai denga kewanitaannya dan dilarang oleh agama.


Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan meghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.


5. Mulia dan hormati ahli suami dan kerabatnya


Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.


Oleh itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati akan ahli-ahli (adik-beradik) suami, saudara-mara dan kerabatnya mengikut batas yang tertentu. Dan perhubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.


Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.


Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh sisuami hingga membabitkan keluarganya akan juga menjadi punca perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.

Oleh: Mokhtar Hj Adnan

Tanda Kematian Insan

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.


Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.


Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.


Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.


Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.


Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari terakhir sebelum kematian.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari terakhir sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.


Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.


Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.


Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.


Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari terakhir.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.


Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.


Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.


Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali


1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Rabu, 14 Oktober 2009

Persiapan Sebelum Mati

لنتوب قبل الممات


قال الله تعالى

"قل ياعبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لاتقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعاً إنه هو الغفور الرحيم"


يقول العلماء هذه أرجأ آية في كتاب الله...كيف لا ؟ وهي قد أشرعت أبواب الأمل في وجوه البائسين وضمنت خط العودة للتائهين. لاإله إلا الله ، ماأرحم الله بعباده وماأحنه عليهم ,وماأوسع رحمته


من منَّا لا يُخطئ، من منًّا لا يُذنب، من منَّا لا يقع في المعاصي،كثرت ذنوبنا وأثقلت ظهورنا، نسبُّ هذا، ونقذف هذا، ونضرب هذا، ونجاهر ونفتخر بالمعاصي، وطالما فرَّطنا في جنب الله تعالى، ينزل جل وعلا إلى السماء الدنيا في الثلث الأخير من الليل ويقول: هل من مستغفرٍ فأغفر له، هل من تائبٍ فأقبله، هل من سائلٍ فأعطيه مسألته، ونحن في غفلة غارقون في ذنوبنا


أيها الأخوة والاخوات إن ربنا رحيم غفور ودود لايريد أن يعذبنا، خلق من أجلنا الجنة وزينها ووعدنا فيها بحياة طيبة وإقامة دائمة في نعيم وحبور ولكننا نحن الظالمون لأنفسنا نحن المفرطون في جناب الله، الأمر لايحتاج منا سوى إلى توبة صادقة وندم على الذنوب وعودة إلى الله فيبدل الله السيئات إلى حسنات ويعفو عن الخطايا والزلات ولكننا غافلون مسوفون مؤملون


اخي واختي في الله يا من أثقلتك الذنوب والمعاصي، يا من آثرت الدنيا على الآخرة، سارع بالتوبة والرجوع إلى الله فإنك لا تدري متى يطرق ملك الموت عليك الباب، واعلم أنك إذا تبت ورجعت إلى الله بنية صادقة فإن الله سيبدل سيئاتك حسنات كما قال -جل وعلا-: "والذين لا يدعون مع الله إلهً آخر ولا يقتلون النفس التى حرَّم الله إلا بالحق ولا يزنون. ومن يفعل ذلك يلق أثاما يضاعف له العذاب يوم القيامة ويخلد فيه مهانا. إلا من تاب وآمن وعمل عملاً صالحا فأولئك يبدِّل الله سيئاتهم حسنات وكان الله غفورًا رحيما"

اخواني واخواتي


منحنا الله مهلة للتوبة قبل تسجيل السيئات، فقد جاء في الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "إن صاحب الشمال ليرفع القلم ستَّ ساعات عن العبد المسلم المخطئ، فإن ندم و استغفر الله منها ألقاها، وإلا كُتبت واحدة ومهلة أخرى بعد الكتابة وقبل حضور الأجل، فسارعوا بالتوبة ولا تضيعوا هذه المهلة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين، وذلك حين لا ينفع الندم


و التحرر من الذنوب في الدنيا سهل ميسور باستغفار وتوبة إلى الله يغفر الله لك آلاف السيئات
تذكر إن الله يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل. فلا تظلم نفسك ولاتحرمها من عفو الله.
شروط التوبة كما قررها العلماء وهي أربع : أولها أن يقلع عن المعصية والثاني: أن يندم على فعلها، والثالث: أن يعزم ألا يعود إليها أبداً والرابع: أن يبرأ من حق صاحبها إن كانت تتعلق بحق آدمي كمال أو عرض ونحوهما

.
اللهم إنا نسألك التوبة من كل ذنب والعفو عند الحساب والمغفرة من كل إثم ونسألك الفوز بالجنة والنجاة من النار ياعزيز ياغفار
.

Rahsia Kalimah Tauhid Yang Agung


Abu Hurairah dan Abu Sa'id meriwayatkan sebuah hadis Qudsi daripada rasulullah s.a.w. tentang ucapan kalimah tauhid la ilaha illa Allah.


"Apabila seorang hambaNya mengucapkan kalimah :


لااله ألله والله اكبر


" Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar" lalu Allah s.w.t. menjawab " Hamba-Ku berkata benar. Tiada Tuhan selain Aku dan Aku Maha Besar".


Apabila seorang hamba mengucapkan :


لااله الا الله وحده


" Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Esa ", lalu Allah s.w.t. menjawab "Hamba-Ku berkata benar, Tiada Tuhan selain Aku yang Maha Esa."


Apabila seorang hamba mengucapkan :


لااله الا الله وحده لا شريك له


" Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya ". lalu Allah s.w.t. menjawab " Hamba-Ku berkata benar, Tiada Tuhan selain Aku dan tiada sekutu bagi-Ku ".


Apabila seorang hamba mengucapkan :


لااله الا الله له الملك واله الحمد


" Tiada Tuhan selain Allah, segala kekuasaan milik-Nya dan segala puji bagi-Nya". lalu Allah s.w.t. berkata " Hamba-Ku berkata benar, Tiada Tuhan selain Aku. Segala kekuasaan milik-Ku dan segala puji bagi-Ku".


Apabila seorang hamba mengucapkan :


لااله الا الله ولا حول ولا قوة الا بالله


" Tiada Tuhan selain Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah ". lalu allah menjawab " Hamba-Ku berkata benar. Tiada Tuhan selin Aku. tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Ku"


Hadis riwayat Ibn Majjah

Isnin, 12 Oktober 2009

UNTUNGNYA BERPOLIGAMI

Sepanjang sejarah manusia, kalau kita lihat dari dulu sampai sekarang, dalam soal unit keluarga ini ada berbagai-bagai bentuk amalan. Ada suku-suku bangsa yang mengamalkan sistem polyandry, yang sangat bertentangan dengan fitrah manusia.

Polyandry ini ialah isteri yang mempunyai lebih daripada satu suami. Ini berlaku pada suku-suku kaum yang mundur, misalnya kaum asli atau Aborigin. Di dalam sistem ini seorang perempuan boleh mempunyai dua atau tiga suami, kadang-kadang berbelas-belas suami. Semua suami berkhidmat kepada isteri tersebut.

Ia mirip kepada sistem hidup semut atau lebah di mana ketuanya adalah permaisuri. Permaisurilah yang mengarahkan segala-galanya. Islam membawa satu sistem yang bertentangan dengan itu, iaitu poligami, di mana seorang suami boleh mempunyai banyak isteri.

Sekali imbas, kalaulah poligami dalam Islam ini tidak dikaji betul-betul kebaikan dan hikmahnya, maka kebanyakan manusia terutama para orientalis dan orang-orang Islam sendiri yang tidak faham atau yang tidak dididik secara Islam, akan menganggap bahawa poligami ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu cara untuk orang lelaki menindas kaum perempuan atau untuk memuaskan nafsu mereka terhadap kaum perempuan. Maka timbullah berbagai fitnah terhadap orang yang berpoligami. Tambahan pula ada orang-orang Islam yang berpoligami tetapi tidak mengikut cara berpoligami yang sebetulnya.

Antaranya, berlaku ketidakadilan, tidak membela, mengabaikan anak, tinggal isteri lama-lama dan lain-lain lagi sehingga timbullah masalah dalam masyarakat. Maka buruklah rupa poligami itu walaupun yang sebenarnya hikmahnya sangat besar.

Poligami jadi ‘buruk’ kerana orang yang mengamalkannya tidak mengikut cara sebagaimana sepatutnya. Hilanglah cantik dan indahnya amalan poligami ini. Lalu bagi yang tidak faham dan juga bagi para orientalis, inilah kesempatan untuk mereka menekan, mencemuh serta menghinakannya.

Termasuk golongan yang tidak menyokong poligami ini ialah kaum wanita Islam yang tidak faham dan yang mengukur dan menilainya dengan perasaan dan hawa nafsu mereka semata-mata. Mereka menentang poligami atas alasan tidak mahu berkongsi kasih sayang suami, suami tidak akan berlaku adil dan sebagainya.

Sebenarnya kasih sayang itu bukan mata benda macam duit yang kalau dikongsi, takut-takut tidak cukup atau jadi kurang. Ia perkara maknawi yang tidak boleh disukat dengan dacing atau gantang.

Ia ibarat air laut. Sebanyak mana pun bekas yang dibawa, diisi penuh dengan air laut tidak akan habis malahan sedikit pun tidak akan luak atau kurang. Kalau isteri itu solehah dan berakhlak, tetap suami akan sayang.

Kalau ada empat isteri yang semuanya solehah dan berakhlak, keempat-empatnya suami akan sayang. Kalau isteri degil, jahat dan tidak berakhlak, tidak ada suami yang akan sayang walaupun dia seorang sahaja isterinya.

Kasih sayang bukan benda yang dikongsi-kongsi. Masing-masing boleh ambil mengikut hak masing-masing tertakluk kepada syarat sama ada mereka itu menyenangkan hati suami dan layak diberi kasih sayang ataupun tidak.

Adil pula bererti menaruh hak pada yang hak. Adil tidak bermaksud pembahagian sama rata. Kalau seorang suami mempunyai ramai isteri dan setiap isterinya diberi nafkah mengikut keperluan masing-masing walaupun nilainya tidak sama di antara satu sama lain, itu adalah adil namanya sebab keperluan setiap isteri itu tidak sama.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh wanita yang menentang poligami atas dasar takut suami tidak adil sebenarnya ialah kerana mereka mahu membolot kesemua harta dan wang suami untuk diri mereka seorang sahaja dan tidak mahu berkongsi harta dan wang suami dengan orang lain. Kalau inilah sebab yang sebenarnya, maka jangan gunakan alasan adil atau tidak adil kerana ini tidak ada sangkut-paut dengan keadilan.

Memang Allah jadikan lelaki itu sifat semulajadinya polygamous atau suka pada lebih dari seorang isteri. Syariat Islam juga sesuai dengan fitrah ini dan lelaki dibenarkan berpoligami.

Hikmahnya banyak. Ia boleh cepat meramaikan zuriat. Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan gembira malahan megah melihat umatnya ramai. Tambahan pada itu, orang perempuan ada banyak masa uzur.

Contohnya semasa haid atau setelah bersalin. Ada yang haid sampai lima belas hari. Tetapi orang lelaki sentiasa bersedia atau sentiasa siap siaga. Oleh itu, seorang isteri tidak akan mampu melayan kehendak suaminya sepanjang masa.

Isteri perlu bertolak ansur dan membenarkan suaminya mempunyai isteri-isteri yang lain terutama kalau suaminya jenis yang berkeinginan tinggi. Lelaki juga, sifat semula jadinya mudah jemu.

Ibarat makanan, kalau setiap hari dihidangkan gulai asam pedas, lama-lama dia akan hilang selera walaupun asam pedas itu sedap. Kalau gulai asam pedas itu digilirkan dan diselang seli dengan masak lemak cili api, kari atau gulai tempoyak, maka seleranya terhadap gulai asam pedas akan kekal sampai bila-bila. Selang beberapa hari, dia akan berselera untuk makan gulai asam pedas semula.

Ada peribahasa Inggeris yang berbunyi “Variety is the spice of life”. Poligami ialah satu jalan untuk mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Belum hilang rindu pada seseorang isteri, sudah terpaksa ditinggalkan untuk giliran isteri yang lain.

Dengan demikian, si suami sentiasa dalam keadaan merindui isteri-isterinya. Isteri-isterinya sama juga. Tidak sempat untuk jemu, tidak sempat untuk bosan. Jadi tidak ada ruang untuk pergaduhan dan bermasam-masam muka. Salah sedikit-sedikit mudah sahaja dimaafkan.

Bagi para isteri, melayan suami meletihkan. Kalau suami ada di rumah, isteri terpaksa memberi tumpuan pada suami. Tidak banyak masa terluang untuk membuat perkara-perkara yang diminati atau yang boleh dijadikan hobi seperti menjahit ke, crochet ke, menanam orkid ke, buat parti ‘tupperware’ ke dan sebagainya. Tambahan lagi, kalau suami sentiasa ada di rumah, lama-kelamaan layanan akan jadi hambar. Sampai satu ketika, masing-masing akan buat hal masing-masing.

Dalam poligami, ada giliran. Kalau waktu giliran, isteri boleh memberi segala tumpuan untuk melayan suaminya kerana itulah masa pun untuk bersama. Semasa bukan giliran, isteri boleh buat kerja-kerja lain yang dia suka.

Maka fikiran dan aktiviti isteri boleh terbuka luas dan tidak jadi terkongkong dan jumud seperti isteri yang tidak bermadu. Inilah juga peluang untuk isteri yang bermadu berkecimpung di dalam masyarakat, untuk membuat khidmat-khidmat masyarakat dan membina serta membangun masyarakat khususnya dalam hal ehwal dan kebajikan wanita dan kanak-kanak.

Ini kerana di kalangan para isteri, ada yang layak dan berkemampuan untuk memimpin dan menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita. Kalau semua masa diperlukan untuk melayan suami semata-mata, masyarakat akan rugi. Sukar bagi isteri yang tidak bermadu hendak berkecimpung dalam masyarakat kerana dia terpaksa melayan suami. Kalau tidak suami akan terabai.

Kalau ramai isteri-isteri yang bermadu, maka ramailah tenaga wanita yang ada untuk menggerakkan pertubuhan-pertubuhan wanita dan memajukan kaum wanita dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan. Biar isteri yang mempunyai giliran sahaja yang melayan suami. Yang tidak mempunyai giliran boleh bergerak dan berkhidmat dalam masyarakat. Masyarakat akan untung. Kaum wanita akan untung.

Wanita Barat sibuk dengan ‘Women’s Liberation’ tetapi apa pun tidak berlaku. Tidak ada hasil. Bising sahaja. Biar wanita Islam sibuk melagangkan poligami dan pada waktu yang sama, kaum wanita Islam membina, membangun dan berkemajuan.

Sebenarnya kalau kita dapat fikirkan dengan waras, kita akan berterima kasih kepada orang lelaki yang mahu berpoligami.Kerana bila seorang lelaki berkahwin, dia hanya selesai satu masalah tetapi dalam masa yang sama dia menempuh 99 masalah. Bagi orang perempuan pula, bila dia berkahwin, dia selesai 99 masalah dan menempuh satu masalah sahaja.

Jadi kalau ada lelaki mahu berkahwin, ertinya dia itu berani kerana dia sanggup menempuh 99 masalah. Lebih-lebihlah lagi yang mampu kahwin lebih, 2, 3 atau 4. Maknanya akan timbul 99 x 4 masalah. Orang yang hendak berpoligami ini haruslah seorang yang berani, tahan lasak dan sanggup menanggung risiko. Poligami sebenarnya adalah satu perjuangan. Melalui poligami ini kita dapat membangunkan berbagai kekuatan.

Poligami ini mendidik kita setiap hari. Melalui poligami, tiap saat kita terdidik, sebab kita terpaksa berhadapan dengan kerenah para isteri, berhadapan dengan tanggungjawab dan sebagainya.

Maknanya 24 jam kita terdidik. Hendak tidur pun kita kena tepati tempat dan masa. Berbeza kalau ada seorang isteri.Hendak balik ke rumah atau tidak, hendak tidur di rumah atau tidak, ia terpulang pada suami. Tetapi bila berpoligami,suami sudah tidak bebas lagi. Giliran pada isteri-isteri wajib dipenuhi.

Poligami sebenarnya adalah satu proses tarbiah yang cukup hebat. Dari poligami akan timbul kekuatan-kekuatan lain.Melalui poligami akan tumbuh sifat-sifat baru pada diri kita yang boleh menguatkan kita.

Antaranya ialah sifat sabar. Poligami menjadi tempat latihan bersabar menghadapi bermacam-macam kerenah isteri. Suami akan terlatih bagaimana hendak bersaikologi, berstrategi dan lain-lain. Ini merupakan pengalaman dan pendidikan yang boleh membantu kita menjadi mantap dari segi mental dan spiritual.

Hati dan perasaan kita akan tercanai sehingga benar-benar dapat membangunkan insaniah kita. Seolah-olahnya poligami ini adalah riadhah (latihan) hidup bagi akal, fizikal,hati dan nafsu kita. Kita akan jadi pandai menyusun hidup dan memaksimumkan penggunaan masa, kewangan dan sebagainya di antara isteri-isteri dan anak-anak kita.

Kita akan pandai mengambil hati para isteri dan melayan kehendak fizikal, emosi dan rohani mereka kerana itulah perkara yang akan memberi kepuasan kepada mereka yang kadang-kadang kita abaikan ketika kita beristeri satu.

Kita hanya “take for granted”. Kita akan sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan sifat memaksa diri supaya sentiasa berlaku adil dan tekanan atau tuntutan untuk sentiasa berlaku adil itu sangat berkesan untuk menjadikan kita orang yang adil atau sekurang-kurangnya orang yang berfikiran dan berperasaan adil kerana tuntutan berlaku adil itu sentiasa bermain di dalam fikiran dan hati kita.

Kita bertambah sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan isteri-isteri kita. Ini boleh menjadikan kita orang yang sensitif dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang-orang lain. Kita akan jadi orang yang lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri. Dalam keadaan berpoligami, kita akan belajar berfikir habis-habis sebelum kita memperkatakan sesuatu, lebih-lebih lagi sebelum kita berbuat sesuatu.

Ini kerana risiko bertindak secara semberono dan melulu mempunyai kesan yang lebih berat di dalam poligami daripada di luar poligami. Banyak hati-hati yang akan tersentuh atau terluka. Dalam monogami,kesilapan, kekasaran dan tindakan yang melulu lebih mudah boleh diterima atau diambil ringan.

Dalam mendidik isteri yang ramai dan supaya mereka lebih mudah menerima didikan kita, kita perlu jadi contoh dan kita perlu serius dengan Tuhan dan hukum-hakam agama. Barulah kita ada wibawa dan isteri-isteri kita mudah patuh dan akur akan kepimpinan kita kerana kita sama-sama ingin menuju kepada keredhaan Tuhan.

Tidak ada ruang dalam poligami bagi suami yang ingkar dengan perintah Tuhan dan yang meringankan agama kerana tidak ada isteri yang akan hormat dan akan memberi ketaatan kepadanya.Disiplin perlu dalam berpoligami.

Begitu juga cara hidup yang berperaturan dan berjadual. Poligami mendidik kita supaya berdisiplin dan berperaturan. Juga dalam menghadapi masalah dan tanggungjawab berpoligami yang lebih berat, suami akan banyak meminta tolong dan bergantung harap dengan Tuhan. Inilah satu sifat yang Allah sangat suka.

Hati suami akan banyak mengadu, meminta bantuan dan merintih dengan Tuhan. Suami akan banyak mengingat Tuhan. Perkara ini juga berlaku kepada para isteri.Dalam hendak memujuk-mujuk hati dan mendidik perasaan, isteri akan juga banyak mengadu dan merintih dengan Tuhan.Berbahagialah para suami dan isteri yang hati mereka sentiasa bersama Tuhan. Barulah kita nampak bahawa poligami sebenarnya amat baik dan sangat penting. Kalau tidak, tentulah ia tidak menjadi `dakbus solihin’ atau tradisi para nabi dan rasul, wali-wali dan orang-orang soleh zaman dahulu.

Sudah pasti ada sesuatu yang besar dalam poligami. Walaupun poligami ini telah disingkirkan oleh umat Islam bahkan dicemuhkan, ia sebenarnya mencetuskan berbagai kekuatan. Bukan sahaja bagi pihak suami bahkan isteri juga mendapat manfaat yang banyak dari poligami. Walaupun mereka terpaksa mengurut-urut dada, memujuk-mujuk hati dan terpaksa korban perasaan, mereka juga akan mendapat berbagai kekuatan dalam menempuh ujian hidup berpoligami dan bermadu.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berlegar di sekitar suami mereka sahaja. Apa-apa pun “husband I”. “Husband I” inilah. “Husband I” itulah. ‘Husband’ mereka sudah jadi matlamat, bukan lagi alat untuk menuju kepada Tuhan. Bukan mudah untuk mengubah sikap dan pegangan ini.

Suami mereka lebih banyak di hati mereka dari Tuhan sendiri. Apa-apa pun suami, bukan Tuhan. Poligamilah ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini. Apabila sudah bermadu, mereka akan sedar bahawa suami mereka bukan hak mereka seorang. Dia sudah ada isteri-isteri yang lain. Ketika itu hati mereka akan berhijrah daripada suami kepada Tuhan,tempat mereka merintih, mengadu dan memohon kasih sayang.

Kita tidak akan tahu atau nampak cacat hati, sifat mazmumah dan penyakit jiwa yang ada pada seorang isteri ketika dia seorang. Kita sangka dia sudah baik. Bahayanya, dia akan mati membawa penyakit-penyakit tersebut kalau ianya tidak dibongkar dan diubati. Sifat-sifat mazmumah itu ialah dosadosa batin. Isteri itu sendiri tidak akan bertaubat dari dosadosa tersebut kerana dia pun tidak tahu dan tidak sedar. Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri.

Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, maki hamun, hasad dengki, tamak haloba, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami.

Semasa berpoligamilah peluang untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah. Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik.

Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya.Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya kerana suaminya. Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya kerana Allah SWT.

Sesiapa yang ingin menambah cawangan sila berjumpa dengan saya kerana borang permohonan berpoligami sudah beku dalam simpanan saya....mai pakat ambil satu....

sumber artikel :baca disini

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN OLEH PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan:

Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda.

Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan:

Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri.

Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya.

Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas.

Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam.

Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama.

Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Sumber :http://idhamlim.blogspot.com/

10 SEKSAAN KEPADA WANITA DIPERLIHATKAN KEPADA RASULULLAH SEMASA PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan

(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.Baginda juga melihat bagaimana

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/