Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 24 September 2010

إمام مصري يقرأ قل يا عبادي الذين أسرفوا - مؤثر و رائع

سبحان الله



Bilal Assad - Surah An-Naba

Subhanallah.... Masyaallah.... dengarkanlah kelembutan bacaan dengan sebutan makhraj huruf yang sungguh menusuk jiwa.... qaedah bacaan yang bersahaja. Saya cukup tertarik dan terpesona dengan kelembutan lidah qari ini mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quranul Karim...

Khamis, 23 September 2010

Harga Petrol....Dalam Diam KERAjaan Pusat Sembelih Rakyat.....

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini.

Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia?

Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM3,975,000.00!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Sumber - Ustaz Saiful Bahri

RINGANNYA ZINA.....

Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini, semalam.

"Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini...sumber

Kes ini satu dari berpuluh mungkin beratus atau beribu kes yang seumpamanya yang melibatkan remaja dan zina. Saban hari dipaparkan kes zina samada sukarela atau dipaksa.
Malang sungguh usia yang sepatut dimanfaatkan untuk menuntut ilmu dinodai dengan zina.
Inilah akibat bila makin jauh dari ajaran Islam.

Apakah sekolah Hamil yang lahir dari 'idea genius' KM Melaka berupaya membetulkan semua kepincangan ini? Atau apakah adanya sekolah Hamil ini memberikan satu peluang baru bagi penggemar zina.."apa susah..kalau termenggandung kerajaan ada sediakan sekolah hamil..." senang bukan??? Semudah ABC...

Wahai ibu bapa,bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Hanya Islam yang menjadi penawar kepada semua kepincangan ini.

Sesekali checklah hp anak anak...smsnya, imejnya, videonya...Sesekali juga checklah Facebook anak anak..apa isinya,apa gambarnya..
Ingat!!! Anak adalah amanah Allah..

SWT berfirman di dalam At Tahrim ayat 6.
"Quu anfusakum wa ahlikum naaron" (Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka)

Ahad, 19 September 2010

Hilangnya Semangat Ramadhan

Alhamdulillah kini Ramadhan telah 11hari berlalu meninggalkan kita namun kesan dari tarbiyah ramadhan nampanya kurang meninggalkan kesan kepada kebanyakan kita. Bukan salah pada kemuliaan Ramadhan itu namun ia adalah kealpaan kita sendiri.

Mari kita singkap kegagalan kita dari menghayati kesan Ramadhan.

1. Solat berjemaah. Telah 11 hari berlalu masjid dan surau nampaknya masih terlalu suram dan lenggang. Jika kita lihat sepanjang ramadhan lalu masjid khususnya akan menerima kehadiran para jemaah yang cukup membanggakan....namun hari ini ia sungguh mendukacitakan....masjid yang besar akan kelihatan terlalu lenggang dan sepi....sudah tiada kelihatan lagi kelompok insan yang beriktikaf..sambil membaca al-Quran dan sebagainya....maknanya kita telah gagal menghayati tarbiyah ramadhan.

2. Soalan mudah untuk kita sendiri...sejak 11 harai ini sudah berapa lembaran al-Quran yang sudah kita baca ?....secara jujur mungkin masih ada lagi yang belum menyentuh al-Quran apatah lagi membacanya...atau mungkin yang adapun jika ada kematian dikalangan ahli keluarga dalam tempoh 11 hari ini atau yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat lalu.....nampaknya Ramadhan dan mukjizat al-Quran juga tidak mendatangkan kesan kepada masyarakat kita hari ini.

3. Sudahkah kita menunaikan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal ini?.....jawablah sendiri....

4. Secara tidak sedar kita turut meraikan pembebasan SYAITAN dari dibelenngu sepanjang Ramadhan lalau apabila ramai dari kalangan kita teruja dan terpesona dengan tayangan TV yang memuatkan tancangan dan tajuk-tajuk filem hantu.....Bagaimana mungkin kita boleh turut tertarik dengan cerita-cerita hantu yang ditayangkan itu? Sepanjang ramadhan lalu kita cukup kuat dan kental emuji akan kebesaran Allah swt dan kini kita kental dengan cerita hantu pual..... begitulah licik dan halusnya YAHUDI menggugat keimanan kita..... Wallahualam...akan bersambung....

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Sabtu, 11 September 2010

Berhari Raya di rumah mertua di Kg Koi Mukim Damak Jerantut Pahang Darul Makmur









Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Saya mengambil kesempatan ini inginmengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri maaf zahir & batin kepada semua pengunjung blog ini.

Dengan harapan segala amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan yang lalu dan semua amal ibadat kita kepada Allah Rabbul Jalil akan diterima.

Sabtu, 4 September 2010

HUKUM membaca teks al-Quran semasa solat

Apakah hukum membaca alquran pada mushaf ketika solat?


Jawapan:


" Pernah Sayyidah Aisyah r.a diimamkan oleh Maula (Khadam) beliau yg bernama Zakwan. Ketika menjadi imam kepada beliau itu, Zakwan membaca Alquran pada mushaf."
[ Disebut oleh Imam Bukhari dalam Sahih beliau, juz 1 m/s 245 dengan meletakkan bab hamba dan maula menjadi imam. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Abu Syaibah dalam Musonnaf beliau, juz 2 m/s 123, Al-Baihaqi dalam al-Kubra, juz 2 m/s 253 ]

Berdasarkan kepada riwayat inilah mazhab Syafi`i dan Hanbali berpendapat harus meletakkan sedemikian. Bahkan golongan ulama mazhab syafi`i menambahkan bahawa solat tidak batal sekalipun seorang yg bersolat itu membaca di dalam hati tulisan selain daripada al-Quran.

Imam Nawawi telah menaqalkan pendapat mazhab ini sebagaimana kata beliau:
Quote
" Jika sesorang itu memabaca Alquran daripada mushaf, tidak batal solatnya sama ada dia telah menghafal alquran atau tidak. Bahkan wajib dia melihat pada mushaf jika tidak menghafal surah AL-FATIHAH.
Jika dia membalik-balik lembaran kertas mushaf itu pada sesetengah ketika dalam solatnya tidaklah batal solat itu. Dan jika dia melihat pada tulisan selain daripada Alquran dan mengulang-ulanginya di dalam hatinya bacaan itu tidak batal juga solatnya,sekalipun lama masanya. Tetapi perbuatan begini adalah makruh. Ini telah dinaskan oleh Imam Syafie R.A. dan disepakati oleh sahabat-sahabat beliau."
[ Al- Majmu` oleh Imam Nawawi, juz 4 m/s 27 ]

Syeikh Rahaibani telah menaqalkan mazhab Imam Ahmad R.A. sebagaimana kata beliau: " (Dan) boleh bagi orang yg bersolat itu (membaca pada mushaf dan melihat padanya) ertinya mushaf. Kata Imam Ahmad R.A; tidak mengapa sesorang itu bersolat qiamullail dengan manusia (menjadi imam) sambil melihat kepada mushaf.
Beliau ditanya, kalai solat itu solat fardhu apakah hukumnya?
Jawab beliau " Sy tidak pernah mendengar tegahan yg melarang tentang itu."
Az-Zuhri pernah disoal tentang seorang lelaki membaca alquran(dalam solat) pada mushaf ketika bulan Ramadhan. Jawab beliau; orang-orang baik dari kalangan kami membaca alquran pada mushaf."
[ Mathalib Ulin-Nuha oleh ar-Rahibani, juz 1 m/s 483-484 ]

Manakalah mazhab Maliki pula memakruhkan membaca al-Quran pada mushaf sama ada pada solat fardhu atau solat sunat. Mazhab Hanafi pula berlaku perselisihan pendapat (khilaf) di antara mereka; Imam Abu Hanifah R.A. mengatakan bahawa rosak / batal solat orang yg melakukan perbuatan itu. Manakala dua orang sahabat beliau pula berpendapat sebagaimana mazhab Maliki.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, kami berpendapat bahawa mazhab majoriti ulama itu adalah lebih kuat iaitu membaca alquran pada mushaf ketika solat itu adalah sah dan tidaklah berdosa.

Wallahualam

Rujukan Fatwa oleh Syeikh Ali Jumaah
(Mufti Republik Arab Mesir)

KANTOI......Menyorok bawah katil......

KULIM - Gara-gara takut ditangkap basah, seorang pelajar perempuan 14 tahun mengarahkan teman lelakinya yang berusia 17 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju tatkala penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) menyerbu sebuah rumah di Junjung, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari setelah mendapat maklumat pelajar perempuan itu membawa teman lelakinya pulang ke rumah.

“Serbuan diketuai Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib. Kami memperkenalkan diri tetapi tidak diendahkan. Pegawai penguat kuasa terpaksa masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang dan menemui seorang pelajar perempuan berbaring di atas katil bilik hadapan dan berpura-pura tidur,” katanya.

“Pelajar itu memaklumkan kepada PADK, dia hanya berseorangan di rumah kerana kakinya sakit. Curiga dengan kenyataan pelajar itu, PADK membuat pemeriksaan di bawah katil bilik tengah dan menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju,” katanya.

Ketika disoal siasat, Azmi berkata, kedua-duanya turut mengaku tidak berpuasa.

Menurutnya, pelajar lelaki itu pula mengaku dia mendengar pegawai penguat kuasa memanggil mereka membuka pintu rumah tetapi kekasihnya mengarahkan dia menyorok di bawah katil.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Junjung untuk membuat laporan sebelum ke PADK bagi proses memberi keterangan. Kedua-dua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Ketika dibawa ke Balai Polis, pelajar lelaki terpaksa memakai baju T milik kekasihnya kerana dia tidak menemui pakaiannya yang diletakkan di dalam bilik gadis itu,” katanya.

Awas blogger - Najib dah tubuh unit pantau penulisan di blog


Menurut lapuran yang dipetik AFP, Timbalan Ketua Setiausaha Kemeterian Dalam Negeri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Malaysia telah menubuhkan satu unit khas untuk memantau penulisan dalam blog-blog (blog pembangkang la tu - blog Parpukari dan lain-lain blog pro Najib depa tak pantau la).

Unit tersebut yang mengandungi polis, penyedia perkhidmatan Internet, Jabatan Penerangan dan Pejabat Peguam Negara.

Hahahaha berkesan juga la artikel-artikel membantai kerajaan dalam blog-blog ni nampaknya, kalau tak masakan sanggup Najib menubuhkan unit tersebut ....

Salah satu sebab agaknya mungkin kerana gambar bik mama tak menutup aurat tengah meberi 'tazkirah' telah tersebar di blog-blog pakatan baru-baru ni ... hahahaha sampai kehari ni tak ada pun menteri agama 'kaki bodek' tu atau Sarizat nak komen pasal gambar tu ...

KUALA LUMPUR — Malaysia has formed a task force to scour the Internet for blog postings deemed harmful to national unity, authorities said on Friday in the latest of a series of actions against new media.

Home ministry deputy secretary general for security Abdul Rahim Mohamad Radzi said the unit would involve the police, Internet regulators, the information ministry and the attorney general’s chambers.

“It is a mechanism that will coordinate these various agencies to help monitor what is being said in cyberspace and to take action against those that are trying to stoke racial tensions and disunity,” he told AFP.

Abdul Rahim said the group would also monitor alternative and mainstream media for similar content.

“There is a disturbing trend now appearing on the Internet where some people are inciting racial unrest and causing confusion and this will damage the peace we have in the country,” he added.

Abdul Rahim cited the recent case of a Facebook page that insulted Muslim Malays. They make up the majority of Malaysia’s multicultural population, alongside large ethnic Chinese and Indian communities.

Police are also investigating ethnic Chinese rapper Wee Meng Chee for sedition, after he posted a three-minute rap on YouTube criticising a Malay headmistress accused of making racial slurs against minority students.

The government has ordered a probe into the case which caused anger among Malaysia’s minorities, who complain their rights are being eroded as the country becomes increasingly “Islamised”.

In another case, Malaysian journalist Irwan Abdul Rahman was charged this week over a satirical blog which made fun of the state power firm Tenaga, and faces a year’s jail if convicted.

The prosecution caused a stir because unlike the mainstream press, the web and online media in Malaysia have remained relatively free, despite occasional raids, bans and government criticism.

Major newspapers and broadcasters are closely linked with the ruling coalition, so the Internet has become a lively forum for dissent and debate.

The government in 1996 pledged not to censor online content as part of a campaign to promote its information technology sector. - AFP

Berkahwin murahkan rezaki?

Assalamualaikum,
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku.”
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan.
Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini …
Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya-Allah …
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.
Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, “Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?”. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : “Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah… ?” keluh lelaki itu. “Kahwin lagi,” jawab Rasulullah singkat.
Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.
Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. “Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?”, adu lelaki itu. “Berkahwinlah lagi,” kata Rasulullah.
Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa perubahan di dalam kehidupannya.
Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya.
Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah bermaksud : “Carilah rezeki dengan menikah” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah Taala bermaksud : “Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(surah an-Nur :32)
Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya-Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Wassalam…

kiriman e-mail.

Cina DAP tak boleh masuk masjid, Cina MCA boleh..



Negara jadi kecoh seminggu dua ini bilamana ada sorang dua Ahli Parlimen dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor seolah-olah itulah tragedi paling hitam dalam sejaran Masjid di Malaysia.

Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pun sebelum ni.

Cuma sepatah kata kawan saya “Cina MCA atau Gerakan tu tak mengapa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu pure cina punya”.

Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenar bukan kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang.

Kalau Cina Johor ke Pahang ke, rasanya tak lah kecoh sangat.

Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid.

Tapi bila bagi projek buat masjid, barapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid.

Bukan apa, kata taukeh Cina tu..“Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ong punya”.

Cina bukan Islam tu pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi ke kontraktor Melayu (sebut Umno) buat masjid pun depa tipu jugak, berapa banyak masjid terbengkalai bila bagi kepada Melayu.

Tapi akhirnya bagi kepada kontraktor Cina, bahklan yang dok pasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina, masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi.

Yang dah rasmi pun kalau nak baiki mikrofon bagi power punya, berapa ramai Cina bukan Islam dapat projek.

Ini tak apa pulak sebab yang dapat tu Cina MCA..MCA tak apa, jangan cina DAP je…

Nasib mereka ni macam buldozer, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu, kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori.

Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok.

Kalau dah jadi begitu, saya rasa hari ni dia ‘naik’ BN, esok dia dah boleh masuk masjid.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS

Sejuta Umat Islam Solat Isya' dan Solat Sunat Tarawikh Di Mesir

اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم !!
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إب
راهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو م
ن قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصر
مليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)


Terjemahan bebas:
Gambar yang mengejutkan dunia
Tempat: Iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: Masjid al-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta umat yang hadir solat isya' d
an sunat tarawikh
Gambar ini mengejutkan
Marine Amerika



ركزوا فى الصوره هاي هاتلاقوا ناس بتصلى على اسطح المنازل


الناس بتصلى من اول مكتبه اسكندريه لحد محطه الرمل لحد البحر
الله اكبر الله اكبر

الله اكبر الله اكبر