Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 30 Julai 2009

Perlukah saya buat kenduri arwah?


"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.


Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.


Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.


Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)


Amalan membebankan keluarga si mati


Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.


Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:


"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.


Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.


Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.


"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut


Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.


Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah


Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.


Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.


Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya


"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.


"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).


Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.


"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.


"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.


Kenyataan pahit dan mengejutkan


Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.


"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya


"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi


Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.


"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan.


Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.


"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.


Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :


"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."


teks asal oleh Azamin Amin ( link )

Sabtu, 25 Julai 2009

HUKUM SEBAT ; ANTARA SYARIAT DAN INGGERIS

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang boleh dianggap berani oleh sebuah Mahkamah Syariah dalam sistem dwi perundangan negara kita apabila seorang hakim di Mahkamah Syariah di Kuantan dengan nada tegas telah menjatuhkan hukuman sebat 6 rotan dan sejumlah denda atau penjara terhadap seorang wanita melayu yang beragama islam yang telah didapati salah kerana minum arak ditempat terbuka di sebuah pantai peranginan di Cherating Pahang.

Dan selepas itu kita dapati isu ini diperdebat hebat oleh pemuka-pemuka negara dan para bloger yang melontarkan pelbagai komentar mereka bahkan ada yang melahirkan perasaan sedih dan dukacita serta kecewa kerana hukuman itu disifatkan sebagai keterlaluan dan kejam serta tidak berperikemanusiaan dan ada pula yang melahirkan rasa kagum dengan keberanian hakim tersebut.

Namun apabila kita perhatikan dari pelbagai sudut ilmiahnya kita dapati sebenarnya hukuman itu bukanlah satu dari bentuk hukuman yang di Syariatkan oleh Allah kepada kita dan bagi saya ia tetap sebagai hukuman ciptaan manusia dan peninggalan Penjajah Inggeris semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Orang ramai menganggap bahawa hukuman itu adalah sebahagian dari Hukuman Islam adalah tidak benar sama sekali walaupun ia dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah dan dan dinamakan sebagai Enekmen Jenayah Syariah sesebuah negeri tersebut.

Inilah akibatnya apabila kita meninggalkan dan mengabaikan perintah dari Allah SWT yang melahirkan masyarakat umumnya dan umat islam khususnya dalam negara kita ini menjadi banggang dan jahil terhadap hukum dan perintah Agama mereka sendiri.

Kita dikelirukan dengan hukuman ciptaan manusia yang disolek dengan pelbagai jenama solekan hatta di make up indah oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Mahkamah-Mahkamah Syariah itu sendiri sebagai hiasan indah hasil dari solekan atau make up tersebut maka hasilnya sebahagian besar umat islam kita tertawan dengan undang-undang ini yang dilihat sebagai islamik.

Tidak benar jika kita katakan bahawa hukum yang dijatuhkan oleh hakim tersebut sebagai hukum islam kerana ia jelas berlawanan dengan nas-nas dari al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.

Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBAT . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.

" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.

Menurut perbahasan Fuqaha' tentang bilangan sebatan yang dikenakan kepada pesalah arak ini kita perhatikan ia adalah jauh dari apa yang telah di Enekmankan dalam Enekman atau Undang-Undang Jenayah Syariah dalam negara kita ini bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa undang-undang ini adalah sesat sama sekali dan inilah Bidah yang sangat besar berlaku dalam negara kita.

Saya kemukan beberpa pandangan ulama atau Fuqaha' mengenai perkara ini antaranya;

1. Imam Syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal berpendapat bahawa bagi mereka yang minum arak dan telah sabit kesalahanya maka WAJIB disebat sebanyak 40 kali sebat.

Dalam kes ini juga, Imam syafie dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal menyatakan bahawa : " mereka yang melakukan kesalahan minum arak dan telah sabit kesalahanya boleh juga dihukum sebanyak 80 kali sebat, jika imam ( ketua negara / negeri ) atau wakilnya seperti hakim atau kadi berpendapat bahawa penjenayah itu patut di sebat sebanyak 80 kali sebat.

Hukuman Hudud dalam hukuman ini dikenakan sebanyak 40 kali sebat dan 40 lagi selebihnya itu boleh dianggap sebagai hukuman Takzir.

2. Imam Malik dan Imam Hanafi dan satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal pula berpendapat :

" Orang yang melakukan kesalahan minum arak dan telah sabit kesalahanya maka WAJIB dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebat".

Namun dalam membicarakan punca perbahasan ini adalah kerana, tidak didapati dalam al-Quran yang menjelaskan bilangan sebatan yang wajib dikenakan terhadap peminum arak ini dan tiada juga hadis yang menentukan bilanganya, begitu juga dala Athsar para sahabat dengan bilangan yang tertentu, malah penentuan bilangan sebatan dalam kes ini adalah merujuk kepada Ijtihad para Imam yang Mujtahid semata-mata, dan Imam Syafie menegaskan bahawa perbuatan Nabi SAW menyebat orang yang minum arak dengan 40 sebatan adalah diterima sebagai hujjah yang tidak boleh ditolak dan diketepikan dalam penentuan sumber hukum.

Imam-imam Mazhab berpendapat bahawa hukuman sebat sebanyak 80 sebatan terhadap kes ini adalah merujuk kepada dan berdasarkan riwayat Anas bin malik bahawa seorang lelaki yang telah minum arak telah dibicarakan dihadapn nabi SAW lalu baginda telah menyebatnya dengan ranting tamar lebih kurang 40 kali sebat dan Khalifah Abu bakar pun berbuat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Tetapi pada zaman Khalifah Umar al-Khatab, beliau telah meminta nasihat dan pandanagn para sahabat tentang bilangan hukuman ini lalu Abdul Rahman bin Auf berkata ; " seringan-ringan hukuman adalah 80 kali sebat". Maka Khalifah Umar pun mengarahkan perlaksanaan hukuman sebat terhadap peminum arak ini adalah 80 kali sebat.

Dengan hujah dan perbuatan Khalifah Umar diatas yang telah disepakati dan dipersetujui oleh para sahabat yang lain semasa era pemerintahany maka ia dinamakan sebagai Ijma' Sahabi, dan Ijma' Sahabi ini merupakan salah satu dari sumber-sumber hukum Syara' yang menjadi pegangan mazhab-mazhab.

Dalam kes penentuan kadar bilangan sebatan yang wajib dikenakan terhadap kes ini menurut Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hambal sebanyak 40 kali sebatan adalah merujuk kepada Dalil Fi'li yang telah dilakukan oleh Nabi SAW seperti maksud hadis yang dinyatakan diatas.

Cara-cara melaksanakan hukuman sebat

1. Imam Maliki dan Imam Hanafi berpendapat :

Pesalah lelaki yang dikenakan hukuman sebat hendaklah ditanggalkan pakaianya kecuali pakaian yang menutup auratnya.

2. Imam Syafie dan Imam Hambali berpendapat ;

Pesalah lelaki yang dikenakan hukuman ini tidak perlu ditanggalkan pakaianya kecuali jika pesalah itu memakai pakaian yang tebal pada musim sejuk maka dalam hal ini bolehlah ditanggalkan pakaian yang tebal itu.

3. Imam malik berpendapat ;

Pesalah yang dikenakan hukuman sebat boleh dijalankan hukuman itu keatas mereka dalam keadaan duduk tanpa diikat kecuali jika susah dan payah untuk menjalankan hukuman, maka dalam hal ini bolehlah pesalah itu diikat.

Dalam kes ini kebanyakkan ulama' berpendapat ;

Sekiranya pesalah yang hendak disebat itu lelaki maka hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan berdiri tetapi jika pesalah itu perempuan maka hendaklah dijalankan hukuman itu dalam keadaan pelsalah itu duduk.

Anggota Badan Yang Boleh Disebat

Imam Malik berpendapat; anggota badan pesalah yang hendak disebat itu boleh disebat pada bahagian belakangnya sahaja, tetapi boleh juga disebat pada anggota badan yang lain.

Dalam kes ini kebanyakan Ulama' berpendapat; anggota badan pesalah yang dikenakan hukuman sebat boleh disebat pada seluruh anggota badanya kecuali pada bahagian muka, kemaluan dan kepalanya.

Dan kebanyakan Ulama' juga berpendapat bahawa pesalah itu tidak boleh disebat terus menerus pada satu anggota sahaja malah mestilah beredar sebatan pada anggota yang lain pula supaya ia tidak mendatangkan kerosakan pada atu bahagian sahaja.

Wallahualam, begitulah serba sedikit penjelasan yang dapat diberikan menurut pandangan para Fuqaha dalam kes minum arak ini dan ia jelas bertentangan dengan undang-undang yang dipraktikkan dalam sistem perundangan kita dan kita lihat gejala minum arak dikalangan umat islam kita dalam negara ini seakan sudah tidak terkawal lagi. Tumbuhnya macam cendawan kelab-kelab malam dan disco serta pub-pub di kebanyakan ibu kota terutamanya di Selangor, Penang dan Kl menjadikan tempat selamat bagi penggemar minuman arak ni bersantai dan bermabuk-mabukan.

Soalnya siapa yang berani mengambil tindakan terhadap mereka? pegawai penguatkuasa agama? polis? penguatkuasa majlis bandaran? atau siapa?

Takkan nak diharap kepada pegawai penguatkuasa DBKL atau majlis bandaran kerana lesen kelab malam atau pub-pub itu kan mereka yang luluskan. Pegawai penguatkuasa agama pula sibuk nak intip penceramah yang tiada tauliah sahaja dan khalwat sahaja namun mereka hanya bertindak hanya jika ada aduan semata-mata, takkan lah tak tau dimana kelab-kelab malam, pub-pub atau disco-disci yang melata itu berada. Di Selangor lagi hebat kilang arak pun persergam indah tidak jauh dari Bangunan Kompleks JAIS. Polis.... pun kadang-kadang kantoi dalam sebuan yang mereka sendiri buat walaupun bukan dalam ops mabuk, yang adapun hanya Polis Trafik sahaja tetapi skop mereka hanya pemandu mabuk sahaja yang dicari.

Arak juga dijual bebas tanpa sekatan, di 7Eleven pelbagai jenama arak boleh didapati yang beroperasi 24 jam untuk memudahkan penggemar arak untuk mendapatkan bekalan.

Kenapa ini semua berlaku? soalan yang wajar kita jawab sendiri. Undang-undang yang ada seumpama menuang air atas daun keladi sahaja tiada mendatang apa-apa makna kerana pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama kita khususnya para mufti kita tidak yakin dengan hukum Allah itu boleh memberikan pencegahan kepada ummah ini. kan Allah menjelaskan dalam al-Quran ia merupakan " Nakalam minallah "; sebahagian dari pencegahan dari Allah"

Dalam hal ini sewajarnya kita bersedia untuk mempersiapkan diri dengan jawapan-jawapan yang releven apabila kita bertemu dengan Allah Rabbul Jalil kelak, mengapa tidak menjalankan hukuman yang disyariatkan kepada kita? mengapa dibiarkan perkara mungkar ini terus berlaku? mengapa terus x orang yang tidak berusaha untuk menjalankan hukuman Syariat? atau kita memang KEBAL dari ancaman API NERAKA!

WALLAHUALAM. Insyaallah Kaedah sebatan dalam Islam akan menyusul kelak.

Jumaat, 24 Julai 2009

TAZKIRAH : Memberi Hutang Lebih Besar Pahalanya Dari Memberi Sedekah

Pada malam Isra' dan Mikraj Nabi SAW, baginda melihat di tulis dipintu syurga : orang yang memberi hutang lebih besar pahalanya dari orang yang memberi sedekah. Lalu baginda bertanya kepada jibril ; tidakkah orang yang memberi sedekah itu tidak akan mendaspat kembali hartanya sedangkan orang yang memberi hutang akan ndapat kembali hartanya ? mengapa orang yang memberi hutang itu lebih bbesar pahalanya dari orang yang memberi sedekah ?

Jawab malaikat jibril : pada kebiasaanya orang yang berhutang itu lebih mendesak dan kesemppitan dalam urusan kehidupanya dan berharap kepada pertolongan adapun orang yang menerima sedekah itu tidak semstinya seorang yang susah dan memberi sedekah itu adalah lebih mudah dari memberi hutang.

Memberi hutang adalah satu perkara dari Muamalah Islam yang dihalalkan oleh Allah SWT dengan syarat orang yang memberi hutang tidak menekan dan bersifat zalaim kepada orang yang berhutang dan orang yang berhutang pula mestilah bertimbangrasa dan berusaha untuk menjelaskan kembali segala hutang piutanya dan di wajibkan orang yang memberi dan menerima hutang itu menulis setip isi jumlah hutang-piutangya agar tidak berlaku amalan riba dan didak berlaku zalim-menzalimi antara satu sama lain.

Dalam perkara ini kita melihat susana ekonomi negara yang tidak menentu ini kita dapati ramai dari kita yang telah dihimpit dengan masalah kewangan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari sahabatnya yang lain.

Adalah terlalu sukar bagi kita untuk memberi pin jam dan memberi hutang hatta kepada adik beradik dan sahabat karib kerana kita tidak memahami kelebihan memberi hutang bahkan jauh dari itu kita sebenarnya merasa tidak yakin dan curiga serta bimbang kalau-kalau orang yang kita beri pinjam itu tidak membayarnya kembali.

Maka jalan pintas kepada kemelut kewangan yang dihadapi mereka pun mencari ceti-ceti haram atau Ah long untuk meminta bantuan segera kewangan. Secara jujurnya kita dapati bahawa ceti-ceti haram dan Ah Long ini mampu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi tetapi resiko yang dihadapi oleh peminjamnya amat besar dari jumlah bayaran balik yang tinggi kerana sudah diperakukan dengan kadar faedah yang tinggi hingga kadang-kadang terpaksa berpindah-randah melarikan diri dari ceti haram dan Ah Long ini dan yang paling teruk peminjamnya terpaksa untuk hilang nyawa.

Dari hujah semasa inilah kita lihat betapa Allah SWT memberikan pahala yang sangat besar kepada pemberi hutang kepada mereka yang sangat memerlukan dari kesempitan mereka yang sangat berharap kepada bantuan dan pertolongan kita.

Marilah kita bermuhasabah diri untuk membantu adik-beradik dan sahabat handai kita keluar dari belenggu kesempitan kewangan dengan cara berlapang dada untuk memberikan pinjaman peribadi terhadap mereka jika mereka datang untuk memohon bantuan dan pinjaman dari kita dan yakinlah kita bahawa Allah itu tidak sekali-kali memungkiri janjiNya.

Khamis, 16 Julai 2009

Jadual Kursus Pengurusan Jenazah

Insyaallah saya akan mengendalikan kursus pengurusan jenazah seperti jadual berikut;

18 Julai 2009 ( sabtu )

Di Dewan Seminar Hospital Selayang
Anjuran dan kerjasama Pihak Hospital, Masjid Kariah dan Pejabat Agama Islam Gombak Timur

19 Julai 2009 ( ahad )

Di Surau Desa Ros Sg. Chua Kajang.
Anjuran pihak Surau dan Pejabat Agama Islam Hulu Langat

Antara Sifat Ahli Syurga

Pada satu hari ketika sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasulullah saw berkata kepada para sahabatnya; " sebentar lagi akan lalu dihadapan kalian seorang lelaki ahli syurga!"

Sejurus kemudian munculah seorang lelaki dari golongan ansar yang baru selesai mengambil wuduk dan kelihatan janggutnya yang masih kusut dan menjinjing kasutnya, lelaki itu berjalan melintasi Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Pada kesokan harinya, Rasulullah saw telah mengatakan perkara yang sama dan anehnya lelaki tersebut muncul dengan keadaan yang serupa seperti semalam dan begitulah yang terjadi pada hari ketiga.

Sejurus selepas Rasulullah saw memberitahu kepada para sahabat tentang perkara yang sama, lelaki yang dimaksudkan akan muncul lagi lelaki tersebut seperti pertama kalinya dan melintas di hadapan mereka para sahabat Rasulullah yang mulia.

Apabila Rasulullah bangun dari tempat duduknya, Abdullah bin Umar r.a segera menyusul dan mengejar lelaki tersebut dan apabila dia sudah hampir maka Abdullah bin Umar r.a. menyapanya.

Abdullah bin Umar r.a berkata kepada lelaki tersebut;"aku telah membuat ayahku marah, dan sebagai akibatnya, aku telah bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari dan jika tuan tidak keberatan bolehkah aku meminta perlindungan dan menumpang dirumah mu".....

"Boleh"... jawab lelaki tersebut dengan senang hati dan tanpa sebarang syak dan curiga atau perasangka.

Abdullah bin Umar r.a. pun mengikut lelaki tersebut untuk bermalam dirumahnya selama tiga hari dengan tujuan menyiasat kebenaran bicara Rasulullah tentang lelaki berkenaan.

Sepanjang tempoh tiga hari tersebut Abdullah bin Umar r.a. mendapati lelaki tersebut tidak pernah mendirikan solat dirumahnya kecuali dia solat berjamaah di masjid. Seperkara lagi, jika lelaki itu pergi dari satu tempat ke satu tempat lain atau apabila dia bangun dari tidurnya dia akan sentiasa menyebut nama Allah dan begitulah yang dilakukan sehingga dia tidur kembali hinggia dia terjaga dari tidurnya untuk mendirikan solat malam dan solat subuh.

Abdullah bin Umar r.a. juga memerhatikan, bahawa lelaki itu tidak pernah sekali pun menyebut perkataan-perkataan yang tidak baik, yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata yang manis dan memuji kebesaran Allah swt.

Menjelang hari ketiga dia bermalam dirumah lelaki berkenaan, Abdullah bin Umar pun menceritakan perkara yang sebenarnya terhadap lelaki berkenaan. Abdullah bin Umar r.a. menyatakan bahawa dia bukanlah bergaduh atau berbalah dengan ayahnya dan bukan juga dia dihalau namun Abdullah menyatakan bahawa itu adalah muslihanya sahaja.

" Sebaliknya aku mengikut engkau pulang adalah kerana selepas aku mendengar Rasulullah saw berkata bahawa engkau adalah ahli syurga, jadi aku tertanya-tanya mengapakah Rasulullah saw berkata demikian dan atas sebab apa pula engkau dinakan sebagai ahli syurga?"

" lalu aku minta izin untuk bermalam dirumah mu adalah untuk melihat sendiri apa yang engkau lakukan dan boleh aku mencontohi mu, wahai saudara ku! apa sebenarnya yang membuatkan engkau mencapai darjat sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah saw terhadap dirimu itu"....jelas Abdullah bin Umar r.a. kepada lelaki berkenaan.

Lalu lelaki ansar berkenaan dengan merendah diri berkata; " tidak ada apa yang istimewa dengan diri ku ini, cuma mungkin kerana aku tidak pernah memendam perasaan yang tidak baik terhadap kaum muslimin, aku juga tidak mempunyai secebis pun perasaan benci diatas anugerah yang allah berikan kepada sesiapa juga dikalangan hamba-hambaNya"....jelas lelaki berkenaan.

Apa yang berkalu itu kemudianya Abdullah menceritakan kepada Rasulullah dan para sahabatnya yang lain.....wallahua'lam

Ahad, 12 Julai 2009

Hukum Aqiqah


Erti Aqiqah : Ialah binatang yang disembelihpada ketika mencukur rambut kanak-kanak yang beru lahir.


Hukum Aqiqah : Hukumnya Sunat Muakad. Tuntutan untuk melaksanakanya adalah tanggungjawab dan ditujukan kepada orang yang wajib menafqahkan seperti bapanya atau datuknya dengan hartanya sendiri dan bukan dari harta bayi tersebut.


Tantutan melaksanakanya adalah sebaik sahaja bayi tersebut sempurna dan selamat dilahirkan. Yang lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh dari tarikh bayi dilahirkan.


Bilangan dan tuntutan menyembelih aqiqah bagi bayi lelaki atau khunsa adalah afdhal dengan dua ekor kibas ( kambing ) atau 2/7 dari binatang yang harus dijadikan 7 bahagian seperti unta, lembu dan kerbau.


Walau bagaimanapun memadailah untuk menyembelih seekor kibas ( kambing ) atau 1/7 dari lembu atau kerbau jika tidak mampu pada ketika itu dan dilakukan pada waktu yang lain baki aqiqah tersebut serta memadailah aqiqahnya jika ia terus tidak mampu sehingga bayi itu kelak berhasil untuk melaksanakanya sendiri baki tersebut.


Bagi bayi perempuan pula memadailah dengan menyembelih seekor kibas ( kambing ) atau 1/7 dari lembu, kerbau atau unta.


Tuntutan melakukan Aqiqah tidak luput atau tidak terkecuali walaupun bayi itu meninggal dunia sebelu dari hari yang ketujuh kelahiranya.


Tidak terkecuali juga jika di takhirkan ( dilewatkan ) dari hari yang ketujuh dan tuntutan untuk melaksanakan Aqiqah ini akan berterusan sehingga bayi itu mencapai usia baligh.


Jika bayi itu telah baligh maka gugurlah tuntutan aqiqah bagi bapa atau datuknya dan disunatkan baginya untuk menyempurnakan Aqiqah bagi dirinya sendiri.


Hubungan antara Aqiqah dan Qorban adalah sama dari sifat dan penentuan jenis binatang dan syarat-syaratnya kecualai ia terbatas dengan had masa iaitu Ibadah Qorban hanya boleh dilaksanakan pada hari Tasryik sahaja bermula dari terbit matahari 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah manakala Aqiqah pula dari hari ketujuh kelaghiran sehingga ia mampu melaksanakanya sendiri.


Sering menjadi persoalan dalam masyarakat apakah boleh jika seekor lembu yang hendak dijadikan korban berkongsi dengan Aqiqah contohnya pada 7 bahagian lembu itu 3 bahagian untuk korban dan 4 bahagian untuk aqiqah. Hukumnya dibolehkan bagi maksud tersebut dan ia tidak mencacatkan ibadah korban tersebut.


Perbezaan antara korban dan aqiaqah ialah pada daging sembelihan tersebut iaitu daging aqiqah hendaklah disedekahkan terutamanya kepada orang fakir miskin dan sunat dimasak terlebih dahulu manakala bagi daging sunat desedekahkan kepada orang fakir miskin dan boleh dihadiahkan kepada orang kaya dengan cara memberikanya daging mentah sahaja dan tidak disunatkan untuk dimasak.


Syarat bagi keduanya ialah daging tersebut hendaklah dibahagikan kepada golongan fakir dan miskin dari kalangan orang islam sahaja.


Perkara-perkara sunat menyambut kelahiran bayi.


1. Azankan ditelinga kanan bayi dan di iqamatkan ditelinga kiri ( kebanyakan kita azan hanya untuk bayi lelaki dan iqamat untuk bayi perempuan dan perbuatan ini tidak mengikut sunah )


2. Sunat dibaca ditelinga kanan dengan surah Al-Qadr dengan haraman moga Allah tidak akan mentaqdirkanbayi tersebut bezina sepanjang hayatnya kelak.


3. Sunat di Tahnikkan iaitu digosokkan buah kurma selepas dihancurkan atau sesuatu yang manis ke lelangit bayi oleh orang alim dan orang yang dikenali sebagai Ulama'.


4. Sunat mencukur rambut bayi samada ia bayi lelaki atau perempuan BUKAN POTONG JAMBUL seperti kebiasaan dalam adat melayu. Rambut yang telah dicukur ditimbang dan di nilaikan dengan harga semasa emas kemudian disedekahkan kepada fakir miskin.


5. Sunat diberi nama pada hari ketujuh dengan nama yang baik-baik makna dan ertinaya walaupun bayi tersebut meninggal dunia sebelumnya. Sunat juga memberikan nama pada anak yang keguguran yang telah ditiupkan roh padanya dan jika tidak dapat dipastikan jantinanya maka hendaklah dinakan dengan nama yang boleh melambangkan kedua-duanya seperti Talhah dan Hindun atau sebagainya.


WAJIB DI KHITANKAN bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan setelah ia baligh dan berakal dan sunat disegerakan khitan pada hari yang ketujuh dari hari kelahiranya.


Wallahualam... sila rujuk kitab Matlaul Badrain dalam bab Aqiqah dari mukasurat 383 hingga 388. Kitab yang telah di tahqiq dan diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. RM 15.00 senaskhah.

Menyambut Kelahiran Orang Baru Antara Adat Dan Ibadat

Betapa gembiranya bagi pasangan suami isteri dan anak saudara lain apabila mendapat kelahiran seorang cahaya mata kurniaan dan amanah allah yang bakal menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri. Menimang cahaya mata adalah suatu impian yang sangat di idamkan kerana itulah tanda pengikat kasih sayang dan cinta suci antara pasangan suami isteri.

Namun bagi kebanyakan korang melayu kita , mereka sangat teruja apabila mendapat cahaya mata tersebut lalu mereka akan mengadakan pelbagai majlis bagi meraikan kehadiran orang baru itu. Antara majlis yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri atau datuk bagi bayi tersebut dengan mengadakan majlis kesyukuran, potong jambul, majlis berzanji dan marhaban dan sebagainya.

Dalam kegairahan mereka menyambut dan mengadakan majlis-majlis tersebut rupanya mereka terlupa dan terleka sesuatu mengenai ajaran islam tentang menyambut kelahiran bayi ini.

Kita dapati ramai dari kalangan ahli masyarakat kita sibuk dngan majlis kesyukuran yang dipenuhi dengan acara bacaan berzanji dan merhaban dan di ikuti pula dengan majli potong jambul dan berendui. Tidak dapat dipastikan dari mana sumber rujukan mereka mengadan majlis yang sedemikian rupa.

Islam tidak mengajar kita untuk memenhui majlis kesyukuran itu dengan bacaan marhaban dan berzanji semata-mata apatah lagi majlis potong jambul dan berendui, tetapi inilah sunah orang Melayu yang sukar untuk diperbetulkan.

Islam mengajar kita apabila kita menyambut kelahiran orang baru dalam hidup kita ialah menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan setelah tujuh hari kelahiran tersebut maka kita disunatkan untuk menyembelih Aqiqah serta di ikuti dengan memberi nama kepada bayi tersebut dengan nama yang baik-baik dan mentahnikkan bayi tersebut serta dicukur rambut bayi berkenaan.

Berbeza dengan amalan dan budaya orang melayu yang lebih mengutamakan majlis yang dinyatakan seperti diatas dengan menanggung perbelanjaan yang tidak kurang hebatnya tetapi mereka seakan menidakkan amalan menyembelih aqiqah, mencukur rambutn mentahnik dan memberi nama.

Nyata ia sangat berlawanan dengan ajaran dan kehendak islam. Kita amat hairan kenama kita masih meneruskan majlis dan upacara tersebut dan merasakan bahawa bacaan marhaban dan berzanji itu lebih utama, memotong jambul itu lebih utama, berendui itu lebih utama.

Bila ditanya mengapa tidak di aqiqahkan sekali bayi ni? pelbagai jawapan jahil yang diberikan. Ada yang menyatakan kosnya terlalu tinggi, saja nak buat majlis kesyukuran dulu, nak tunggu bayi ni besar dulu sebab nanti dia boleh tengok orang sembelihkan akikah dia dan pelbagai alasan yang diberikan.

Kos terlalu tinggi? Buat majlis kesyukuran biasa pun kadangkala mencecah RM 1000.00. Cuba kita kira kos yang dibelanjakan bila maslis tersebut dibuat dengan bunga telurnya, bunga rampainya, hadiah utuk tetamunya, makan dan minumnya dan jika kita mengikut kehendak Islam kita hanya membeli seekor kambing yang berharga sekitar RM 600.00, perkakasan memasak dan ia tidak sampai pun RM1000.00 jika kita pandai berhemat dalam p[erbelanjaan dan jika ia lebih sekali pun tanggungjawab terhadap melaksanakan ibadah Sunat Muakad sudah selesai dan dimanakah ruginya?

Saya meyeru kepada seluruh warga muslim agar kita dapat memahami keutamaan dalam melaksanakan sesuatu ibadah dan jangan terlalu mengikut adat yang membelakangkan tuntuan sesuatu ibadat seperti yang dibahaskan diatas. Buan maksud saya untuk menidakkan majlis-majlis yang biasa dibuat untuk bayi tersebut tetapi pada saya ia sangat merugikan apabila kita meninggalkan ibadah aqiqah yang dihukumkan sebagai Sunat Muakad ini. Wallahualam.....

Bersambung ke Hukum Aqiqah. Insyallah

Jumaat, 10 Julai 2009

Dampingilah Ulama dan Majlis Zikirullah.

" Berilah peringatan kerana peringatan itu amat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman"...surah az-Zariyat ayat 55.
Bagi orang yang senditasa berlegar dengan dosa dan maksiat seumpama oarng yang sedang bergelomang dengan najis dalam tong tahi. Dari hujung rambutnya hingga hujung kakinya diselaputi dengan najis yang tak mungkin dapat dibersihkan dengan mudah kerana dia memerlukan sabun dan pewangi yang cukup serta harus dibilas beberapa kali dengan air yang bersih.
Begitulah juga jika kita hendak ibaratkan bahawa kekotoran dan najis bukanlah suatu perkara yang mudah hendak dibersihkan dengan sambil llewa sahaja, ia perlukan kesungguhan dan cermat jika mahu mencucinya.
Lantaran itu apabila kita dilengkari dengan pelbagai noda dan dosa kita sewajarnya membersihkan jiwa kita dengan zikrullah dan taubat dengan sesungguhnya.
Apabila kita sudah nekad dan berazam untuk kembali bertaubat, kita sewajarnya bertekad untuk meninggalkan segala bentuk maksiat dan dosa yang pernah kita lakukan.
Antara perkara yang perlu kita lakukan ialah kita perlu meninggalkan segala bentuk, sifat dan tampat-tempat maksiat tersebut. Kita akan karam jika kita dapati perahu yang kita naiki itu bocor tanpa kita berbuat sesuatu dan cara yang terbaik ialah kita perlu menukar perahu yang baru dan selamat kerana apabila perahu yang bocor itu mungkin sudah tidak dapat diperbaiki lagi.
Apabila kita sudah menyatakan untuk bertaubat perkara utama yang perlu kita lakukan ialah dengan mendampingi para ulama. Mendampingi para ulama dengan maksud selalu hadir dalam majlis-majlis ilmu dan majlsi zikirullah.
Para ulama adalah pewaris kepada kesinambungan obor perjuangan dan ilmu para Nabi. mereka tidak akan mengajarkan sesuatu yang bertentangan dengan Syariaat Allah swt.
Orang yang sentiasa zikrullah itu adalah orang yang sentiasa ingat perkara yang menjadi larangan Allah swt dan dia sentiasa mendapat motivasi dan dapat membentuk jati dirinya dengan perkara yang maakruf.
Tidak dinamakan zikrullah jika sekadar pada lidah semata-mata namun zikir yang hanya pada lidah walau diucap beribu kali sekalipun ia tidak mendatangkan manfaat dan tidak memenuhi kehendak zikrullah itu sendiri. Zikrullah yang hakiki ialah kita zikrullah dengan lisan dan dilaksanakan oleh setiap anggota tubuh badan kita, emosi dan fikiran serta muamalat kita seharian.
Zikrullah hanya akan dapat dilihat melalui amalan harianya, sekiranya ia masih mengekalkan perkara-perkara keji dan mungkar maka kita masih jauh lagi dari zikrullah. Maka segeralah kita bermuhasabah diri dengan bertaubat bersungguh-sungguh dari amapan dan perbuatan serta tutur perkataan kita.
Jadilah insan yang reti bahasa dengan PenciptaNya, melaksanakan segala suruhanya dan meninggalkan segala laranganya dengan penuh ketaatan dan kesabaran......Wallahua'lam.

Dimana Kita?

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a. mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka inidijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWTmenurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalirkeluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementaradalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimusendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulahengkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'lam.

Rabu, 8 Julai 2009

Tanda Kematian Hamba Siri 2.

Bagi kita mungkin tidak dapat merasa atau mendengar apabila Malikat maut sering menghantar mesej dan peringatan bahawa ajal kita sudah mendekap kepada kita lantaran kerana pendengaran kita sering terhijab dengan perkara-perkara samiyat seperti ini.
Bahkan malaikat maut sering mengingatkan kita gar sentiasa berwaspada dengan kematian kita namunhanya akan memberi faidah kepada insan-insan yang bertaqwa dan beramal saleh sahaja yang hatinya lembut dengan berkat kesungguhanya melaksanakan setiap titah perintah Allah SWT.
Malaikat maut menyeru kepada kita seolah-olah berbunyi ; " wahai manusia yang sudah berusi 40 tahun, kini tibalah masanya untuk kamu mencari bekalan akhirat kerana tubuh kamu sedang segar bugar dan tengah kuat dan gagah, hati dan nalurimu juga kini sedang waras dan masih belum nyanyuk lagi, berbuatlah amalan yang memberikan faedah kepada kamu kelak"
Kemudian malaikat maut menyeru lagi kepada insan yang berusia 50an dengan peringatan dan amaran yang lebih keras lagi mengingatkan bahawa dia sudah cukup bersedialah untuk datang berkunjung dan menjalankan tugasnya kepada mereka.
Tatkala apabila hamba sudah menjangkau usia 60an namun masih belum ada kesedaran dan keinsafan, masih berkelakuan seperti anak muda yang cergas dan ligat, masih jauh dari masjid dan surau, masih liat untuk untuk hadir ke majlis-majlis ilmu, masih segan mahu mendampingi para alim ulama, uban sudah memutih dikepada namun tampak masih ranggi seperti artis yang sedang berdansa, malaikat maut sudah berada disisnya dan hanya menunggu lampu hijau untuk bertindak kepada mereka.
Kala ini tiada siapapun yang mampu menghalang malaikat maut dari menjalankan tugasnya. Bagi situa yang masih belum sedar akan hari ajalnya tidak akan mampu untuk mengerti apa-apa tentang kematianya , dia sering melihat kematian, sering mengiringi jenazah ke perkuburan namun masih merasa giliranya masih jauh, tiba-tiba....
Tiba-tiba dia jatuh sakit kerana keuzuran dan sakit yang lain, mungkin terfikir dibenak kepalanya tibahalah sudah hari dan giliranya, tapi dukacita kerana kesempatan tatkala usianya masih muda dan kuat dahulu tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk melakukan ala ibadat sebagai bekalanya hari ini.
Terlantar kita di pembaringan di hospital atau dirumah yang hanya mengharapkan bantuan dan ehsan ahli waris yang lain, maka berlinanglah airmata sesal dan sedih yang membasahi pipi namun ia sudah terlewat kerana sudah tiada masa lagi untuk melakukan kebaikan itu dan ini yang ia telah tinggalkan dahulu.
Tiada apa yang perlu disesal dan disedihkan lagi tatkala itu hanya mampu mengaharpkan rahmat dan keampunan dari Allah semata-mata, sudah berasa bahawa masa baginya sudah tidak cukup dan terlalu singkat, terlupa kita bahawa Allah telah peringatkan " Demi masa !, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Melainkan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"....
Dari Ibnu Umar r.a bersabda, Nabi SAW ditanya; siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? lalu Nabi SAW menjawab; orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia menghadapinya". hadis riwayat Ibnu Majjah.

Bersambung.

Selasa, 7 Julai 2009

Tanda Kematian Hamba Siri 1.

Bila tiba ajal seseorang maka tiada siapa yang akan dapat menghalangnya walau baiamana sekali canggihnya peralatan perubatan kini namun itulah yang dinamakan agongnya kuasa allah yang maha Pencipta dan maha Berkuasa.
Seperti apabila turunya hujan ia akan memperlihatkan kepada kita tanda-tanda hujan akan turun seketika nanti, bermula dengan mwndungnya awan dilangit disusuli dengan tiupan angin kemudian barulah ia akan turun membasahi bumi begitulah apabila akan tibanya ajal kita.
Allah SWT tidak akan sekali-kali berlaku kejam dan tidak bertimbangrasa kepada hambanya, Allah akan memperlihatkan kepada kita betapa tanda-tanda kematian itu akan menjelma apabila umur kita sudah berada dipenghujungnya.


Hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sahaja yang mampu menjiwai perasaan dan tanda-tanda tersebut namun bagi orang-orang yang fasik dan kufur ingkar kepada Allah akan tetap tidak akan dapat merasakan kehadiran tanda-tanda kematian mereka yang menyebabkan mereka akan terus lalai dari berzikir mengingati Alah.
Bagi orang-orang beriman dan bertaqwa mereka pasti akan redha akan kematian mereka dan mengharapkan keampunan dari TuhanNya kerana itu sepanjang hayat mereka akan dipenuhi dengan bekalan yang akan menguntungkan mereka apabila bertemu dengan kematian dan kehidupan sesudah itu.

Firman Allah yang bermaksud; " carilah bekalan dan sebaik-baik bekalan kehidupan adalah Taqwa"...

Seumpama buah-buahan yang masih muda terkadang akan jatuh juga ke bumi kerana busuk atau dimakan ulan yang tidak perlu ia jatuh sementara mengunggu tua dan ranum. begitu juggalah halnya dengan kehidupan kita, golongan muda dan remaja yang betindak liar ini merasakan bahawa mereka itu masih muda remaja seakan mereka tidak akan mati namun hakikat kematian itu tidak memerlukan usia yang matang dan tua untuk mati.

Kita kadang terleka dengan perubahan yang ada pada fizikal tubuh kita apabila usia yang kian meningkat kita akan mendapati rambut kita mula beruban, kedut pada kulit muka dan anggota lain, sering lengguh pada sendi-sendi dan pelbagai penyakit mula menyerang kita, semuanya itu merupakan tanda-tanda alwal kematian kita.
Yang namanya manusia itu degil dan angkuh sifatnya kerana bila uban mula melengkari rambutnya mereka dengan sengaja mencari pewarna rambut untuk menghitam kan kembali bahkan yang lebih teruk lagi apabila warna yang dipilih itu kadangkala seumpama bulu burung kakak tua dan belatuk sahaja tanpa segan silu dan tanpa sedar yang usianya sudah tua. Kulit muka ditengangkan dengan teknik botok dan sebagainya untuk meneggangkan kulit namun satu kebesaran allah yang tidak mampu diubah ialah suara yang memperlihatkan ketuaan kita.

Mata kita sudah tidak secerah dulu apabila kita sudah rabun dan mengharapkan bantuan cermin mata untuk membaca dan melihat dengan lebih cerah kembali, begitulah dengan kaki kita yang sudah mulai lemah dan tidak mampu untuk berdiri dengan lama serta memerlukan tongkat dan sebagainya. Itulah tanda-tanda umur kita sudah berada diambang ajal kematian.

Bersambung