Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 30 September 2009

Pendaftaran Madrasah An-Nur-Muar

Madrasah an-Nur Muar akan membuka kelas pengajian kelas Alim dan Bahasa Arab.
Pendaftaran akan bermula pada 1 nov
Subjet tertumpu kepada Ulum Hadis , Feqh, Bahasa Arab, Tahfiz al-Quran.
Silibus bersepadu yang digunakan di Pakistan,Mesir,Madinah dan Malaysia
Hubungi mudir Ust Nur Affandi 0132075677
Tempoh pengajian selama 6 tahun

Sabtu, 26 September 2009

Ziarah Keluarga Angkat

Bersama isteri tersayang
Kenangan ziarah ke rumah keluarga angkat di Serdang Jaya

Rabu, 23 September 2009

Kenangan Raya Aidil Fitri 2009

Comel tak anakku yang sedang menikmati kuih raya sampai comot....
Aleesa dan Aireen yang terlebih melaram....
Si None yang kesukaan dapat duit raya dari neneknya...
Pose istimewa dari anak-anak ku yang bergaya dirumah neneknya di Felda Lakum sejurus sampai dari Equine Park...
Ingatkan balik tak jam kat tol Gombak tapi lihatlah sendiri....
Bergambar kenangan sejurus selesai Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Al-Muttaqin
Bersama keluarga ajk masjid yang akan balik kampung selepas solat sunat Aidil Fitri...
Ini sahaja Ajk yang tinggal semasa solat Sunat Aidil Fitri ..yang lain semua dah balik kampung...tapi lepas ni kami pun nak balik kampung juga....Alhamdulillah saya sendiri sempat mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah Aidil Fitri sebentar tadi....
Isteri dan anak kami yang bongsu ( A'yunee Mysara ) pada malam terakhir ramadhan....sejurus selesai solat sunat tarawikh.....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung MRK Al-Banjari dengan harapan agar sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini adalah yang terbaik berbanding dengan sambutan sebelum ini dengan kita menghayati tarbiyyah Ramadhan yang lalu yang telah kita tempuhi dengan semangat dan amalan-amalan taqwa.

Jika dalam bulan ramadhan lalu kita telah berjaya membentuk diri kita dekat dengan masjid dan surau serta kita telah berjaya mendisiplin diri dengan segala perkara-perkara yang membatalkan puasa dan kita dapat membaca serta mentaddbur al-Quran dengan baik janganlah hendaknya kita rosakan indentiti taqwa itu dengan kita menyambut Aidil Fitri ini dengan cara pembaziran dan maksiat.

Marilah kita meneruskan perjuangan dan kesan dari tarbiyyah Ramadhan dalam bulan Syawal yang mulia ini dan bulan-bulan yang mendatang untuk terus kita meletakan diri kita sentiasa berada diatas landasan taqwa.

Sabtu, 5 September 2009

BERPUASA : WASIAT IMAM AL-GHAZALI ( 1 )



Imam al-Ghazali r.a telah menghuraikan perkara-perkara yang menyempurnakan ibadat puasa menerusi sepotong hadis Nabi SAW yang bermaksud :


" Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda : sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan yang sia-sia dan mengerjakan denganya maka tiada bagi Allah hajat bahawa meninggalkan ia akan makanan dan minumanya. Hadis Hassan / Soheh ( Bahrul Mazi jld 3 m/s 36 )


1. MEMEJAMKAN MATA DARI BERBUAT MAKSIAT. Imam al-Ghazali menegaskan dalam Ihya' Ulumuddin. kesempurnaan berpuasa ialah yang pertama memejamkan mata dan menegah mata daripada meluaskan pandangan kepada tiap-tiap perkara yang dikeji, dan memalingkan mata dan hati daripada perkara-perkara yang membimbangkan dan melalaikan daripada mengingati Allah kerana Sabda Nabi SAW lagi : bermula pandanagn ( penglihatan ) itu adalah satu anak panah yang berbisa daripada anak panah Iblis yamg melihat akandia oleh allah , maka barang siapa yang meninggalkanya kerana takutkan Allah, nescaya mendatangkan oleh Allah akan kemanisan iman di dalam hatinya...


Ulasan; betapa kita melihat dewasa ini umat islam yang sedang berpuasa kini seakan tidak dapat lari dari anak panah syaitan dan iblis. Apabila ditanya apakah mereka berpuasa, mereka akan berkata dia sesungguhnya berpuasa dan kelihatan diwajahnya nan sayu serta letih yang menggambarkan dia sedang berpuasa, namun dalam masa yang sama kita lihat pakaian mereka sesungguhnya akamt menjolok mata bahkan bukan mata sahaja yang dijolok anggota sulit lelaki juga terjolok sama.


Sedetik kita berjalan di bazar ramadhan kita akan dapati begitu ramai wanita kita yang berjalan dalam keadaan bertelanjang dengan pelbagai aksi. Raut wajahnya begitu bersahaja dan tidak sedikitpun kelihatan diwajah mereka rasa malu dan segan bahkan mereka ini begitu bangga memperagakan fesyen pakaian mereka. Ada yang berpakaian ketat hingga mempamerkan bentuk tubuh mereka dengan jelas berbonjol-bonjol dan bergetar-getar, ada yang tidak cukup kain untuk dibuat baju dan kain dan ada juga yang tidak cukup benang untuk menjahit pakaian mereka dan bermacam-macam lagi.


Daripada pengunjung bazar ramadhan hinggakan kepada para peniaga juga tampak serupa perangai mereka. Maka yang terinaya adalah kaum Adam yang begitu terseksa perasaan zahir dan batin mereka. Dari awal pagi berpuasa dengan gred yang tinggi akan terus menjunam keparas yang paling rendah apabila mereka perkunjung ke bazar Ramadhan.


Persoalanya dimanakah iman wanita-wanita kita dalam berpakaian? Siapa yang harus dipersalahkan? apakah mereka tidak tahu kewajipan untuk menutup aurat? atau apa? atau kita boleh memakai hujjah bekas menteri wanita kita bahawa iman itu dihati bukan pada pakaian?


Saya mencadangkan agar pihak PBT dan kerajaan negeri dan jabatan-jabatan agama melakukan kempen menutup aurat bermula dari Ramadhan tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang sekurang-kurangnya dibuat banner tentang kampen ini atau mengedarkan risalah-risalah nasihat mengenai aurat ini. Banner ini digantung di pintu masuk dan keluar bazar dan ditempat-tempat yang strategik.