Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 24 Februari 2010

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Di Masjid UPM Pada 21/02/10

Alhamdulillah sekali lagi pihak pentadbiran Pusat islam UPM menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah untuk kakitangan dan student UPM dan pada sesi kali ini juga pihak Pusat Islam mengundang saya sebagai fasilitatornya. Pada kesempatan ini saya digabungkan dengan Ust Sapuan nayan dari Bah Dakwah JAIS dan Bonda Ustazah Hjh Sumimi Hj Dasaki serta Ustza Lutfi Razali sebagai fasilitator.

Ringkasnya bengkel kali ini peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kami berempat mengendalikan sesi praktikal bersama-sama. berikut adalah sebagaian dari rakaman lensa yang dapat saya muatkan. Gambar juga yang menceritaka sesuatu.

Saya bersama Ustaz Sapuan Nayan




















Selasa, 23 Februari 2010

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Bersama Student Kolej Mara Banting Pada 20/02/10 Di Kem Nur Bukit Cahaya.

Alhamdulillah pada hai Sabtu 20 Feb saya berkesempatan memenuhi undangan para pelajar dari Kolej Mara Banting untuk menyampaikan kursus pengurusan jenazah. gambar berikut menceritakan perjalanan kursus dan selanjutnya sila rujuk di facebook saya di mrk albanjari.














memang letih menjawab soalan dari mereka ni

menjawab soalan-soalan dari peserta
sesi taklimat akhir sebelum praktikal

mereka ini adalah dari kalangan student yang pintar dan akan melanjutkan pelajaran di luar negara

sesi teori

Rabu, 17 Februari 2010

Perarakan Maulidur Rasul: Ini Bukan Cara Mencintai Nabi

SAYA ada membaca tulisan seorang sahabat yang mendedahkan fakta isu perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang.

Saya jarang menulis isu politik di sini, tetapi jika dilihat akhbar-akhbar Melayu sangat suka memainkan isu sebegini.

Jika sebelum ini isu kalimah Allah digembar-gembur, kali ini isu Maulidur Rasul.Selagi mana umat Islam menjadi umat yang jahil, pemalas untuk mengkaji Islam melalui sudut wahyu, selagi itulah umat Islam akan diperbodohkan oleh umat Islam yang lain dan bukan Islam sudah pastinya.

Oleh kerana kemalasan mengkaji Islam, dan kejahilan yang teramat sangat, kita melenting apabila isu nama Allah timbul. Disebabkan kejahilan, dan sudah dibiasakan bertaqlid buta kepada tradisi datuk nenek, kita melenting apabila isu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan timbul.

Umat Islam terus diperbodohkan. Kita menjadi sensitif kepada isu-isu yang tidak patut diperbesarkan, tetapi kita membiarkan banyak masalah akidah umat berleluasa.

Di sini saya pastekan satu tulisan seorang sahabat yang membongkar isu sebenar di sebalik pembatalan perarakan Maulidur Rasul:Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar perdana.

Sekadar ingin memetik pandangan "anak imam" ini yang menyatakan:

"Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam."

Saya jadi terpinga-pinga dengan kenyataan ini. Sejak bila perarakan Maulidur Rasul menjadi satu "kepentingan umat Islam"?

Lebih memeranjatkan lagi kenyataan dari bekas Perdana Menteri dalam Malaysia Insider yang ingin saya petik sebagai berkata:

"Abdullah (gambar), yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

"Pandangan sebegitu tidak sepatutnya ada dalam fikiran kerajaan negeri sebab Maulidur Rasul adalah sambutan yang tiap-tiap tahun diadakan, perayaan yang aman dan tidak menjadi perayaan yang mencetuskan apa-apa yang tidak baik," katanya kepada pemberita di IKIM di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini."

Kemudian Dr Mohd Puad Zarkashi pula dipetik sebagai berkata:
"Maulidur Rasul adalah satu sambutan yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah (SAW). Jikalau mereka mahu membatalkannya kerana takut akan terjadinya demonstrasi, maka ia adalah satu pandangan yang amat sempit," katanya kepada Bernama di Rengit hari ini.

Saya merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan.

Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul.

Pada tahun 2003 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul. Pada tahun 2004 sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Semalam EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidka mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan! Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir.

Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.

Saya jarang ingin melahirkan kekecewaan saya. Tapi kali ini saya ingin menyatakan dengan jelas perasaan kecewa saya terhadap rakan-rakan yang kononnya bersama saya berjuang untuk menegakkan sunnah.

Tidak sedikit pun saya mendengar atau membaca kenyataan keras dari rakan-rakan yang menolak pandangan jumud dari pihak Pak Lah, Dr Fuad ataupun Muhyiddin Yassin mengenai perarakan maulidur rasul. Saya merakamkan di sini bahawa perjuangan dakwah sunnah tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak.

Jika keberanian menegur hanya untuk sesetegah kelompok maka tidak berguna lagi kita mengatakan kita mengikut jejak langkah Salafus Soleh. Berapa ramai di kalangan mereka tegas dengan pendirian dan ada dikalangan mereka yang menemui syahid hanya kerana ketegasan mereka mempertahankan apa yang mereka yakini sebagai kebenaran.

Oleh :ABU HASIF dipetik dari mStar Online.

Selasa, 2 Februari 2010

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Masjid Kg. Jawa Hulu Langat 30/01/2010

Ucapan Nazir Masjid kelihatan Ust Wahid turut membuat persiapan terakhir.
Sedang menyampaikan ceramah teori pengurusan jenazah
Pelbagai lapisan umur yang hadir.
Sebahagian ahli kariah yang turut hadir Taklimat terakhir sebelum praktikal mandi jenazah. Setelah jenazah diletakkan diatas pembaringan tempat mandi, jenazah perlu :

1. Dibersihkan terlebih dahulu kemudian diistinja'kan untuk membuang segala najis. Proses ini dikenali sebagai meruang.

2. Niat mandi jenazah : 'Sahaja aku memandikan jenazah ini kerana Allah Taala"

3. Mula menyiram air dari sebelah kanan mayat, mulakan dari bahu kanan ke kaki kemudian diulangi sebanyak tiga kali dan setelah itu membuat siraman di sebelah bahagian kiri.

4. Bersihkan mayat dengan sabun. Dicadangkan agar menggunakan body shampoo dan span mandi. Gosok dan bersihkan semua anggota badan mayat sehingga diyakini bersih dari hujung kepala hingga hujung kaki.

5. Wudu'kan mayat.

6. Siramkan mayat dengan air bancuhan serbuk cendana ( jika perlu )

7. Siramkan mayat dengan air bancuhan kapur barus.

8. Lap dan keringkan mayat dengan tuala bersih kemudian tukarkan kain basahan dengan kain yang bersih dan angkatkan mayat ke tempat kain kafan disediakan.

9. Proses pengkafanan

10. Solat Jenazah.

11. Proses mengkebumikan jenazah.

*** tiada foto diambil ketika prktikal mengkafankan jenazah. Harap maaf.