Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 23 Disember 2013

Nota Kursus Pengurusan Jenazah Cara Sunnah



NOTA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
تَلْخِيْصُ أَحْكاَمِ الْجَنَائِز
Oleh : Abu Hanim Mohd Riza

Muqaddimah
Menjadi tanggungjawab bagi kita untuk menguruskan ahli keluarga atau sahabat handai yang dalam keadaan sakaratul maut dan yang telah kembali bertemu dengan Rabbul Jalil.
Bahkan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim untuk menguruskan jenazah muslim yang lain.
Tanpa ilmu dan petunjuk yang sahih dari Nabi dan para ulama mana mungkin kita dapat menguruskan kematian itu dengan sebaiknya.

Kewajiban Bagi Orang Sakit

1. Menerima ketetapan Allah dengan SABAR.
Sabda Rasulullah SAW : “ sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusanya adalah baik, dan hal itu tidak didapati kecuali oleh orang mukmin, jika dia ditimpa oleh sesatu yang kegembiraan maka dia bersyukur, dan jika dia ditimpa oleh sesuatu musibah maka dia bersabar, maka itu baik baginya”.HR Muslim
“ Janganlah salah seorang dari kalian mati melainkan ia berprasangka baik kepada Allah”.HR Muslim.

2. mempunyai perasaan Takut ( khauf dan Harap ( raja’)
Iaitu takut akan siksaan Allah kerana dosa-dosa yang dia telah lakukan dan sangat berharap Rahmat ( kasih sayang ) Allah.

3.Tidak kecewa dan putus asa denga penyakit yang dideritai dan tidak mengharapkan kematian.
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :"لا تدعوا بالموت ، ولا تتمنوه ، فمن كان داعيا لا بد فليقل : اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي."

“ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”

4. menyelesaikan semua urusan yang berkaitan denganya seperti hutang piutang, pinjam meminjam dan sebagainya dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia berawasiat kepada warisnya untuk menyelesaikan semua urusan tersebut.

5. Berwasiat tentang hartanya.
" مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ وَلَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ إِلا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ "
“ tidak wajar bagi seseorang muslim yang tinggal selama dua malam, sedangkan dia ingin mewasiatkan sesuatu melainkan wasiatnya itu ditulis di sisinya ( menulis dengan segera ) Ibn Umar berkata “ tidak pernah aku melewati suatu malam sejak mendengar Rasulullah menyebutkan hal itu melainkan ( catatan wasiat ) itu ada bersamaku. ( muttafaq )

Kewajiban Ahli Keluarga

1. Mentalqin ( membimbing ) kalimah Tauhid.
 فعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( لقنوا موتاكم لا إله إلا الله ؛ فإنه من كان آخر كلامه لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة يوما من الدهر ، وإن أصابه قبل ذلك ما أصابه ) رواه ابن حبان وصححه الألباني في صحيح الجامع (5150)
 “ bimbinglah orang yang menjelang mati antara kalian dengan lafaz Tauhid, barang siapa yang akhir ucapanya dengan kalimah Tauhid saat menjelang kematianya maka ia pasti akan masuk syurga suatu hari nanti meskipun sebelumnya ia telah melakukan apa-apoa yang pernah menimpanya”  ( Ittifaq )

2. mendoakan dan tidak mengucapkan sesuatu perkataan disaat menjelang kematianya kecuali dengan perkataan yang baik.
 قوله - صلى الله عليه وسلم : ( إذا حضرتم المريض أو الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون 
 “ apabila kalian menziarahi orang sakit atau orang mati, maka ucapkanlah dengan perkataan yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat akan mengaminkan ( mendoakan 0 apa yang kalian ucapkan” HR Muslim  Syarah Nawawi

Urusan Selepas Kematian

1. memejamkan mata simati dan mendoakanya
 انَّ الرُّوْحَ اِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ
 “ sesungguhnya ruh jika dicabut, maka penglihatan mengikutinya”
لا تدعوا على أنفسكم الا بخير فان الملائكة يُؤَمِّنُوْنَ على ما تقولون
 “janganlah kalian mendoakan diri kalian kecuali dengan kebaikan, kerana sesungguhnya malaikat akan mengaminkan ( mendoakan ) apa yang kalian ucapkan

Doa kepada si mati
 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأبي سلمة وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ ِفي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَلَمِيْنَ اَللَّهُمَّ افْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْلَهُ فِيْهِ
 Ya Allah, ampunilah Abu Salamah ( tukarkan kepada nama simati ) tinggikanlah kedudukanya pada golongan orang-orang yang diberi hidayah, berilah pengganti untuk orang-orang yang ditinggalkan, ampunilah kami dan dia wahai Rabb Penguasa alam semesta, lapangkanlah kubur untuknya dan terangilah kubur untuknya”.

2. menutup tubuh simati dengan kain.
Berdasarkan kepada hadith Aisyah Radiallahu Anha, “ bahawa Rasulullah SAW ketika wafat ditutupi dengan kain”.
-          Meletakan jenazah diatas tempat yang tinggi seperti di atas katil atau tilam.
-          Membersihkan tubuh mayat dan Istinja’kan mayat.
-          Menutup @ merapatkan mata jenazah.
-          Mengikat dagu jenazah agar mulutnya tidak ternganga.
-          Membetulkan kedudukan tangan jenazah seperti dalam keadaan qiam ketika solat atau meluruskanya dan regangkan sendi anggotanya.
-          Menanggalkan seluruh alat perhiasan termasuk gigi palsu dsb.
-          Menanggalkan pakaian yang dipakai sejurus kematianya.

3. mempercepatkan urusan pengkebumian jenazah.

Perintah Nabi SAW. Dari Abu Hurairah
أسرعوا بالجنائز
 “ segerakanlah pengurusan pengkebumian jenazah!”

Kewajipan Keluarga Simati

1. Bersabar dan Redha dengan ketentuan Allah.
Sabda Nabi SAW
 اِتَّقِي اللهَ وَاصْبِرِي
 “ bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah “

2. Beristirja’
Iaitu mengucapkan انا لله وانا اليه راجعون 
“ sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya jua kita dikembalikan”. Juga disunnahkan kita terus berdoa
اَللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“ Ya Allah, berilah aku pahala dari musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik” HR Muslim.

3. Ihdad ( berkabung ) bagi wanita.

Para wanita ( isteri kematian suami ) diLARANG berhias diri selama 4 bulan 10 hari dan selama tidak lebih dari 3 hari jika kematian anak-anaknya.
 لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تحد على ميت فوق ثلاث ليال إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا
“ tidak HALAL bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berihdad lebih dari tiga hari kecuali jika suaminya yang meninggal, maka ia berihdad selama empat bulan sepuluh hari” HR Bukhari

4. Memaklumkan kepada ahli waris yang lain, jiran tetangga & saudara mara.

5.Memaklumkan kepada Pegawai Masjid untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

6.Buat laporan polis

Larangan Kepada Ahli Keluarga Simati

1. Meratapi mayat.

Sabda Nabi SAW :
         اثنتان في الناس هما بهم كفر الطعن في الأنساب والنياحة على الميت
“ ada dua perkara jika dilakukan oleh manusia akan menjadikanya kafir: mencela dalam urusan nasab dan meratapi mayat” HR Muslim.

2. Memukul-mukul muka dan kepala.

3. merobek atau mencarik baju.
            ليس منا من لطم الخدود وشق الجيوب ودعا بدعوى الجاهلية
“ bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul mukanya dan merobek-robek pakaianya serta memanggil dengan panggilan jahiliyyah” HR Bukhari

4. Mencukur rambut kepala.

5.Mengurai rambut.

“ Diantara perkara yag dibaiat oleh Rasulullah atas kami adalah kami tidak bermaksiat kepadanya dan tidak mencakar-cakar muka, tidak mendoakan kecelakaan, tidak merobek-robek pakaian serta tidak mengurai rambut”.

6. Membiarkan janggut tumbuh sementara sebagai tanda kesedihan.

KETAHUILAH !!! Sesungguhnya berhias diri dengan cara mencukur janggut sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang islam lelaki adalah termasuk dalam perbuatan MAKSIAT. Ini berdasarkan kesepakatan imam 4 mazhab dan para ulama lain kerana perbuatan itu bertentangan dengan dalil-dalil syarie.

Mengumumkan berita kematian seseorang dari atas menara atau dari tempat tinggi kerana dibimbangai ia termasuk dalam kategori meratapi kematian.

Telah diriwayatkan dari Hudzaifah al-Yamani dalam sebuah Hadith sahih bahawa ketika ada orang meninggal dunia ia berkata “ janganlah kalian mengumumkan berita kematian itu, kerana saya khuatir tindakan itu termasuk dalam bentuk meratapi mayat, kerana saya pernah mendengar Rasulullah melarang untuk meretapi mayat”

TETAPI
Dibenarkan bahkan terkadang wajib untuk menyampaikan berita kematian jika dibimbangi tiada orang untuk menguruskan jenazah tersebut. 

Dianjurkan supaya berita kematian itu disebarkan agar meminta orang lain untuk solat jenazahnya dan mendoakan kepada simati. Nabi memerintahkan kita استغفروا لأخيكم    “mohonkanlah keampunan untuk saudara kalian”.

TAMBAHAN
Perbuatan sebahagain besar masyarakat islam dalam negara kita apabila mengumumkan berita kematian atau sebagainya akan diiringi dengan bacaan “al-Fatihah”. 

Ketahuilah bahawa perbuatan itu sebenarnya adalah menyalahi sunnah dan perintah Rasulullah yang memerintahkan kita untuk “ Beristirja’” dan  mendoakan keampunan kepada simati saat kita mendengar perkhabaran itu

Pujian Terhadap Mayat
Hendaklah umat islam memberikan pujian terhadap seseorang yang meninggal dunia dengan pujian yang baik kerana pujian itu adalah doa dan akan dapatkan haknya keatas syurga Allah.
Pujian terhadap mayat itu juga merupakan sunnah Rasulullah.

Memandikan Mayat.
Perintah dari Rasulullah SAW.

 اغسلنها ثلاثا أو خمسا أو سبعا ..... أو أكثر من ذلك
 “ mandikanlah dia dengan tiga kali atau lima kali atau tujuh kali … atau lebih dari itu”…

Persiapan sebelum mandi mayat
Memaklumkan kepada pegawai masjid atau khairat kematian untuk bantuan sepatutnya.
Membeli atau menyediakan perlatan mandi yang sewajarnya.
Memastikan lubang kubur / lahad sudah siap digali.

Peralatan Mandi Mayat
1. Air mutlak secukupnya – getah paip – gayung – baldi dan seumpamanya.
2. Menyediakan tempat mandi yang sewajarnya.
3. Gunakan “bodyshampoo” sebagai ganti sabun mandi
4. Sarung tangan
5. Pewangi : spry atau bakaran
6. Kain basahan mandi mayat.
7. Kain tuala pengelap selepas mandi.
8. Putik kapas secukupnya.
9. Span mandi secukupnya.
10. Tisu basah ( untuk meruang )
PERHATIAN :
Semua urusan mandi dan kafan mayat hendaklah tertutup dari pandangan mata umum. Sebaiknya dilakukan di dalam bilik khas atau ditutup dengan tabir.

Kaifiat Memandikan Mayat
1. hendaklah mayat itu dimandikan sebanyak tiga kali atau lebih.
2. bilangan orang yang memandikanya itu hendaklah ganjil.
3. menggunakan air yang bersih bercampur sesuatu bahan yang boleh membersihkan mayat seperti daun bidara atau sabun.
4. mencampurkan kapur barus dalam air siraman terakhir.
5.memotong tali ikatan rambut dan mencucuinya hingga bersih ( wanita )
6. menyisir rambutnya.
7. menjadikan rambutnya dalam tiga ikatan dan meletakanya dibahagian belakang ( wanita )
8. mayat lelaki diuruskan oleh lelaki dan wanita oleh wanita. Namun ada juga pengecualian ( bahas )
9. menutup badan mayat ketika dimandikan selepas semua pakainya ditanggalkan.
Mulakan siraman mandi dari sebelah anggota kanan dan ratakan siraman pada seluruh anggota tubuh mayat.
11. membersihkan segala kekotoran yang zahir pada anggota badan mayat dengan penuh lembah lembut dan kasih sayang menggunakan span mandi dan body shampoo.
12. Membersihkan qubul dan dubur dan semua anggota di bahagian kepala dengan lemah lembut dan kasih sayang.
13. Ulangi proses menyiram dan menyabun mayat sehingga diyakini bersih.
14. Mengwudukkan mayat.
15. Siraman terakhir dengan siraman air campuran kapur barus.
16. Lapkan keringkan badan mayat  dengan lemah lembut dan kasih sayang

LARANGAN KETIKA MANDI
Kita dilarang sama sekali dari melihat atau mendedahkan aurat si mati dalam apa juga keadaan sekali pun.

Kelebihan Memandikan Mayat
Bagi pemandi mayat akan mendapat pahala yang besar dengan  dua syarat :

i. Menutup aib mayat dan tidak membicarakan perkara yang tidak disukai oleh mayat. Berdasarkan sabda Rasulullah :
“ barangsiapa yang memandikan mayat seorang muslim lalu dia menutupi cacat tubuhnya, maka Allah akan mengampuninya empat puluh kali, dan barang siapa menggali kubur baginya lalu menguburkanya maka dia diberi pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal yang orang tersebut pada hari qiamat dan barang siapa yang mengkafani mayat, maka Allah akan memberinya pada hari qiamat kelak dengan gelang emas dan baju hijau dari sutera halus dari syurga”.  Al-Hadith

ii. Mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Tidak mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih atau perkara-perkara yang bersifat duniawi.
Allah hanya menilai amal kebajikan yang bersifat Ikhlas sahaja.
Sunnah orang yang memandikan mayat untuk mandi
“ barangsiapa yang memandikan mayat, maka hendaklah dia mandi selepas itu dan barang siapa yang membawa jenazah ke kubur maka hendaklah dia berwuduk”. Al-Hadith
Terdapat khilaf tentang perkara ini dan melakukanya dengan penuh ketaatan kepada perintah Rasulullah itulah yang terbaik.

Peralatan Kafan

1. Kain putih bidang 60” x 15 meter
Sabda Nabi; “ pakailah diantara kalian pakaian bewarna putih, kerana itulah sebaik-baik pakaian kalian, dan kafanilah orang yang mati diantara kalian dengan kain putih”
Kain kafan hendaklah lebar dan panjang secukupnya untuk 3 lembar.

2. Pewangi non alkohol atau seumpamanya.
Perintah Nabi
 اِذَا أَجْمَرْتُمُ الْمَيِّتَ فَأَجْمَرُوْهُ ثَلَاًثا
 “ apabila kalian mengharumkan kain kafan untuk simati ( dengan gerharu dan sejenisnya ) maka hendaklah kalian lakukan tiga kali”.
3. Gunting
4. Kapas 3 bantal atau secukupnya.
5. Plastik transparent secukupnya ( untuk jenazah kritikal – jika perlu )
6. pampers dewasa ( jika perlu )
7. kain penutup jenazah

Cara menyediakan kain kafan
1. Ukur tinggi jenazah dan lebihkan 12” di bahagian kepala dan 12” dibahagian kali.
2. Potong 3 lembar kain mengikut ukuran yang telah dibuat.
3. Potong sehelai kain untuk dijadikan jubah / pakaian dalaman bagi wanita.
4. Sediakan lima utas tali pengikat dari kain kafan tersebut atau dari yang lain.
5. Lentangkan 5 utas tali mengikut urutan panjang kain kafan.
6. Hamparkan tiga lembar kain kafan.
7. Taburkan atau renjiskan pewangi pada setiap helai lembaran kain kafan
8. Lentangkan hamparan kapas yang dipotong mengikut size kain kafan.
9. Bentangkan plastik putih ( jika perlu )

Cara mengkafan mayat
1. Baring dan letakan mayat diatas hamparan kain kafan yang telah siap.
2. Letakkan potongan kapas / lipatkan kapas untuk membaluti tubuh mayat.
Letakkan kapas dengan tebal ( ikut keperluan ) di bahagian qubul dan dubur mayat. Dilarang untuk menyumbat lubang qubul & dubur, hidung dan telinga mayat dengat kapas.
3. Mulakan membalut dari sebelah kiri mayat dan menutupnya dengan balutan sebelah kanan selembar demi selembar.
Jika dipakaikan jubah maka hendaklah dilakukan sebelum proses di atas.( wanita sahaja )
Ikatkan lima utas tali pengikat di bahagian atas kepala, dada, pinggang, lutut dan bawah kaki.
Tutupkan mayat yang telah dikafan dengan hamparan kain sewajarnya.
Peringatan :
1. “ Rasulullah dikafan dengan tiga lapis kain tenun putih yang diperbuat dari kapas tanpa ada baju dan serban” HR Bukhari &Muslim.
2. Bagi jenazah wanita afdhal 5 helai termasuk jubah dan tudung serta 3 helai pembalut utama.
3. Ada sebahagian masyarakat kita mengkafankan mayat lelaki dengan memakaikanya jubah dan serban. Perkara itu sebenarnya telah menyalahi Sunnah Rasulullah. Aisyah r.a menyatakan “ Rasulullah SAW dikafankan dengan tiga lepais kain tenun putih yang diperbuat dari kapas tanpa ada baju ataupun serban”. HR Bukhari dan Muslim.

Solat Jenazah
Solat jenazah keatas mayat muslim hukumnya fardhu Kifayah terkadang menjadi wajib sekiranya tiada orang lain yang mensalatinya kecuali kepada 2 golongan :
i. Orang yang mati syahid.
ii, Anak kecil. ( bahas )
Rasulullah SAW bersabda “… anak kecil ( dalam satu riwayat : bayi yang meninggal kerana keguguran dan kedua orang tuanya didoakan agar mendapat keampunan dan rahmat)”…
Berdasarkan zahir hadith ini, bayi yang meninggal dunia kerana keguguran hendaklah di solatkan jika ia telah ditiupkan ruh ( bernyawa ). Iaitu setelah genap empat bulan. Sekiranya ia gugur sebelum itu, maka tidak perlu di solatkan kerana ia tidak dianggap sebagai jenazah.

Tatacara Solat :
1. Niat serta takbiratul ihram.
2. Membaca surah al-Fatihah hingga akhir secara sirr ( perlahan )
3. Takbir intiqalat
4. Membaca Selawat Nabi.

( اللّهمَّ صل على محمدٍ وعَلَى آلِ محمدٍ كما صليتَ على إِبراهيمَ وعلى آلِ إبراهيمَ إنكَ حَميدٌ مَجيد، اللّهمَّ بارك على محمدٍ وعلى آلِ محمدٍ كما باركتَ على إِبراهيم وعلى آلِ إبراهيمَ إِنَّكَ حَميدٌ مَجيد ) وإن اقتصر على قوله : ( اللهم صلِّ على محمد ) فإنه يجوز

5. Takbir Intiqalat
6. Mendoakan untuk mayat.
   “ Jika engkau solat jenazah, maka ikhlaskanlah doa untuk mayat”. HR al-Hakim.
Doa – doa yang diajarkan oleh Nabi SAW :
عن أبي عبدِ الرحمنِ عوفِ بن مالكٍ رضي اللَّه عنه قال : صلَّى رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم عَلى جَنَازَةٍ ، فَحَفِظْتُ مِنْ دُعائِهِ وَهُو يَقُولُ : « اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ ، وارْحمْهُ ، وعافِهِ ، واعْفُ عنْهُ ، وَأَكرِمْ نزُلَهُ ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُ واغْسِلْهُ بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونَقِّه منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْهُ دارا خيراً مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيّراً منْ أهْلِهِ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِ ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار » حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أنَا ذلكَ المَيِّتَ . رواه مسلم .

…”Ya Allah, ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkanlah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah kedudukanya, lapangkanlah kuburnya, basuhkanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dosa-dosanya sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, ahli keluarga yang lebih baik, pasangan dengan pasangan yang lebih baik, masukkanlah dia kedalam syurgaMu, dan lindungilah dia dari azab kubur dan dari azab nerakaMu”…

ATAU ditambah dengan doa ini
وعن أبي هُريرة وأبي قَتَادَةَ ، وأبي إبْرَاهيمَ الأشْهَليَّ عنْ أبيه ، وأبوه صَحَابيٌّ رضي اللَّه عنهم ، عَنِ النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم أنَّه صلَّى عَلى جَنَازَة فقال : « اللَّهم اغفر لِحَيِّنَا وَميِّتِنا ، وَصَغيرنا وَكَبيرِنَا ، وذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا ، وشَاهِدِنا وَغَائِبنَا . اللَّهُمَّ منْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلى الإسْلامِ ، وَمَنْ توَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلى الإيمانِ ، اللَّهُمَّ لا تَحْرِمْنا أَجْرَهُ ، وَلا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ » رواه الترمذي

… “ Ya Allah, ampunilah orang-orang hidup dan mati dari kalangan kami, orang yang hadir dan yang tidak hadir,yang kecil mahupun yang tua dewasa, lelaku mahupun perempuan,Ya Allah, barang siapa yang Engkau berikan kehidupan kepada mereka, maka berikanlah kehidupanya di atas agama islam, dan sesiapa yang Engkau hendak matikan, maka matikanlah dia dalam keadaan beriman, Ya Allah, janganlah engkau haramkan pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan orang yang masih hidup selepasnya…”

Atau boleh ditambah dengan doa ini
وعن واثِلة بنِ الأسقعِ رضيَ اللَّه عنه قال : صَلَّى بِنَا رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم عَلى رجُلٍ مِنَ المُسْلِمينَ ، فسمعته يقولُ : « اللَّهُمَّ إنَّ فُلانَ ابْنَ فُلان في ذِمَّتِكَ وَحَلَّ بجوارك، فَقِهِ فِتْنَةَ القَبْرِ ، وَعَذَابَ النَّارِ ، وَأَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ والحَمْدِ ، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ ، إنكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيْمُ »َ رواه أبو داود

…. “ Ya Allah, sesungguhnya si fulan bin sifulan ( sebutkan nama si mati ) telah berada dalam genggaman Mu dan telah berada di samping Mu, maka peliharakanlah dia dari fitnah kubur Mu dan azab neraka Mu, Ya Allah, Engkaulah Zat yang Maha Memenuhi Janji dan Maha Besar, maka ampunilah dosanya dan kasihilah dia, sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”

7. Takbir Intiqalat
8. Membaca doa
       اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
 .. “ Ya Allah janganlah Engkau haramkan kedua-duanya dan janganlah Engkau fitnah kepada kedua-duanya selepas ini”..
9. Salam.

Waktu yang dilarang untuk solat jenazah
Uqbah bin Amir r.a. menyatakan ;
..” ada tiga waktu yang Rasulullah melarang kami untuk mendirikan solat jenazah pada waktu tersebut ; ketika matahari terbit meninggi, ketika matahari tepat berada di atas kepala hingga tergelincir dan pada saat matahari hendak tenggelam hingga ia benar-benar tenggelam”…

Mengkebumikan mayat
Mengkebumikan mayat dalah WAJIB hukumnya walaupun mayat itu orang kafir.
Mayat orang islam tidak boleh di kuburkan bersama orang kafir.
Sunnah di kuburkan di kawasan maqam ( tanah perkuburan )
Mendapat kebenaran atau permit dari polis. ( undang-undang Malaysia )

Fizikal kubur
1. hendaklah digali dalam dan luas.
2. afdhal dibuat al-lahd ( lubang liang yang rapat di  dinding kubur.. Kaedah ini digunakan untuk memaqamkan jasad nabi yang mulia ) atau asy-syaq ( liang ditenggah kubur )

Perhatian :
1. kaum keluarga ( lelaki ) serta wali kepada si mati afdhal untuk menurunkan mayat ke dalam kubur.
2.  Sunnah menurunkan bahagian dari arah belakang mayat ( bahagian kaki )
3. Jenazah yang diletakkan dalam liang hendaklah diposisikan menghadap kiblat dengan dibaringkan disebelah kiri badanya.
4. Membuka semua ikatan tapi pengikat kafan mayat.

Sunnah-sunnah pengkebumian
1. membaca    ketika meletakkan mayat dalam liang.
2.  meninggikan kubur kira-kira sejengkal supaya nampak perbezaan dengan tanah yang lain.
3. memberikan tanda seperti batu untuk dikenali oleh warisnya.

Larangan ketika mengkebumikan mayat
1. mengkebumikan pada waktu malam kecuali dalam keadaan memaksa dan hendaklah diterangi dengan cahaya lampu.
2. waktu yang terlarang seperti waktu yang dilarang untuk solat jenazah.
3. Tidak disunnahkan untuk menggali kubur sendiri sebelum mati.

Takziah
Disyariatkan kepada kita untuk bertakziah kepada keluarga orang yang meninggal dunia. Perintah Rasulullah SAW : “ barangsiapa yang bertakziah kepada saudaranya yang beriman pada musibah yang dialaminya, niscaya Allah akan memakaikanya dengan perhiasan bewarna hijau yang ia idam-idamkan nanti pada hari kiamat”…
Apa erti sebenar takziah?.
“..Iaitu menganjurkan mereka yang ditimba musiabah dengan kesabaran saat dia ditimpa musibah dan mengingatkan dia tentang pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang ditimpa musiabah itu, mendoakan orang yang telah meninggal atau yang ditimpa musibah”

Perkara-perkara yang bermanfaat untuk si mati
1. Mendoakanya .
2. Membayarkan puasa nazarnya dan nazar-nazar yang lain.
3. Membayarkan hutang-piutangnya.
4. Amal soleh dari anak-anaknya.

Hukum ziarah kubur
Telah disyariatkan untuk kita menziarahi kubur sebagai memperingati kematian kita pula seleas itu tetapi dengan syarat tidak berdoa dengan doa yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah seperti bertawasul kepada ahli kubur dan tidak melakukan perkara-perkara khurafat.
Para WANITA juga dibenarkan untuk menziarahi kubur tetapi mereka dilarang untuk sentiasa berulang alik ke kubur kerana ia akan menjadikan para wanita itu terdedah dengan tangisan yang meratap dan tabarujj ( membuka aurat ) dan juga seakan menjadikan kubur itu sebagai tempat rekeasi serta membuang masa. ( zahir hadith )
Penutup
Semoga semua perkongsian ilmiah dalam kursus ini akan memberikan manfaat kepada anda semua dan diharapkan sesuatu yang baik dapat diajarkan kepada orang lain selepas ini.

Ikhlas :
Mohd Riza Bin Kamaruddin
012-3718809

Selasa, 17 Disember 2013

Aku suka baca entry ni...

TEGURAN KASAR BUAT UMNO DAN PEMIMPIN POLITIK YANG JADI PROKSI HARAMJADAH!!!

Monday, December 16, 2013
Secara retoriknya, UMNO merupakan sebuah parti politk yang berfungsi melindungi kepentingan Melayu dan Bumiputera. Setiap kali persidangan dan perhimpunan agung UMNO, itulah juga yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Namun dari semasa ke semasa, di sebalik serangan menggila musuh-musuh negara yang berselindung di sebalik kelibat tokoh-tokoh dari parti pembangkang, ditambah pula dengan dana luar yang mencurah-curah bagi merealisasikan upaya New World Order yang menjadikan Zionis sebagai Kolonialis baru dunia, rakyat Malaysia khususnya Melayu dan Bumiputera di Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat lagi.

Para pemimpin UMNO nampaknya sudah tidak berkeupayaan lagi untuk berselindung. UMNO telah menjadi sarang perompak dan perampas kebahagiaan rakyat di negara ini. Para penjenayah berpakaian tuksedo itu mengaburi mata rakyat Malaysia, khususnya para penyokong mereka dengan pelbagai slogan yang kedengaran amat mulus tetapi sebenarnya bertujuan untuk melindungi matlamat mereka yang sebenar iaitu mempercepatkan projek menjahanamkan negara.

Barangkali ramai yang tidak sedar tentang kerjasama yang sedang dilakukan melibatkan pemimpin UMNO dan pemimpin Pakatan Rakyat. Kesemua mereka merupakan konspirator bagi mewujudkan jalan cerita yang terbaik dan melalaikan rakyat Malaysia daripada memikirkan kesan buruk daripada permainan politik yang sangat melalaikan.

Dengan mengapi-apikan penyokong masing-masing, kerjasama tersebut sukar dilihat dengan mata kasar. Pemimpin-pemimpin UMNO melakukan serangan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat, begitu juga sebaliknya. Pemimpin-pemimpin UMNO melakukan pendedahan tentang Pakatan Rakyat dan para pemimpin Pakatan Rakyat turut melakukan perbuatan yang serupa.

Akhirnya rakyat yang berbelah sokongan mereka, akan menjadi terlalu sibuk dan tertipu kerana dikaburi oleh sentimen yang telah diapi-apikan oleh pemimpin-pemimpin politik dari UMNO dan Pakatan Rakyat.

Perhatikan permainan yang sedang melibatkan kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Pakatan Rakyat... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR CHRONICLE

Isnin, 16 Disember 2013

Cina mai cukuq jamboi?






Riuh baru-baru ni diperkatakn orang ada sorang ADUN Cina dari DAP mai cukuq jamboi kat dalam satu majlis.

saya cuma nak ulas sikit jer dan saya nak katakan bahawa cukur jambul tu bukan dari syariat islam pun... ia hanya syariat melayu dan dah jadi adat turun temurun orang melayu dan dalam masa yang sama perintah Nabi yang Mulia supaya setiap kelahiran anak muslim itu hendaklah diiringi dengan sembelihan aqiqah pada hari ke 7 dan sunat diberikan nama yang baik-baik.

buat majlis cukur jambul tu langsung tiada asasnya dalam agama islam yang suci murni ini... saya dah lama bercakap isu majlis cukur jambul ni... ramai yang pandang enteng bab ni dan seakan tidak sempurna syariat islam tu kalau tak buat majlius cukur jambul yang diiringi dengan bacaan berzanji dan marhaban serta majlis berendoi namun dalam masa yang sama saya dapati hampir semua majlkis cukur jambul ni telah meninggalkan perintah menyembelih aqiqah... wallahua'lam jika ada yang buat sembelihan aqiqah kemudian dibuat majlis cukur jambul pulak... mungkin ada dan saya tak nafi... tetapi itu pun sebenarnya tidak menepati sunnah nabi yang mulia yang memerintahkan kita sembelih aqiqah dan mencukur seluruh rambut bayi itu.. klau tak caya bukalah kitab-kitab hadis yang membicarakan bab ini.. datang mana pulak istilah cukur jambul ni?... nak cukur tu pulak kebiasaan yang saya liuhat ketika orang ramai yang hadir dlam majlis tu berdiri sambil melaungkan merhaban... ini pun tak tahu syariat mai mana?...

utk nk ulas buat apa cina ni mai dan apa hukum dia potong jambul bayi tu... saya katakan saya tak boleh nak komen sebab saya pun tak tau apa tujuan itu... kalau itu mencemarkan adat orang melayu.. mungkin saya katakan ye itu adat orang melayu tapi bukan dari syariat islam... suka hati korang le... lepas ni jangan lupa panggil karpal singh atau lim kit siang utk buat majlis belah mulut pulak ye!

BLOG PAS DEDAH LOKASI #SYIAH DI KEDAH !! @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi @PDRMsia

ini dia ketua SYIAH KEDAH

Lokasi Pusat Syiah Kedah di Kg Berala Tobiar Pendang Kedah, INI PULA LOKASI RUMAH YANG DIDEDAHKAN OLEH SAHABAT

                        INI PULA LOKASI RUMAH YANG DIDEDAHKAN OLEH SAHABAT



INI PULA DALAM RUMAH

DATUK SERI NAJIB JANGAN ABAIKAN RINTIHAN RAKYAT BERIKUTAN KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT

Sebaik membaca berita berhubung tarif elektrik akan dinaikkan bermula Januari 2014, pantas saya merujuk manifestor Barisan Nasional, BN, seperti dihebahkan sebelum Pilihan Raya Umum, PRU 13. 

Pembaca sila klik di sini.

Manifesto pertama dicatatkan, janji BN diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, MENANGANI KOS SARA HIDUP.

Setelah mandat diberikan oleh rakyat kepada BN untuk memerintah 5 tahun lagi, segala AKU JANJI diwar-warkan kepada rakyat, hanya tinggal SUKU JANJI. 

Bagaimanakah kaedah kerajaan menangani kos sara hidup rakyat?

Pertama, kurangkan subsidi minyak petrol, kedua kurangkan subsidi gula dan kemudian mengizinkan Tenaga Nasional Berhad, TNB, menaikkan tarif elektrik bermula Januari 2014. 

Ingin saya tegaskan, menegur tindakan kerajaan bukan kerana saya tidak suka kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib dan jemaah menteri. Saya menegur agar Datuk Seri Najib dan BN kelak tidak dibenci oleh rakyat sendiri. 

Berikut antara gambar disebarkan di laman sosial berhubung Perdana Menteri dan aku janji BN. 


Andai kata, dakwaan itu tidak benar, buktikan kepada rakyat secara logik.

Tahun lalu TNB meraih keuntungan RM684.9 juta sepanjang suku tahun ketiga. Tahun ini, keuntungan diperolehi berlipat ganda, RM1.7 billion dalam tempoh sama.

Saya difahamkan, kakitangan TNB bakal menerima bayaran bonus kira-kira 5 bulan atau lebih pada 18 Disember ini. Itu rezeki mereka berlandaskan prestasi diukur menggunakan KPI.  

Sebagai Perdana Menteri, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk bersuara agar keperluan rakyat didahulukan bukan membebankan pengguna di Malaysia ini. Bekalan elektrik, keperluan asas kerana rakyat Malaysia tidak bermastautin di dalam hutan belantara. Gajah, harimau dan tenuk tidak memerlukan bekalan elektrik. Haiwan terbabit juga bukan pengusaha kilang menggunakan bekalan elektrik mengikut kadar industri.

Melalui hujung jari semua rakyat negara ini maklum berhubung keuntungan berbillion ringgit TNB justeru apakah rasionalnya menaikkan tarif elektrik? Usah berasa harian jika rakyat mengeluh apabila terpaksa membayar tarif elektrik lebih tinggi berbanding sebelumnya. Dilaporkan lebih 70% pengguna domestik tidak terkena tempias kenaikan tarif itu. Bagaimanakah pula dengan pemilik restoran dan pengusaha kilang warga tempatan? Bukankan mereka itu juga rakyat Malaysia? 

Jika tarif elektrik restoran dinaikkan, kebarangkalian harga makanan akan naik itu wujud. It is a chain reaction
Sebelum PRU 13, Perdana Menteri dilihat melaung-laungkan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN di media cetak dan elektronik. Benar, pencapaian TNB amat mengagumkan semua tetapi malangnya rintihan rakyat ternyata DIKEMUDIANKAN. Tidak salah TNB meraih keuntungan besar tetapi janganlah menindas rakyat Malaysia.


Saya akui pihak pengurusan TNB memang hebat. Ketirisan berlaku lebih lapan tahun, klik di sini, namun masih mampu mengaut keuntungan sebegitu lumayan. 

Selain daripada tarif elektrik dinaikkan, berita telah tersebar, kadar tol juga bakal meningkat. Berita dicatatkan di sini barangkali akan meredakan sedikit keresahan hati rakyat. Namun dikatakan kadar kenaikan tambang bas dan LRT, sedang dikaji. Semua itu kemudahan asas harian, prasarana digunakan oleh rakyat. Dalam erti kata lain, jika dinaikkan maka rakyat bakal memikul bebanan sara hidup berganda selepas PRU 13.

Setiap janji harus ditepati bukan dicapati. Nasib baik capati diuli menggunakan tangan, jika menggunakan mesin, harga makanan itu juga pasti akan naik.

sumber :  http://www.mazidulakmal.com/2013/12/datuk-seri-najib-jangan-abaikan.html

Rabu, 27 November 2013

Aqidah Imam Syafie

Oleh: Ustaz Abu Faruq Rasul bin Dahri
Disunting: an-Nawawi (Edisi Online)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

PERIBADI RINGKAS AL-IMAM AS-SYAFI’E
Nama sebenar al-‘Allamah Imam as-Syafie rahimahullah ialah: Muhammad bin Idris as-Syafie yang lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie. Beliau adalah seorang Imam besar yang sentiasa mendapat pujian, penghormatan dan pengiktirafan tentang keilmuannya oleh para ulama sejak zamannya sehinggalah ke saat ini. Imam as-Syafie dilahirkan di Gazzah (Palestin/Jurusalem) pada tahun 150H (767M). Meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat dan dikebumikan selepas Asar pada 2hb. Rejab, 204H dalam usia 54 tahun.[1] Beliau adalah seorang imam dan ulama besar yang sentiasa mengajak ummah agar berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga digelar oleh tokoh-tohoh besar sebagai (Nasirus Sunnah)[2] "Pejuang/Penegak/Pembela Sunnah" atau (نَاصِرُ الْحَدَيْث) "Pejuang Hadith".[3]

Imam as-Syafie terkenal sebagai seorang yang paling alim di zamannya tentang makna-makna al-Quran, dianggap seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah.[4] Sehingga Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata:

"Kalaulah tidak kerana as-Syafie tidaklah kami mengenali ilmu hadis".[5]

Berkata Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah dalam mukaddimah syarah dan tahkiknya tentang kitab ar-Risalah yang dihasilkan oleh Imam as-Syafie rahimahullah:

"Jika sekiranya dibolehkan bagi seorang alim bertaqlid dengan seorang alim yang lain, pasti manusia yang lebih layak menurut pendapatku untuk ditaqlid ialah as-Syafie. Sesungguhnya aku (tetapi tidak ghuluw dan keterlaluan) percaya sesungguhnya tidak pernah muncul seorang ulamak Islam seperti lelaki ini dalam pemahaman, pandangan dan ketelitiannya mengambil hukum dari al-Kitab dan sunnah".[6] Dan beliau berkata lagi: "as-Syafie telah memenuhi permukaan bumi ini dengan ilmu".[7]

Walaupun Imam as-Syafie diiktiraf sebagai seorang ulama besar dan muktabar sehingga fatwa-fatwanya dijadikan rujukan sejak zamannya sehinggalah sekarang, namun beliau tidak pernah mengizinkan sesiapapun untuk bertaqlid buta[8] dengannya, malah beliau bersepakat dengan imam-iman besar yang lain melarang dari bertaqlid buta dengan mana-mana mazhab yang ada. Beliau dan juga para imam yang lain tidak pernah memberi keizinan kepada sesiapapun mengguna-pakai fatwanya sebelum terlebih dahulu diketahui dari mana mereka mengambilnya. Beliau berkata:

"Dari Imam Abi Hanifah, Malik, as-Syafie dan Ahmad rahimahumullah mereka semua berkata: Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan kata-kata kami atau berpegang dengan kata-kata kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil kata-kata tersebut".[9]

Imam as-Syafie amat membenci perbuatan bertaqlid buta. Malah beliau melarang dengan sekeras-kerasnya perbuatan bertaqlid buta. Larangan Imam as-Syafie amat jelas apabila difahami wasiat beliau yang masyhur:

"Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)".[10]

Imam as-Syafie tidak pernah menghalalkan perbuatan seseorang yang meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam lantaran bertaqlid buta atau ta’sub a’ma kepada seseorang ulama:

“Telah berkata Iman as-Syafie rahimahullahu Ta’ala: Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin bahawa sesiapa yang terang baginya sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut lantaran mematuhi (mentaati) perkataan seseorang".[11]

Imam as-Syafie berulang kali berwasiat tentang haramnya bertaqlid buta kerana bertaqlid akan menyempitkan ilmu. Imam as-Syafie juga telah memberi peringatan yang tegas bahawa amalan bertaqlid buta kepada mana-mana Imam atau ulama samalah seperti mengangkat seseorang manusia sebagai tuhan yang disembah selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

“Sesiapa bertaqlid kepada seseorang dalam perkara mengharamkan atau menghalalkan sesuatu sedangkan hadith sahih bertentangan dengannya dan menegah bertaqlid kerana diperintahkan beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan sebagai tuhan selain Allah ‘Ta’ala”.

Amaran Imam as-Syafie ini dapat diperjelaskan lagi dengan bersandarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh 'Adi bin Hatim radiallahu ‘anhu. Hadith ini merupakan keterangan yang amat ketara menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menganggap sebagai penyembahan (pengibadatan) perbuatan bertaqlid buta yang dilakukan oleh kaum Nasara terhadap Ahbar dan Ruhban mereka:

“Dari ‘Ady bin Hatim berkata: Aku pergi kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan di leherku tergantung sebuah salib dari emas, maka baginda bersabda: Wahai ‘Ady! Buangkanlah berhala ini dari dirimu. Saya dengar baginda membacakan surah Baqarah (Dan mereka menjadikan Ahbar dan Ruhban mereka sebagai tuhan-tuhan sembahan selain Allah), aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka tidak pernah menyembah (Ahbar dan Ruhban). Maka baginda bersabda: Bukankah Ahbar dan Ruhban itu mengharamkan perkara yang telah dihalalkan Allah maka mereka mengharamkan? Dan mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah lalu mereka pun menghalalkannya? Aku menjawab: Memang itu adalah benar. Baginda bersabda: Maka itulah cara mereka menyembah Ahbar dan Ruhban mereka".[12]

Itulah bahaya taqlid buta atau ta’sub a’ma (تعصب اعمى) yang ditakuti oleh Imam as-Syafie, yang mana ianya boleh membawa kepada penyembahan yang membawa kepada kesyirikan. Maka amat tepat apabila beliau berwasiat agar umat Islam tidak bertaqlid buta kepada mana-mana mazhab selain al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang sahih.

Penyerupaan (meniru) bentuk suluk atau tata-cara agama dari agama kaum kuffar atau musyrikin adalah haram (kufur) kerana telah ditegah oleh syara. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dari golongan kaum tersebut".

Pengharaman bertaqlid buta atau ta’sub a’ma telah disuarakan juga oleh para sahabat, para imam dan para ulama muktabar:

"Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya janganlah sama sekali seseorang dari kamu bertaqlid kepada seseorang tentang agamanya, yang mana apabila ia beriman kamupun beriman dan sekiranya dia kufur kamupun jadi kufur, maka sesungguhnya tidak ada contoh (yang boleh dikuti) dalam perkara buruk ini".[13]

"Ibn Abbas pernah menjawab pertanyaan seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang suatu masalah. Dijawabnya pertanyaan tersebut dengan sebuah hadith. Maka menyangkal dan berkata kepada Ibn Abbas: (Tetapi) telah berkata Abu Bakar dan Umar. Ibn Abbas kemudian berkata: Ditakuti akan diturunkan ke atas kamu hujan batu (bala) dari langit. Aku telah menjawab: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tetapi kamu berkata (menyangkal/beralasan) telah berkata Abu Bakar dan Umar?".

"Berkata Imam Ahmad: Janganlah kamu bertaqlid denganku, janganlah bertaqlid dengan Malik, Abu Hanifah, as-Syafie, 'Auzii dan Thauri rahimahumullah. Ambillah oleh kamu dari mana mereka itu mengambil".[14]

"Telah berkata Ibn Hazam rahimahullah: Sesungguhnya para fuqaha yang menjadi ikutan telah membatalkan pentaqlidan pada mereka dan sesungguhnya mereka menegah (melarang) para pengikut mereka dari bertaqlid kepada mereka".[15]

"Telah berkata Sanad bin 'Anan rahimahullah: Ketahuilah olehmu! Sesungguhnya hanya dengan mengambil jalan mudah sehingga mendorong bertaqlid, adalah tidak diredhai oleh seseorang insan yang bijaksana. Sesungguhnya (bertaqlid) adalah cara seseorang yang bodoh lagi bebal dan si tolol yang keras kepala".[16]

Ketegasan semua para imam mazhab sama ada mazhab fikeh atau akidah mengharamkan sesiapapun dari bertaqlid buta kepada mereka adalah amat serious. Ternyata tidak seorang pun dari mereka mengizinkan ummah bertaqlid buta kepada mereka, kerana taqlid buta sama seperti perbuatan Ahli Kitab yang akhirnya boleh membawa penyembahan kepada mereka yang dianggap sebagai ketua agama atau imam mazhab.

UCAPAN IMAM AS-SYAFIE YANG KONTROVERSI

Antara ucapan (qaul) Imam as-Syafie yang disalah ertikan oleh sebahagian masyarakat Islam sehingga menjadi isu kontroversi dan polemik, ialah tentang maksud dan pembahagian bid’ah yang mana beliau pernah berkata:

"Bid'ah itu terbahagi kepada yang baik dan yang buruk, atau yang terpuji dan tercela. Dalam perkara ini, termasuklah setiap yang diada-adakan selepas zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan zaman para Khulafa ar-Rasyidin".[17]

"Dari Harmalah bin Yahya rahimahullah berkata: Aku mendengar as-Syafie rahimahullahu Ta'ala berkata: Bid'ah ada dua, iaitu bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Apa yang bersesuaian dengan sunnah maka itu adalah terpuji dan apa yang bertentangan dengan sunnah maka itu tercela".[18]

"Berkata ar-Rabi' rahimahullah: Telah berkata as-Syafie rahimahullahu Ta'ala: Perkara-perkara yang diada-adakan itu terbahagi dua: Yang pertama, apa yang dicipta bertentangan dengan al-Kitab, Sunnah, ijmak sahabat atau athar, maka inilah bid'ah yang sesat. Kedua apa yang dicipta berupa kebaikan yang tidak bertentangan dengan salah satu dari perkara (al-Kitab, sunnah, ijmak atau athar sahabat) maka itu ciptaan yang tidak tercela".[19]

Persoalan-persoalan (syubahat) yang timbul dari qaul Imam as-Syafie di atas telah dijelaskan oleh para ulama Salaf as-Soleh, antaranya Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nasir as-Sahaibani rahimahullah. Beliau telah membincangkannya dengan membawa keterangan seperti berkut:

Pertama: Tidak seharusnya diterima perkataan seseorang manusia yang bertentangan dengan perkataan (sabda) Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam walau siapapun orangnya. Perkataan Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah hujjah bagi setiap orang dan bukan pula perkataan seseorang itu menjadi hujjah untuk menentang (meninggalkan) sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam[20] sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda tentang persoalan bid’ah:

“Setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke dalam neraka".[21]

Dalam hal ini Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhu berkata:

"Tidak ada pendapat seseorang (yang boleh terus diterima kerana) ia boleh diambil atau ditinggalkan kecuali pendapat (sabda) Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam".[22]

Kedua: Sesiapa yang mahu memberi perhatian (memahami) tentang qaul Imam as-Syafie (membahagikan bid'ah kepada yang baik dan tercela) maka dia tidak akan meragui bahawa yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah bid'ah di segi bahasa (لغوى) bukan syarii (شرعي). Ini berdalilkan (kenyataan Imam as-Syafie) sesungguhnya setiap bid'ah dalam syara (agama) adalah bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah. Imam as-Syafie sendiri mengaitkan bid'ah yang baik dengan apa yang tidak bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah kerana setiap bid'ah dalam syara bertentangan dengan firman Allah dan Hadith Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:[23]

"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu".[24]

"Bersabda Rasulullah sallallahau ‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang mengada-adakan (mencipta) yang baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan darinya maka ia tertolak".[25]

"Barangsiapa yang mengerjakan satu amal yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak".[26]

Apa yang dimaksudkan oleh Imam As-Syafie sebagai bid'ah yang mahmudah (baik/terpuji), misalnya pembukuan hadith-hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan sembahyang tarawih, ini amat tepat menurut definisi bahasa kerana walaupun ia tidak ada contoh sebelumnya tetapi ia ada dasarnya dari syara.[27] Begitu juga dengan pembinaan madrasah kerana belajar itu wajib menurut syara, pastinya pembelajaran yang sempurna dan selesa ialah di madrasah. Semua yang berkaitan dengan dunia yang tidak memudaratkan adalah bid'ah keduniaan yang hasanah dan tidak bertentangan dengan syara.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa setiap bid'ah yang dikatakan terpuji sebenarnya ia bukanlah bid'ah, kerana ia tidak melibatkan urusan agama hanya disangka sebagai bid'ah lantaran kurang memahami istilah bid'ah di segi bahasa dan syara. Adapun bid'ah yang dianggap keji dan sesat setelah didapati secara qatii (pasti) ialah yang bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah dan jelas tiada dalilnya dari syara.[28]

Ketiga: Memang sudah diketahui tentang pendirian Imam as-Syafie Rahimahullah yang tegas, beliau sangat teliti dalam mengikuti (ittiba') kepada sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sangat benci kepada muqallid (orang yang bertaqlid buta) dan orang yang menolak hadith Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ini terbukti semasa beliau disoal tentang sesuatu perkara maka beliau menjawab:

"Wahai orang yang bertanya! Bumi manakah yang akan aku pijak dan langit manakah yang akan aku berlindung apabila aku telah meriwayatkan sesuatu hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam kemudian aku tidak berkata denganNya? Sewajarnya bagiku mendengar dan melihat (patuh dan taat kepada hadith -Pent.)"

Kalau demikianlah pengakuan, sikap, pendirian dan pegangan Imam as-Syafie rahimahullahu Ta’ala terhadap hadith Rasulullah, maka tidak sepatutnya seseorang itu berprasangka terhadapnya sehingga melagakan pandangan beliau dengan hadith sahih[29] terutamanya hadith di bawah ini:

"Sesungguhnya setiap yang bid'ah itu menyesatkan"

Yang paling tepat dan benar ialah perkataan Imam as-Syafie ini semestinya diletakkan di tempat yang sesuai dengan hadith di atas bukan (dijadikan alasan - Pent.) untuk menentang hadith tersebut, kerana apa yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah bid'ah di segi bahasa[30] (لغوي) sahaja bukan di segi syara atau dalam persoalan agama.

Imam as-Syafie rahimahullah pernah menegaskan dengan perkataan beliau:

"Berkata as-Syafei rahimahullah: Apabila kamu temui di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka berkatalah (ambillah/berpeganglah) kamu dengan sunnah tersebut dan hendaklah kamu tinggalkan apa yang telah aku katakan".[31]

"Berkata as-Syafie rahimahullah: Setiap hadith dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah ucapanku (ikutanku) walaupun kamu tidak pernah mendengar dariku".[32]

"Setiap masalah yang benar datangnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menurut ahli Naql sedangkan ia bertentangan dengan apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali merujuk pada hadith itu selama hidupku atau setelah kematianku".

"Dari Imam Abi Hanifah, Malik, As-Syafie dan Ahmad mereka berkata: Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan perkataan kami atau berpegang dengan perkataan kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil perkataan tersebut".[33]

BID'AH AKIDAH MENURUT IMAM AS-SYAFIE

Sebenarnya bid'ah yang diperkatakan oleh Imam as-Syafie bukan hanya di segi feqhiyah, tetapi merangkumi juga persoalan yang lebih besar, iaitu bid'ah akidah yang menyentuh persoalan syirik besar dan kecil atau tentang sah dan batalnya akidah seseorang yang mengaku sebagai seorang mukmin. Contohnya, Imam as-Syafie menolak fahaman (akidah) firqah-firqah bid'ah seperti Syiah, Khawarij, Qadariyah dan yang lainnya sebagaimana yang diriwayatkan dari para ulamak as-Syafie:

1 - Sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Baihaqi sebagai qaul yang sahih dari Rabi' bin Sulaiman dari Imam as-Syafie bahawa:

'Imam as-Syafie telah melarang bersolat di belakang orang yang berfahaman (berakidah) Qadariyah".[34]

Larangan Imam as-Syafie ini lantaran firqah Qadariyah telah bid'ah akidahnya dan disepakati oleh para ulama salaf sebagai golongan yang sesat.

2 - Dari al-Lalakaii dari al-Muzani berkata:

"Tahukah kamu siapakah yang termasuk dalam golongan Qadariyah? Dia adalah orang-orang yang mengatakan bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu sehingga sesuatu amal tersebut dikerjakan".[35]

Dan menurut al-Baihaqi lagi bahawa Imam as-Syafie telah berkata:

"Qadariyah ialah mereka yang telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai orang-orang Majusi ummat ini".[36]

Wasiat Imam as-Syafie ini menunjukkan bahawa beliau menentang semua golongan yang terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Qadariyah ternyata telah terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

3 - Imam Syafie berkata tentang Syiah:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu (bohong) seperti golongan Syiah".[37]

Dari kenyataan Imam as-Syafie di atas, sudah jelas bahawa akidah Imam as-Syafie adalah akidah yang di pegang oleh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mendasari manhaj Salaf as-Soleh. Beliau ternyata adalah seorang ulama besar dibidang fikeh dan akidah.

TAUHID MENURUT IMAM AS-SYAFIE
Dalam memperkatakan tauhid asma' (nama-nama Allah) was-sifat wa-zat (sifat-sifat dan zat Allah), tauhid uluhiyah serta tauhid rububiyah, maka Imam as-Syafie dianggap seorang Imam Besar Salafi yang menegah (mengharamkan) takwil, takyif, tasybih dan ta'til terhadap sifat dan zat Allah ‘Azza wa-Jalla. Sebagaimana yang dapat difahami dari riwayat Abu Talib Al-'Usayri beliau berkata: Imam as-Syafie pernah ditanya berkenaan sifat-sifat Allah 'Azza wa-Jalla dan beriman dengannya, beliau (Imam as-Syafie) menerangkan:

"Allah Tabaraka wa-Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan oleh KitabNya (al-Quran) dan dikhabarkan oleh NabiNya sallallahu 'alaihi wa-sallam (hadith-hadith) kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhlukNya kerana telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentangnya. Begitu juga diriwayatkan tentangnya dengan perawi yang thiqah (dipercayai)". [38]

Dalam menjelaskan Tauhid Uluhiyah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu Muhammad az-Zubiri bahawa Imam as-Syafie berkata:

"Adapun kewajipan yang berupa beriman kepada Allah yang berupa (kerja) hati, ialah mengakui dan mengetahui dengan penuh keyakinan, redha dan berserah bahawa tiada Ilah (yang berhak diibadahi) selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya, tidak mempunyai isteri dan anak, dan mengakui bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya".[39]

Apabila memperkatakan tentang tauhid rububiyah, Imam as-Syafie membawakan dalil melalui firman Allah:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang........". Maka dijelaskan oleh Imam as-Syafie: "Maka jadikanlah makhluk ciptaan Allah sebagai dalil akan adanya pencipta, janganlah menyusahkan dirimu dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh akalmu".[40]

Antara maksud yang dapat difahami dari penjelasan Imam as-Syafie ini bahawa beliau melarang mencabuli wahyu Allah dengan hawa nafsu atau akal jika sesuatu persoalan yang dikhabarkan oleh wahyu itu berupa persoalan akidah yang tidak mampu dijangkau oleh akal fikiran manusia.

Malangnya para pengikut yang mendakwa diri mereka bermazhab as-Syafie mengenepikan wasiat Imam as-Syafie ini. Mereka mengambil akal (falsafah) sebagai landasan untuk mengenal Allah, agama dan iman. Mereka berakidah dengan akidah kaum Muktazili falsafi, al-Maturidiyah (sifat 20) atau sufi falsafi, bukan akidah yang dianut oleh Imam as-Syafie yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

AKIDAH PARA ULAMA AS-SYAFI’EYAH
Di dalam sebuah kitab berbahasa Arab yang memperkatakan akidah kalangan ulama as-Syafie iaitu kitab (بيان الشرك ووسائله عند علماء الشافعية), dibawakan fatwa-fatwa dari beberapa orang ulama as-Syafieyah tentang kesyirikan dan dosa-dosa besar yang bersangkutan dengan persoalan syirik, terutamanya yang berkaitan dengan syirik akbar (syirik besar). Antara contoh-contoh dari fatwa tersebut:

Telah berkata Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah tentang kuburi (قُبُرِيٌّ). Erti dan maksud kuburi ialah: "Orang yang suka memuliakan, mencintai atau menyembah kubur atau juga yang berkaitan dengan pemujaan orang di dalam kubur (orang mati)":

"Maka sesungguhnya antara perkara-perkara yang paling besar diharamkan dan penyebab berlakunya perbuatan syirik (menyekutukan Allah Ta’ala) ialah bersembahyang di sisi kuburan dan menjadikannya masjid atau membina masjid (atau binaan) di atas perkuburan".

Fatwa ulama di atas adalah berdasarkan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

"Janganlah kamu solat menghadap ke kuburan (atau di kuburan) dan janganlah kamu duduk di atasnya".[41]

Hadith sahih di atas ini dengan jelas melarang seseorang itu duduk di atas kubur, sembahyang di kuburan atau di masjid yang dibina di atas kawasan perkuburan, tetapi berapa ramaikah mereka yang mendakwa dari mereka bermazhab Syafie melanggar wasiat Imam as-Syafie dan para ulama as-Syafieyah? Malah ada dari kalangan mereka membina binaan di atas kubur dan menyediakan tikar di samping kubur sambil membaca doa atau al-Quran untuk si mati. Bukankah ini bertentangan dengan hadith sahih dan wasiat Imam as-Syafie serta para ulama muktabar Syafieyah?.

"Dari Abi Sa'id al-Khudri radhiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Bumi ini semuanya tempat sujud (masjid) kecuali kuburan dan tandas".[42]

Hadith ini dengan terang dan tegas melarang (mengharamkan) orang yang beriman dari bersembahyang di kuburan, di dalam masjid yang dibina di atas tanah perkuburan atau masjid yang di dalamnya terdapat kubur. Hadith ini dan wasiat Imam as-Syafie yang berpandukan hadith ini tidak diperdulikan dan dilanggar oleh sebahagian besar mereka yang mengakui bermazhab as-Syafie sebagaimana yang banyak terdapat di Tanah Melayu pelanggaran wasiat Imam as-Syafie ini. Sebagaimana juga terdapat larangannya di dalam sebuah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

"Dari Anas radhiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang bersolat di antara kubur-kubur".[43]

Malangnya ramai dari kalangan mereka yang mengatakan bermazhab Syafie masih mendirikan solat di kawasan perkuburan, terutamanya di masjid-masjid yang dibina di kawasan perkuburan, d imasjid yang ada kubur di dalamnya dan sembahyang di bangunan kuburan yang dianggap kubur orang suci, orang keramat atau wali Allah. Perbuatan seperti ini amat bertentangan dengan hadith-hadith sahih, bertentangan dengan fatwa Imam Syafie rahimahullah dan para ulama Syafieyah.

Seterusnya al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah menjelaskan:

"Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang demikian".

Imam an-Nawawi rahimahullah juga telah berfatwa tentang perkara yang berkiatan dengan kuburi:

"Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam, dilarang melekatkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu 'Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi".

Berkata Imam al-Bagawi rahimahullah:

"Dilarang dari meletak payung di atas kubur kerana 'Umar radhiallahu 'anhu berkata: Biarkanlah amalnya memayungkannya".

Ibn Hajar di dalam kitabnya (المنهاج) telah menjelaskan fatwa Imam as-Syafie:

"Dibenci mengapur, membina dan menulis tulisan di atas kubur, sama ada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya".

Fatwa Imam as-Syafie berdasarkan hadith:

"Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya".[44]

Dengan berpandukan kepada hadith di atas, adalah haram mengecat, mengapur, duduk di atas kubur, mendirikan bangunan, membuat batas (meninggikan batas di sekeliling kubur) kemudian menulis ayat al-Quran, nama atau apa sahaja di atas kubur. Malangnya terlalu ramai penganut mazhab as-Syafie melanggar larangan ini. Mereka meletak payang di atas kubur, menulis nama si mati di atas kuburnya, menulia ayat al-Quran (surah al-Fatihah) membina batas di sekeliling kubur dan membina binaan jika dianggap si mati itu orang yang dimuliakan atau keramat. Seolah-olah hadith sahih dan fatwa Imam as-Syafie tidak ada erti bagi mereka. Apakah orang-orang yang seperti ini dinamakan orang yang beriman?

PERBUATAN SYIRIK

Imam as-Syafie juga telah menjelaskan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik besar dan syirik kecil yang membatalkan akidah seseorang. Antaranya ialah menyeru, meminta perlindungan (pertolongan), sujud, ruku', bernazar dan berkorban (menyembelih) selain untuk Allah.

Begitu juga seseorang itu ditegah dari mempercayai bahawa selain Allah ada yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ditegah bersumpah dengan selain nama Allah dan melafazkan perkataan: "Dengan kehendak Allah dan kehendak engkau" dan percaya dengan kuasa sihir dan percaya bahawa zat sihir atau ilmu hitam boleh memberi kesan.

FIQH AS-SYAFI’E

Ada beberapa (malah banyak yang berlainan) berbeza antara kenyataan amalan fikeh Imam as-Syafie dengan mereka yang mendakwa dirinya bermazhab as-Syafie. Antara contoh-contohnya ialah:

Solat Hari Raya. Telah berkata Imam as-Syafie sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab al-Umm:

"Telah sampai (hadith) kepada kami bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam keluar di dua Hari Raya ke musalla (tanah lapang) di Madinah, begitu juga mereka yang sesudah baginda".[45]

Jika terdapat keuzuran seperti hujan atau selainnya diperintahkan oleh baginda agar bersolat di masjid dan tidak keluar ke tanah lapang".[46]

Ada kalangan yang berdegil bersolat di masjid kerana kononnya beralasan dengan perintah 'Umar:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam keluar bersama manusa ke tanah lapang kerana tanah lapang lebih memudahkan mereka dan lapang bagi mereka. Sesungguhnya masjid pada ketika itu tidak dapat memuatkan mereka".

Hadith di atas telah dianggap sebagai hadis lemah oleh Imam as-Syafie.[47] Berkata Imam Bukhari bahawa hadth ini mungkar dan kedudukan hadith ini sangat lemah. [48]

"Sebagaimana menjadi mazhab jumhur ulama atas afdhalnya bersolat di tanah lapang, dan telah ditegaskan oleh Imam Syafie rahimahulla atas tentang makruhnya bersembahyang di masjid terutama jika dalam keadaan sesak". [49]

Dari apa yang telah dihuraikan, jelaslah bagi kita bahawa Imam as-Syafie rahimahullah adalah seorang ulama besar yang amat berjasa kepada ummah sejak zamannya sehinggalah sekarang. Maka sewajarnya umat yang mencintai para ulama salaf seperti beliau, memelihara segala wasiatnya dan tidak mengkhianatinya.

Semoga Allah sentiasa memberi limpahan rahmat kepadanya dan kepada kita sekalian dengan berkat ilmunya. Amin!

Rujukan:

[1] Lihat: الرسالة Hlm. 7 - 8. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[2] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[3] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[4] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[5] Lihat: الرسالة Hlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[6] Lihat: الرسالة Hlm. 5. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[7] Lihat: الرسالة Hlm. 7. Tahqiq dan syarah Ahmad.
[8] Makna taqlid ialah: (1). الرجوعُ الى قولٍ لا حجة لقائله عليه "Taqlid ialah: kembali kepada qaul (pendapat) yang mana (orang yang memberi pendapatnya) tidak ada hujjah di atas qaulnya". (2). التقليد هو قبولُ قَولَ القائل وانت لا تعلم من اين قاله "Taqlid ialah: Menerima perkataan seseorang sedangkan engkau tidak tahu dari mana (ia mengambil) perkataannya".
[9] Lihat: جامع البيان العلم وفضله Jld. 1. Hlm. 91. Abu 'Umar Yusuf bin Abdulbar an-Namri al-Qurtubi.
[10] Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.
[11] Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyyim al-Jauzi.
[12] Lihat: تفسير الالوسى (10/84).
[13] Lihat: الاعتصام jld. 2. Hlm. 359. As-Syatibi. Makkah al-Mukarramah.
[14] Lihat: مسائل الامام احمد Diriwayatkan oleh Abu Daud. Hlm. 277.
[15] Lihat: الاحكام فى اصول الاحكام Jld. 6. 118. Abu Ali Bin Hazam al-Andulusi az-Zahari.
[16] Lihat: هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الاربعة Hlm. 70. Muhammad Sultan al-Maksumi.
[17] Lihat: البدعة تحديدها وموقف الاسلام منها Hlm. 160. Dr. Izzat Ali 'Atiah. Darul Kitab al-Arabi. Lebnon.
[18] Lihat:الباعث على انكار البدع والحوادث Hlm. 12. Abi Syamah as-Syafie.
[19] Lihat: الحاوي Jld. 1. Hlm. 539. as-Syuyuti. Tahqiq Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Terbitan at-Tijariyah.
[20] Lihat: (1). اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 36. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Hashir as-Sahaibani. (2). مناقب الشافعى Jld. 1. Hlm 469. (3). الباعث على انكار البدع والحوادث Hlm. 94. Syihabuddin Abu Muhammad Abdulrahman bin Ismail (lebih dikenali dengan laqab) Abu Syamah.
[21] H/R Muslim.
[22] Lihat: فتاوى أئمة المسلمين Jld. 1. Hlm. 138. Mahmud Khatab as-Subki. Al Istiqamah.
[23] Lihat: اللمع فى الرد على مُحَسِّني البدع Hlm. 37. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nashir as-Sahaibani.
[24] Al-Maidah, 5:3.
[25] H/R Ahmad (24840). Bukhari (2499). “Raddun (رَدٌّ) bererti bid’un (bid’ah) sebagaimana yang dijelaskan oleh Ali Hasan dalam bukunya Usul al-Bid’ah”.
[26] H/R Bukhari.
[27] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 38.
[28] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 38.
[29] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 39.
[30] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدع Hlm. 39.
[31] Lihat: المجموع Jld. 1. Hlm. 63.
[32] Lihat: سير اعلام النبلاء Jld. 10. Hlm. 34
[33] Lihat: (1). اَلاَحْكَام فى اصول الاحام Jld. 1. Hlm. 145. Abu Ali bin Hazam al-Andulusi. (2). جامع بيان العلم وفضله Jld. 1. Hlm. 147. Abu 'Umar Yusuf bin Abd al-Barr al-Qurtubi. (3). الفتاوى Jld. 1. Hlm. 147.
[34] Lihat: مناقب الشافعى Hld. 1. Hlm. 413.
[35] Lihat: شرح اصول الاعتقاد اهل السنة والجماعة Jld. 2. 701. Abul Qasim Hibatullah bin al-Husin at-Tabary al-Lalakaii. Tahqiq Ahmad Sa'ad Hamdan. Dar Taiyibah. Riyad. Saudi Arabia.
[36] Dikeluarkan oleh Abu Daud (4691). Bab al-Qadar.
[37] Lihat: Sunnah Dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhamma Gharib. Edisi pertama. Surabaya. l984.
[38] Lihat: صفة العلو Ibn Qudamah. Hlm. 124.
[39] Lihat: مناقب الشافعي Jld. 1. Hlm. 387. Al-Baihaqi.
[40] Lihat: شعار العلم النبلاء Az-Zahabi. Tahqiq Syu'aib. Muassasah ar-Risalah.
[41] H/R Muslim (3/62). Abu Daud, Ahmad, Nasaii, Turmizi dan selain mereka.
[42] H/R Abu Daud No 492. Darimi (1/322) Ibnu Majah No 745. Ahmad,Turmizi, Hakim dan Ibn Hibban.
[43] H/R al-Bazzar
[44] H/R Muslim (3/63). Abu Daud No. 3225-3226) Ahmad (3/295, 332, 339, dan 399). Diriwayatkan juga oleh Turmizi dan Hakim.
[45] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[46] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[47] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207.
[48] Lihat: صلاة العيدين فى المصلى هى السنة Hlm. 27. Nasruddin Al-Albani. Maktabah al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M.
[49] Lihat: صلاة العيدين فى المصلى هى السنة Hlm. 27. Nasruddin Al-Albani. Maktabah al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M.