Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 15 April 2011

Pelajar Islam Di London Kena Serang - Paksa Pelajar Buka Tudung !

Eropah nampaknya semakin tidak senang dengan umat Islam di sana. Ada negara yang sudah kuat kuasakan larangan pemakaian hijab di tempat awam, dan banyak lagi akan menurut jejak langkah negara seperti Perancis.

Baru-baru ini seorang pelajar perempuan yang sedang pulang dari belajar di serang oleh 4 orang wanita di London dan berusaha untuk menaggalkan tudung yang dipakainya.

Takut juga kalau lepas ini ada perkumpulan pejuang hak asasi wanita yang menjadikan alasan ini untuk meggalakkan para muslimat tidak memakai tudung.

Sekarang inipun ramai wanita Islam berfahaman liberal yang berfahaman pakai tudung bukan satu kewajipan dalam islam.


Mereka berpendapat ia adalah satu budaya orang arab yang tak ada kena mengena dengan agama Islam. Cuba perhatikan para wanita moden, berada dan terpelajar di negara kita kenapa mereka tak pakai tudung, tentu anda akan dapat penjelasan yang terperinci dari mereka. Cuba tanya Marina Mahathir sebab apa tak pakai tudung.


Pelajar tersebut akhirnya sempat melarikan diri daripada serangan bersifat perkauman itu. Apa yang umat Islam lain boleh buat jika saudara kita di sana dihina dan dicabar pegangan mereka?.

Tiada ulasan: