Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 16 Ogos 2010

SOAL JAWAB KEMUSYKILAN TENTANG PUASA...1431H

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa, dan menghayati bulan Ramadhan ini sesuai dengan'adab-'adab yang diajarkan oleh RasuliLlaahi SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Sebagai individu awam, banyak pertanyaan dan keraguan serta kemusykilan yang kita hadapi seiring dalam menjalani 'ibadah yang mulia ini, yang mana soalan itu kadangkalanya seiring dengan pertambahan usia seseorang. Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya dan sering kita tertanya-tanya...???

Soal:
Apakah boleh merasa makanan sewaktu berpuasa?

Jawab:
Umumnya, adalah makruh untuk merasa makanan dengan lidah, kerana dibimbangi akan masuk ianya ke dalam kerongkong. Satu pendapat mengatakan bahawa tidak makruh bagi orang yang khusus bekerja dalam bidang masakan kerana merasa makanan itu adalah keperluan pekerjaan.

Soal:
Benarkah kita tidak boleh memakai minyak wangi sewaktu berpuasa?

Jawab:
Satu pendapat mengatakan makruh memakai minyak wangi sewaktu berpuasa dan pendapat Imam Nawawi mengatakan tidak makruh.

Soal:
Benarkah makruh untuk kita berus gigi sewaktu berpuasa?

Jawab:
Hanya yang dimakruhkan itu adalah selepas gelincir matahari atau selepas waktu zohor. Namun pendapat Imam Ramli mengatakan tidak makruh jika berubah bau mulut seperti tidur sekalipun selepas gelincir matahari.

Soal:
Boleh ke bersetubuh di siang hari bulan ramadhan.

Jawab:
Hukumnya HARAM. Kedua-dua lelaki dan wanita (pasangan itu) WAJIB QADHA dan bayar KAFARAT.

Cara melaksanakan hukuman kafarat adalah seperti berikut:

  1. Membebaskan hamba. Pada masa kini tidak ada hamba yang wujud, maka ia tidak lagi dilaksanakan. Pembantu rumah warga Indonesia bukanlah hamba, maka membebaskan mereka dari kontrak kerja tidak termasuk dalam kategori ini.
  2. Berpuasa dua bulan berturut-turut. Iaitu berpuasa secara berturutan selama dua bulan mengikut kalendar Islam (hitungan berdasarkan peredaran anak bulan). Jika seseorang itu memutuskan perturutan ini dengan sengaja, maka dia wajib mengulangi kesemua dua bulan tersebut dari awal.
p/s: Insha'Allah akan disusuli lagi dengan beberapa soalan dan jawapan yang berkaitan bulan Ramadhan untuk perkongsian kita sesama umat Islam.

Ana alfaqiroh waddho'ifah ilaLlaah

Wallahua'lam. http://al-syahidah.blogspot.com/

1 ulasan:

Nurjannah Saifullah berkata...

salam.

ana dh edit beberapa kemusykilan dan jawapan dlm entry ini. boleh rujuk

http://al-syahidah.blogspot.com/2010/08/soal-jawab-kemusykilan-tentang.html