Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Selasa, 18 Mei 2010

3 kg cacing dalam perut...... boleh buat umpan mancing.

3kg Cacing Ditemui Di Dalam Perut Seorang Kanak-Kanak
ajaib, 01 Mei 2010
Ascaris lumbricoides adalah bahasa Latin dan nama taxonomi bagi parasit manusia, menyebabkan penyakit askariasis. Askariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing gelang (Filum Nematoda). Askariasis adalah penyakit kedua terbesar yang disebabkan oleh makhluk parasit. Cacing Gelang terdapat dalam air tawar, air masin, dan persekitaran darat, di mana mereka sering melebihi bilangan haiwan lain dari segi bilangan dan jumlah spesies.

Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.

Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.










Jangan biarkan anak anda menderita kecacingan...didiklah mereka untuk menjaga kebersihan diri... sumber daripada e-mail seorang sahabat. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.


Tiada ulasan: