Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 11 Mac 2010

Katak Kenyang

Beruntung dan berbahagialah sang katak yang melompat-lompat kekenyangan dari sehelai daun keladi ke daun keladi yang lain sambil menyanyi dan bersiul gembira dalam duka.

" apa aku peduli orang nak kata apa...asal perut ku kenyang dengan wang berjuta-juta dan kini aku popular....namaku meniti disetiap bibir orang di mana-mana" ngomel sang katak sendirian.

" orang bukan tahu masalah aku?....dulu aku nak itu tak bagi, nak ini pun tak dapat.....baik aku lompat pi kat daung lain pulak, kot-kot ade benda yang aku cari di sana, lagipun kat sana nampak macam best jer"....rungut sang katak lagi.

"kalau orang tanya pasai apa aku lompat pi ke daun lain.....aku boleh jawab dengan macam-macam alasan yang aku rasa ok, walaupun sebenarnya tak ok"....keluh sang katak lagi.

"pedulilah ape orang nak kata...peluang datang sekali jer! kalau aku tak lompat nanti orang lain pulak yang lompat, melepas peluang aku nak gelamor" bisik hati kecil sang katak.

"kat sini pun orang dah tak suka, orang dah benci, orang dah meluat, orang ah tak percaya aku lagi, aku macam tak wujud je pada depa, biaq la aku berkelana dan melompat mebawa diri" rungut sang katak lagi.

Tiada ulasan: