Alhamdulillah saya kini berada di Institut Latihan Dakwah Islamiah Selangor ( ILDAS ) Sabak Bernam untuk mengikuti kursus Asas Taranum Al-Quran bermula hari ini 19 hingga 22 Oktober 2009.
Setelah mengikuti 2 kelas sebentar tadi saya merasakan cukup bodoh dan lemahnya diri ini apabila ilmu al-Quran yang maha luas ini masih belum dapat saya terokai dengan sewajarnya.
Bermula dengan sesi ceramah satu, pembentang telah mengemukakan bagaimana sejarah Tarannum al-Quran di susun sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari ini.
Nabi sendiri telah memberikan peringatan kepada kita menjaga adab untuk membaca al-Quran supaya kita membacanya dengan beradab dan bertarannum dengan lagu-lagu yang indah yang mempunyai sifatnya tersendiri.
Bagaimana Nabi sendiri sebagai seorang yang menerima terus al-Quran dari Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. dengan suara yang sungguh sedap dan lunak ketika Nabi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quranulkarim dan perkara inidiperakui oleh para sabahat Baginda sendiri dalam pelbagai riwayat.
Ceramah kedua pula berkisar tentang suara. Kita Wajib bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kerana memilik suara.
Dengan kelebihan suara itulah kita sewajarnya menggunakanya dengan baik dengan kita sentiasa menggunakan suara dan kelembutan lidah ita membaca al-Quran dengan alunan suara dan lagu yang lunak.
Bayangkan bagi orang yang Allah tidak berikan nikamat suara betapa mereka sangat inginkan suara untuk membaca al-Quran tetapi sebaliknya kita yang diberikan nikmat suara sentiasa lalai dari membaca al-Quran dengan baik.
Insyaallah pada kesempatan lain saya akan huraikan secara mendalam kelangsungan ilmu taranum untuk dikonsi bersama. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan