Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 10 Mei 2009

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Di Surau Apartment Seri Melati Ara Damansara pada 10/05/2009

Alhamdulillah pada hari ini saya telah diundang untuk menyampaikan ceramah dalam satu majlis kursus pengurusan jenazah di Surau Apartment Seri Melati Ara Damansara dengan penyertaan yang amat menggalakkan, lebih kurang 130 orang peserta turut mengambil bahagian yang kebanykkannya adalah orang muda.


Saya amat teruja memberikan ceramah dan mencurahkan segala ilmu dan pengalaman disini apabila melihatkan penyertaan anak muda dalam kursus seperti ini.

Pada sebelah paginya saya telah menyampaikan teori kursus dan dibantu oleh Ust Mohd Mustaqim Mohammed dari JAWI dan sejurus selesai solat zohor saya memimpin mereka dengan praktikal pengurusan jenazah dari mandi hingga ke kaedah meletakkan jenazah didalam liang lahad.
Saya paling gembira apabila mereka secara sukarela menjadi model untuk dimandi dan dikapankan, untuk makluman pembaca pada hari ini 3 orang secara sukarela menjadi model untuk dimandikan dan 2 orang dikafankan.

Moga Allah memberkati usaha kita semua. Amin

Berikut adalah secebis dari berita bergambar untuk tatapan anda dan Insyaallah pad 24/05/2009 ini saya diundang lagi untuk menyampaikan kursus pengurusan jenazah di Putra Height.

Memulakan siraman dengan Niat memandikan jenazah.

Proses meruang atau menyuci najis. Jenazah ddudukan sekitar 15 darjah.

Meratakan air pada seluruh anggota mayat dan disabun.
Membersih dan menyuci.
Proses menyuci dan menyabun badan mayat.
Menjirus air dengan sopan sambil membersihkan telinga.
Menyugikan gigi atau membasuh mulut.
Mmeratakan air dan membilas
Keadaan mayat di baringkan dirusuk kanan untuk membasuh bahagian belakang mayat.

Proses menyuci bahagin belakang.
Mayat dibaringkan diatas rusuk kiri pula.
Membilas buih sabun.
Mengwudukan jenazah bermula seperti wuduk biasa.
Membasuh dua tangan hingga ke siku.
Dan anggota terakhir sebelum kepala adalah kaki yang menjadi anggota wuduk.
Menyiram dengan air bancuhan cendana.

Menyiram dengan air bancuhan kapur barus.
Proses mengering atau melap anggota jenazah.
Proses penyediaan kain kafan, 3 helai kain dan sehelai jubah serta dihamparkan potongan kapas.
Cara menyusun kapas yang sempurna.
Kapas dipotong agak panjang dan dilentangkan
Kapas hendaklah disusun rapi.
Keadaan kapas yang telah sempurna disusun.
Keadaan jenazah yang telah dibaringkan diatas hamparan kain dan kapas.
Jenazah telah dipakaikan jubahnya untuk melindungi anggotanya.
Cara membalut kapas pada anggota badan mayat iaitu kapas dibalut dari kanan ke kiri dan sebaliknya.
Menunjukkan cara untuk menutup kemaluan hadapan dan belakang mayat dengan sempurna.
Menunjukkan cara membalut kapas pada anggota jenazah.
Mengemaskan balutan jubah.
Keadaan mayat yang telaha selesai dibalut dengan kapas dan jubah sebelum dipakaikan serban dan penutup kepala dari kapas.
Cara membalut kepala mayat.
Keadaan mayat yang telah siap untuk dibalut dengan 3 lapis kain.
Pserta ditunjukkan cara membalut jenazah.
Lapisan pertama telah di balut dengan sempurna.
Peserta diajar cara untuk menggulung kain terakhir sebelum diikat dengan simpulan riben.
Keadaan mayat yang telah sempurna dikafankan.
Pada kesempatan ini ahli waris dibenarkan untuk mencium jenazah sebagi penghormatan terakhir..
Keadaan kaki mayat yang telah disimpul dengan tali dengan ikatan riben dan ponjotnye telah dirapikan.
Setelah jenazah diturunkan dalam liang lahad, semua tali pengikatnya hendaklah dibuka terlebih dahulu.
Beginilah keadaan mayat akan diletakkan didalam liang lahad iaitu ia dibaringkan sebelah kanan serta mengarah ke kiblat dan mukanya dibuka sedikit .

" Setiap yang bernyawa pasti akan MATI"


Bersedialah dengan kematian yang akan menemui kita pada masa yang dijanjikan oleh Yang Maha Pencipta.
" Carilah harta seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi, dan beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari"


2 ulasan:

Ameen Muslim berkata...

assalamualaikum wbt ya ustadz...

alhamdulillah segala ilmu yg ust curahkn dlm kursus ini sgt bermakna kpd sy yg sblm ini tersangatlah jahilnya dlm pngurusn jenazah.

semoga semua usaha yg ust kerjakan mndapat rahmat dr ALLAH SWT dan semoga ust juga senantiasa berada di bwh lembayung addinul islam!

p/s:utk makluman ust,kebanyakan anak muda yg ust nmpk dlm kursus ini merupakan pelajar MAS Engineering Training Centre (METC) yg ditaja penempatan di Ara Damansara. saya salah seorg drpd mereka. doakn kami agar menjadi engineer yg mampu mmbawa dkwah agama.

wallahu 'alam...

ckg rash berkata...

Salam,

Izinkan saya link blog ustaz ini dalam blog sekolah http://smk-pulaunyior.blogspot.com
Maaf krn buat terlebih dahulu baru minta izin.
Tkasih.