Maksud firman Allah s.w.t :
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Muhammad ) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan keadaannya sebahagian daripada tanda-tanda ( kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat".
Isu Palestine bukanlah sekadar isu kemanusiaan atau politik semata-mata tetapi ianya mempunyai isu tersirat yang perlu kita sama-sama sedari dan renungi. ISU AQIDAH merupakan isu yang terpenting sekali dalam peristiwa ini kerana di samping kerakusan regim zionis menakluki Palestine, mereka sebenarnya mencabar dan memerangi islam dan meletakkanya sebagai agenda utama mereka.
Oleh itu, usaha umat islam Palestine bukan sekadar mempertahankan bumi mereka dan Masjidil Aqsa, malah mereka sebenarnya juga turut mempertahankan aqidah umat islam sejagat.
Renungilah maksud hadis Rasulullah s.a.w ini ; " Barangsiapa yang tidur lena tanpa memikirkan tentang hal ehwal umat islam, maka dia bukanlah dari golonganku".
Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang disisihkan oleh Rasulullah s.a.w ? Adakah cukup sekadar anda melihat dan mendengar kesengsaraan serta penderitaan umat islam Palestine??? Tidakkah anda berasa marah melihat kekejaman regim zionis terhadap saudara seaqidah kita dan qiblat pertama umat Islam yang di serang saban hari?
Segala persoalan tersebut wajib kita renungi dan mencari jawapanya dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan serta penuh keimanan.
Justeru itu sedarilah bahawa anda juga perlu bertanggungjawab bagi menangani penderitaan dan penindasan terhadap umat Islam Palastine. Hulurkanlah segala bentuk bantuan yang anda mampu. Anda boleh menyumbangkan dana bagi membiayai projek kemanusiaan yang kini berada dalam keadaan yang amat dhaif. Kembalikanlah hak mereka han hulurkan hak mereka yang masih dalam saku anda!
SITUASI PALESTINE KINI.
* Lebih 10,000 rakyat Palestine telah gugus Syahid sejak kebangkitan Inthifadha pada tahun
2000 yang lalu.
* Lebih 9300 rakyat Palestine masih berada dalam penjara-penjara Israel, ditahan tanpa ebab
dan bicara macam ISA di Malaysia.
* Lebih dari 5 juta rakyat Palestine hidup sebagai pelarian yang dibebani masalah KRONIK.
* Kerajaan Palestine kini menanggung beban hutang sebanyak USD 3 Bilion di dalam akaun
kerajaan sebelumnya.
* Tahap pengganguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing barat.
* Wang Hasil kutipan cukai yang berjumlah USD 55 Juta sebulan tidak pernah dipulangkan
kepada rakyat Palestine. Regim Zionis telah mengambilnya secara HARAM.
* Para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 13 bulan lalu
bukan macam pak-pak menteri kita yang hidup dilimpahi wang dan pendapatan yang
lumayan.
* Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin
kehabisan, kini ramai kanak-kanak dan dewasa yang meninggal dunia akibat kekurangan
bekalan ubatan. Di Negara kita IJN pula yang hendak diswastakan.
* Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-
sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta persidangan Parliment ( Majlis Legaslatif ) di Gaza
hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas. Parlimen Malaysia pula menolak usul
mengutuk kekejaman regim zionis Israel terhadap rakyat Palestine.
SEJARAH BUMI PALESTINE
Bumi Palestine, bumi indah milik seluruh umat islam. Ianya menyimpan pelbagai khazanah dan peristiwa penting bagi umat Islam. Bumi Palestine terkenal sebagai bumi anbiya' kerana ramainya nabi yang lahir di sana, diantaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, Nabi Ismail dan banyak lagi. Di bumi ini juga terjadinya pelbagai peristiwa bersejarah bagi umat Islam diantaranya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w, dan baginda telah singgah di Masjidil Aqsa sebelum Mi'raj ke langit dari Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah. Masjil Aqsa pernah terakan sebagai qiblat pertama umat islam pada ketika itu.
Kesucian Masjidl Aqsa kini menjadi rebutan tiga agama didunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Justeru terjadilah banyak siri peperangan untuk menguasai dan membebaskan bumi Palestine seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umat Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayubi. Kini Masjidl Aqsa berada di dalam genggaman Yahudi.
Regim Zionis bukan sekadar ingin memiliki dan menakluki bumi Palestine, malah mereka juga ingin meruntuhkan dan melenyapkan Masjidil Aqsa dari hati umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai cara keganasan untuk menguasai tanah air Palestine, menghancurkan kediaman, membakar ladang-ladang pertanian dan sebagainya. Regim Zionis menggunakan taktik yang paling kotor dam sejarah dunia termasuk melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap umat islam Palestine. Dan kini bumi Palestin telah DINODAI lagi, Gaza telah dikepung disegenap penjuru dan rakyatnya kini dihujani oleh roket-roket dan peluru regim zionis................
Nasib umat Islam Plestin khususnya di Gaza seolah berada dihujung tanduk...... kematin dan syahid sudah terbentang dihadapan mata mereka dengan laungan jihad. Bagi kita juga sebenarnya seruan jihad untuk melawan regim zionis juga sudak dikumandangkan, gendang perang sudah dipalu, namun kita masih selesa dengan kehidupan kita tanpa ada rasa simpati sedikit pun untuk menjiwai dan merasai penderitaan umat Islam Palestine.
Jihad kita hanyalah dengan menghulurkan sedikit dari perbelanjaan kita untuk dihulurkan ke dalam tabung kemanusiaan Palestine dan menyertai mana-mana rapat umum atau demonstrasi mengutuk kekejaman regim zionis. Namun hakikatnya rakyat dan umta Islam malaysia masih TAKUT untuk menzahirkan sokongan terhadap nasib umat Islam Palestine.
WE SUPPORTS HAMAS. ALLAHUAKBAR !!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan