Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Jumaat, 15 Ogos 2008

DISIPLIN KHUTBAH JUMAAT

Perbezaan ketiga antara khutbah dan syarahan biasa adalah khatib yang akan berkhutbah Jumaat diajar supaya ditanganya ada sesuatu .
Didalam kitab fiqh disebut agar ada tongkat atau senjata seperti busar panah, lembing atau tongkat, setidak-tidaknya ada dikehendaki memegang naskhah al-Quran.
Tujuannya supaya sidang Jumaat merasa gerun terhadap khatib, kerana kewajiban pensyarah sebagai pemimpin untuk meyebar ilmu agama kepada masyarakat.
Senjata atau tongkat di tangan khatib untuk tarik perhatian, supaya sidang Jumaat memberi tumpuan terhadap segala ucapan khatib berkenaan.
Keempat : Khatib wajib membuka ucapanya dengan menyebut "Alhamdulillah" kemudian berselawat keatas Nabi saw " Was solatu wassalamu ala Rasulillah" diikuti ucapan wasiat seperti " Aiyuhan naas Ittaqullah".
Menegaskan kepada sidang Jumaat, bahawa yang diucapkan oleh khatib semuanya urusan Allah SWT, bukan kehendak hati khatib sendiri.
Lantaran semuanya atas urusan Allah dan rasul-Nya , maka di pihak pendengar pula tiada hak untuk sambil lewa mendengarnya.
Khatib tiada hak untuk masukan perkara yang tiada kaitan dengan Allah SWT dalam khutbahnya, apa lagi yang bercanggah dengan-Nya.
Ucap "Alhamdulillah" dan berselawat ke atas RasulillahSAW, sedikit pun tidak bererti jika khutbahnya tidak berkaitan dengan urusan Allah SWT dan rasul-Nya.
Kelima : Dikehendaki menyebut 'Ittaqullah" dengan erti supaya kehidupan anusia seminggu, dalam lingkungan taqwa kepada Allah SWT.
Pelbagai golongan manusia akan tersedar apabila mendengar seruan tersebut, bahawa kehidupan mereka perlu sentiasa atas landasan taqwa hendaknya.
Terdapat hadis Nabi SAW yang bermaksud;"Apabila seseorang mengingatkan sahabatnya dengan perkatan 'diam!' sekalipun, sedangkan khatib sedang berkhutbah diatas mimbar, maka sia-sia ( lagha) sahaja pahala Jumaatnya."
Makmum dikehendaki memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isi khutbah. Ditegah membuat teguran semasa khatib sedang berkhutbah walaupun baik tujuanya.
Menegur pihak lain bererti dia telah terpengaruh dengan situasi sekeliling, sehingga hilang tumpuanya terhadap khutbah yang penting dan dituntut oleh agama.
Hendaklah disedari makmum yang terlalai sedikit sahaja, bererti tidak menumpu ingatan kepada isi khutbah . Allah SWT mendendanya dengan kehilangan pahala Jumaatnya.
Betapa lebih dahsyat balasan kepada imam atau khatib, jika mereka tidak sempurnakan tugas khutbahnya dengan lebih sempurna memimpin manusia ke akhirat, ia bermaksud bahawa tanggungjawab besar yang dipikul oleh imam dan khatib yang tiada tertanggung oleh para jemaahnya / makmumnya dan ia bukanlah satu jawatan yang boleh direbut dan dipertandingkan.
Andainya khatib terlalai daripada mengingatkan manusia tentang dosa dan pahala, pada hari akhirat kelak telah menanti syurga atau neraka bagi mangakhiri nasib seseorang. Situasi begini tidak layak untuk dijadikan khutbah Jumaat, dan ia hanya sekadar pidato umum biasa yang tiada kaitan dengan seruan "Ittaqullah". Bererti peranan imam telah gagal dalam kepimpinannya terhadap masyarakat.
Muslimin hendaklah sedar bahawa hari jumaat ini adalah hari ciptaan Allah SWT untuk membesarkan Islam. Hanya umat Islam sahaja yang mendapat keistimewaan hari Jumaat.
Allah SWT wujudkan hari Jumaat telah begitu lama berlaku atas dunia, umat Yahudi dan nasrani ditaqdirkan tidak menemuinya melainkan umat Nabi Muhammad SAW sahaja.
Hari Jumaat telah wujud sejak dari zaman Nabi Musa a.s. dan umat Nabi Isa a.s. tetapi mereka sesama sendiri berselisih pendapat tentang hari dan kemuliaanya. Lalu Allah SWT bebaskan kaum tersebut daripada kemuliaan hari Jumaat.
Yahudi memilih hari Sabtu sementara Nasrani memilih hari Ahad sebagai hari kebesarana mereka. Allah SWT telah hidayahkan kepada kaum Muslimin untuk menerima hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Allah SWT telah mentaakhirkan hari Jumaat untuk umat Muhammad SAW dan menjadikanya sebagai hari raya bagi umat Islam, bergembiralah sebagaimana orang Islam merasa meriah dan gembira pada hari raya yang lain iaitulah Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Muslimin sebaik manusia tentang lebih dahulu mendapat kemuliaan hari Jumaat, dan pemegang kitab Taurat dan Injil hanya menjadi pak turut bagi orang Islam.
Dalil kemuliaan hari Jumaat seperti Firman allah SWT ; "Apabila diseru ( azan ) untuk menunaikan solat pada hari Jumaah, maka bergegaslah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkankah jual beli". ( Surah al-Jumaah ayat 9 )
Diharamkan semua kegiatan duniawi, apabila azan Jumaat dikumandangkan untuk menumpu sepenuhnya perhatian kepada zikrullah, Tuhan yang Maha Bijaksana tidak menyeru kepada solat Jumaat semata-mata, bahkan kepada zikrullah yang pengertianya lebih luas.
Allah SWT mengarahkan supaya meninggalkan jual beli ini dan ayat ini diturunkan di Madinah yang kegiatan harian penduduknya ketika itu ialah berniaga dan hanya sedikit sahaja yang bertani dan berternak.
Jual beli yang menjadi darah daging penduduk Madinah diperintahkan supaya dihentikan seketika dan disambung semula selepas selesai menunaikan solat Jumaat dengan perintah agar mereka menyambung dan meraih pelbagai aktiviti harian mereka sebagai fadhilat daripada Allah SWT. Jual beli ini juga boleh ditafsirkan dalam realiti kita sekarang ialah kerjaya harian kita yang menjadi sumber kepada menjana ekonomi kita dan umat islam.
Moga teks ini memberi manfaat dan kefahaman akan erti dan kepentingan instiusi Jumaat menerusi khutbahnya sebagai panduan dan peringatan kepada umat Islam menjalani kehidupanya serta menjadi landasan dan disiplin agar seiring dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya untuk memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kelak.
Wallahualam

Tiada ulasan: