Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 11 Jun 2008

Mutiara Hadis Pilihan

(Orang) Islam Manakah Yang Paling Baik?

01- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقُرَشِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رضي الله عَنْهم قَالَ{ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الإِسْلامِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ} *

01- Sa`id bin Yahya bin Sa`id al-Qurasyi telah meriwayatkan kepada kami, katanya, bapaku telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu Burdah bin `Abdillah bin Abi Burdah telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Musa r.a, katanya: “Mereka (para shahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, (orang) Islam manakah yang paling baik? Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam lain terpelihara daripada (gangguan) lidah dan tangannya.”


بَاب إِطْعَامُ الطَّعَامِ مِنَ الْإِسْلَامِ *

Memberi Makanan Adalah Sebahagian Daripada (Ajaran) Islam

02- حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِي اللَّه عَنْهممَا{ أَنَّ رَجُلا سَأَلَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الإِسْلامِ خَيْرٌ ؟ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ } *

02- `Amru bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, katanya, al-Laith telah meriwayatkan kepada kami dari Yazid dari Abi al-Khair dari `Abdillah bin `Amar r.a, bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya: “Apakah (ajaran) Islam yang paling baik? Nabi SAW bersabda: Memberi makanan dan memberi salam samaada kepada orang yang telah engkau kenali atau belum.”


بَاب مِنَ الْإِيمَانِ أَنْ يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ *

Di Antara Iman Ialah Seseorang Itu Suka Untuk Saudaranya Apa Yang Disukai Untuk Dirinya.

03- حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رضي الله عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ} *

03- Musaddad telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Yahya telah meriwayatkan kepada kami dari Syu`bah dari Qataadah dari Anas r.a dari Nabi SAW, dan dari Husain al-Mu`allim, katanya, Qataadah telah meriwayatkan kepada kami dari Anas dari Nabi SAW, sabda baginda: “Tidak beriman seseorang dari kamu selagi dia tidak menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya.


بَاب حُبُّ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْإِيمَانِ *

Cintakan Rasul SAW Sebahagian Daripada Iman

04 حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنِ الأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عَنْهم {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ} *

04- Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Syu`aib telah memberitahu kami, katanya, Abu al-Zinad telah meriwayatkan kepada kami dari al-A`raj dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Demi tuhan yang nyawaku berada ditangannya tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada ayahnya dan anaknya.

Tiada ulasan: