Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 8 April 2009

PENGENALAN ILMU FARAID

MUQADDIMAH

Hukum Faraid atau Ilmu faraid adalah salah satu cara untuk membahagikan harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia untuk mengelakan perelingkahan ahli waris.
Justeru Islam telaha mensyariatkan kepada kita bagaimanakah yang perlu untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit dari harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisa' ayat 10 hingga 14.
Mentadbir dan membahagikan harta peninggalan tersebut dinamakan sebagai Faraid.
PENGENALAN
Perkataan "FARAID" secara amnya bermakna; perkara-perkara yang telah ditetapkan, ilmu faraid dinakan begitu kerana di dalamnya telah ada ketetapan bahagian dan nisbah dari Allah SWT.
Perkataan " FARAID" secara khususnya bermakna ; Nasib dan bahagian yang telah ditetapkan dalam syariat islam untuk pewaris yang layak.
Ilmu "FARAID" pula ialah; Ilmu yang disertai dengan kaedah-kaedah fiqh bersama kaedah perkiraan yang denganya diketahui nasib dan bahagian dari harta peninggalan untuk setiap ahli waris yang layak.
HUKUM MEMPELAJARI ILMU FARAID
Hukumnya FARDHU KIFAYAH.
HUKUM MENGAMALKAN ILMU FARAID
WAJIB untuk melaksanakan seperti yang telah diterangkan dalam al-Quran, Al-Hadith dan Ijma' Ulama'. Hukum Wajib nya adalah sama seperti kewajiban Solat, zakat, Haji, Puasa dan lain-lain.
HARAM mengubah dan meninggalkanya walaupun segelintir manusia tidak boleh menerima ketetapan hukumnya. Yakinlah bahawa setiap ketetapan yang datangnya dari Allah pasti ia adalah yang terbaik untuk manusia.
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU FARAID
Ia adalah ilmu yang paling afdhal dalam ilmu fiqh kerana ianya memainkan peranan penting dalam urusan harta umat islam dan negara islam.
Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mempelajari Ilmu farid, bahkan mengikut sabdaan Beliau inilah ilmu yang pertama akan diangkat dari dada umat ini dan apabila ilmu ini ditinggalkan maka perpecahan akan berlaku dikalangan umat tanpa penyelesaian hakiki.
Ilmu faraid adalah satu perdua dari keseluruhan ilmu, ini kerana manusia mempunyai dua keadaan iaitu semasa hidup atau mati. Ilmu semasa hidup seperti solat, zakat, haji puasa dan sebagainya manakala ilmu selepas mati seseorang itu adalah ilmu faraid.
SAHABAT NABI YANG MAHIR ILMU FARAID
Diantara para Sahabat nabi yang mahir mengenai ilmu Faraid ini adalah seperti Saidina Ali Bin Abi Tolib, Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Masud dan Zaid Bin Thabit dan yang paling arif tentangnya adalah Zaib bin Thabit.
ASAL-USUL ILMU FARAID
Al-Quran, al-Hadith, Al-Ijma', al-Ijtihad dari para sahabat Nabi SAW.
TUJUAN MEMPELAJARI ILMU FARAID
Untuk mengetahui nasib dan bahagian dari harta peninggalan untuk setiap ahli waris yang layak.
PERKARA YANG DIKAJI DALAM ILMU FARAID
Harta yang ditinggalkan untuk diwarisi.
Harta peninggalan yang dibincangkan dalam ilmu faraid ialah semua jenis harta yang ditinggalkan oleh simati selepas kematianya, sama ada harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, emas, kenderaan dan sebagainya. ATAU Harta kekal yang tidak boleh dipindahkan seperti rumah kediaman, tanah dan seumpamanya. Semua harta tersebut WAJIB diagihkan mengikut ketetapan hukum Faraid.

Tiada ulasan: