Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 13 Ogos 2008

SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA HARIAN DALAM BULAN RAMADHAN 2008/1429

سوراو المتقين
SURAU AL-MUTTAQIN
Lot 66227, Jalan Putra Permai 3, Taman Equine, Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
Tel ; 013-3414609 / 016-2325809
______________________________________________________________________

Para Jamaah / Ahli Kariah,
Surau Al-Muttaqin Taman Equine.

Tuan / Puan

SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Pihak jawatankuasa surau menjemput dan mempersilakan tuan / puan untuk hadir mengimarahkan surau sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dengan menyertai majlis berbuka Puasa, Solat Sunat Tarawikh, Tazkirah Ramadhan dan Bertadarus Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan tuan / puan untuk menaja majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ini dengan kos RM 350.00 setiap hari dan mengalu-alukan sumbangan juadah untuk More selepas Solat Sunat tarawikh.

Pihak kami akan menyediakan juadah berbuka puasa pada setiap hari hasil dari sumbangan tuan / puan sebagai memenuhi Syiar Ramadhan. Semoga Ramadhan ini akan memberikan lembaran baru dalam ibadah harian kita sebagai tanda Taqarub kepada Allah swt serta diberikan keampunan dan hidayahNya. Insyallah.

Untuk maklumat lanjut hubungi Ust Reza 016-2325809 / Imam Rahman 013-3331945.

Sekian terima kasih.

………………………………………….
( ZAINAL ABIDIN BIN AB. MANAF )
Pengerusi Surau Al-Muttaqin
013-3414609

BORANG PENYERTAAN UNTUK MENAJA MAJLIS BERBUKA PUASA

Adalah saya …………………………………………………………. berhasrat untuk

menaja majlis berbuka puasa di surau Al-Muttaqin pada …………. September 2008

bersamaan ………. Ramadhan 1429h.

Bersama ini disertakan wang tunai / cek berpalang atas nama Surau Al-Muttaqin

sebanyak RM…………. Bagi maksud tersebut dan segala lebihan perbelanjaan itu saya

infaqkan untuk pengurusan surau.

Sekian terima kasih.

……………………………… Tarikh : ……………………


Sumbangan terus noleh dimasukan kedalam akaun May Bank atas nama
SURAU AL-MUTTAQIN No Ac: 562142710680

Terima kasid diatas sumbangan dan keperihatinan anda.

Tiada ulasan: