Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 20 Ogos 2008

Kematian Suatu Kepastian



Firman Allah yang bermaksud" apabila tibanya ajal kamu, maka ia tidak akan tercepat atau tidak terlewat walau sesaat"




Begitulah Sunnatullah yang menciptakan setiap makhluknya yang hanya bersifat sementara sahaja dan yang kekal itu hanyalah ALLAH Rabbuljalil.




Sebanyak dan sedalam manapun kasih dan sayang kita terhadap ahli keluarga kita termasuk ibu, bapa , isteri , adik beradik dan anak-anak namun sudah menjadi fitrah kejadian yang hidup akan mati.




Begitulah kehendak dan kekuasaan dan keadilan Allah Yang Maha Mencipta dan Maha Mengetahui akan perjalanan hamba-hambanya, Dialah yang yang menciptakan kita, menganugerahkan kita rezeki dan pelbagai nikmat kehidupan sebagai penerokaan kita menjalani kehidupan kita didunia yang sementara ini namun alam akhirat jualah yang kekal abadi.


Sebagai seorang anak, sewajarnya kita berbakti kepada kedua orang tua kita selagi ada hayat dikandung badan samada mereka masih ada atau sudah menemui Allah Rabbul Jalil.
Nabi mengingatkan kita dalam sebuah hadis yang bermaksud " apabila matinya anak Adam itu maka terputuslah segala amalanya melainkan tiga perkara ; amal soleh , sedekah jariahnya dan anak-anak yang mendoakan kesejahteraanya"...
Sebagai mengimbau kenangan saya secara peribadi Ayahanda saya Hj Kamaruddin Bin Hj Hassan dilahirpan pada 23 / 08 / 1953 dan telah kembali ke Rahmatullah pada 02 / 04 / 2006 dan kini telah 3 tahun kami kehilanganya.
Pada tanggal 23 Ogos ini genaplah umurnya 55 tahun seandainya beliau masih bersama kami. Beliau meninggal dunia akibat dari serangan jantung secara mengejut dan menurut lapuran doktor yang merawatnya bacaan tahap kencing manisnya tidak terbatas dan tidak dapat dibaca dengan angka dan kadar darah tingginya terlalu tinggi.
Kami adik-beradik dan keluarga Al-Hamdulillah sempat berbakti kepada beliau dan bersama dengan beliau sejurus sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan saya sendiri sempat memandikan beliau dan mengambilkan beliau Wuduk untuk menunaikan Solat Asarnya yang terakir pada 01 April 2006 lalu dan beliau kembali kepada Tuhanya dengan tenang.
Walau bagaimanapun saya melihat bagaimana peritnya apabila seseorang sedang berada diambang Sakaratul Maut dan teringat saya sejarah diambang Kewafatan Nabi SAW berpeluh dahinya dan Nabi berkata kepada Jibril bagaimana sakitnya mati dan Nabi mohon kepada Allah agar semua kesakitan umatnya dikumpulkan untuk dia tanggung dan deritai seorang diri namun permintaan ini ditolak oleh Allah SWT dan yang terbit dari mulutnya "ummati ! umati! ummati! . Begitulah kasih dan sayangnya Nabi kepada kita.
Marilah kita sama-sama mendoakan akan kesejahteraan orang tua kita yang telah dahulu meninggalkan kita " Ya Allah ampunilah dosa mereka samada yang disedari atau yang tidak ia sedari, janganlah engkau azabnya, terangilah kuburnya, lapangkan kuburnya, tempatkanlah dia bersama orang-orang yang soleh".....
Wallahualam..

Tiada ulasan: