Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita dan beruntunglah sesiapa yang mendapat keampunan dari Allah sebagai balasan dan munajatnya sepanjang bulan yang penuh kemuliaan itu. Kita kena berlaku jujur terhadap diri kita sendiri dengan menilai sejauhmana nilai taqwa yang kita bina sepanjang Ramadhan lalu dapat kita teruskan pada hari-hari yang mendatang ini.
Jika sepanjang Ramadhan lalu kita mampu dan kuat serta bersemangat mengunjungi rumah Allah untuk menunaikan solat fardhu dan sunat namun apakah kita sudah lupa jalan menuju ke Rumah Allah itu sekarang?
Masjid kini masih nampak sepi dari kunjungan para jemaah yang penuh sesak sepanjang Ramadhan lalu, al-Quran sudah mula tersusun rapi di rak-rak masjid sudah tidak dibuka dan dibaca lagi. Para wanita kita juga sudah hilang tudungnya akibat ditiup angin syawal dan pelbagai ragam ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan lalu sudah sepi dan terus menyepi.
Yang paling penting kita kena menilai dan mengambil ingatan dari Sabda Nabi SAW " celakalah seorang hamba itu apabila dia berkesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan dan Ramadhan itu berlalu pergi tanpa dia mendapat keampunan dari Allah SWT"...
Justeru dibulan syawal ini janganlah kita rosakan segala pahala dan amal baik yang kita bina sepanjang Ramadhan lalu dengan sekelip mata sahaja apabila kita menyambut Aidil Fitri seakan menyambut perayaan Yahudi dan Nasrani... Aidil Fitri diraikan dengan penuh acara hiburan dan perkara-perkara yang melangar syara' dengan sengaja... bersalaman antara lelaki dan wanita tanpa mengambil kira hubungan mahram dan ajnabi...berpakaian seakan tidak punya wang untuk membeli pakaian yang menutup aurat...mengadakan rumah terbuka kononya untuk menyambut kemeriahan Aidil Fitri dengan cara yang melampau dan membazir.
Marilah kita terus istiqamah dengan amal ibadat dan memeriahkan serta memakmurkan Rumah-Rumah Allah sehingga kita mati.... wallahualam,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan