Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 11 April 2011

BELANDA haramkan penyembelihan islam ?

 Belanda , Isu agama, isu islam, parlimen belanda, belanda hina kaedah islam,luar negara
AMSTERDAM - Penyembelihan binatang ternakan mungkin diharamkan di Belanda selepas kaedah tersebut yang terkandung dalam agama Islam dan Yahudi, ditentang oleh majoriti wakil rakyatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan majoriti wakil rakyat Belanda menganggap kaedah penyembelihan halal seperti yang diamalkan umat Islam, bersifat kejam terhadap haiwan.

Satu rang undang-undang mengenainya akan didebat di Parlimen Belanda pada hujung bulan ini.

Sebelum ini, undang-undang Belanda mengarahkan haiwan ternakan diberikan renjatan elektrik supaya ia pengsan sebelum dibunuh dengan pengecualian diberikan untuk daging yang disediakan untuk orang Islam dan Yahudi.

Kaedah tersebut kononnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketakutan haiwan terbabit.

Cadangan untuk mengharamkan kaedah penyembelihan itu bagaimanapun, ditentang hebat komuniti Islam dan Yahudi di negara berkenaan.

"Jika undang-undang ini diluluskan tiada apa yang dapat kami lakukan kecuali mengadakan protes," kata seorang aktivis halal di Belanda, Abdulfatteh Ali-Salah.

Seorang jurucakap sebuah pertubuhan Yahudi, Ruben Vis pula menganggap rang undang-undang tersebut melanggar hak kebebasan beragama.

Larangan penyembelihan haiwan telah pun diamalkan di New Zealand, negara-negara rantau Scandinavia dan Baltik serta Switzerland.

Terdapat sekitar sejuta orang Islam daripada keseluruhan 16 juta penduduk Belanda manakala kira-kira 50,000 orang Yahudi turut tinggal di negara Eropah berkenaan. - Agensi-Kosmo

Tiada ulasan: