Alhamdulillah pada hari sabtu 17 Julai lalu saya dan isteri sempat berkunjung ke kediaman Tuan Guru Datuk Bentara Setia Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat...MB Kelantan untuk memenuhi undangan beliau ke majlis kesyukuran dan meraikan perkahwinan puteri bongsu beliau Nik Asma' Salsabila Binti Nik Abdul Aziz dengan pasanganya Ahmad iskandar Zainuddin.. Kami tiba di Pengkalan Chepa pada jam 8.15 pagi dan terus ke Bandar Kota bahru untuk bersarapan dan meninjau-ninjau apa yang patut dan terus ke rumah Tok Guru pada pukul 10 pagi untuk bertemu Tuan Guru dan berjumpa dengan sdr Hj Ariffahmi kerana ada beberapa perkara yang hendak dibincangkan....dan kami berangkat pulang sekitar jam 3 petang dan terus ke airport....

Ya Allah selamatkan penghuni rumah ini dari segala macam fitnah manusi dan berikanlah kesihatan kepada penghuni rumah yang berkat ini...

Senyuman TGNA disaat saya memberi salam dan beliau sempat memberikan nasihat serta bertanya khabar serta mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir...

Sebelum menerima kunjungan para tetamu TGNA meluangkan masa dengan al-Khaliq- solat Duha

TGNA masih sempat meluangkan masa untuk membaca al-Quran sementara menanti ketibaan jemputan

Setelah selesai beliau meluangkan masanya dengan al-Khaliq...kini beliau melangkah perlahan untuk meluangkan masa dengan para jemputan...dan beliau sendiri akan menyambut para tetamu dan mempersilakan mereka mengambil tempat duduk....

12 ekor lembu telah disembelih untuk dimasak gulai kawah sebagai menu utama

Gulai kawah kelantan....yang sangat sedap...

Para petugas yang sedang sibuk membuat persiapan

TGNA mula menerima kunjungan para jemputan..

Hidangan sudah sedia dijamah....

Kenanganku bersama TGNA

Hj Ariffahmi ( menantu ) sedang berbincang sesuatu dengan TGNA

Adinda TGNA...Tuan Guru Nik Razi juga menanti ketibaaan para jemputan dan tetamu bagi pihak abangnya....

Anak-anak dan menantu TGNA berkumpul untuk menymbut ketibaan para tetamu dan jemputan

Ruang makan Non Muslim juga disediakan

TGNA menyambut ketua sami budha Kelantan

Kapten ( b ) Abu Zahar yang menjadi ketua rombongan pihak lelaki

Ust Nik Adli menyambut ketibaan Ust Nasa

TGNA mempersila dan menyambut Ust Nasa sambil diperhatikan oleh anak beliau ( Nik Rahim )

TGNA menyambut ketibaan rombongan Tok Cha ( sami )

Besan baru Tok Guru ..... en Zainuddin dan menantu baru beliau ..sdr Ahmad Iskandar

Ust Nasa turut meraikan ketibaan rombongan pengantin lelaki....

TGNA juga meraikan bacaan doa oleh para sami yang hadir....

Seatu perkara yang saya lihat dan saya kagum dengan sami-sami budha ini yang sepatutnya menjadi amalan kita orang-orang islam....saya dapati ketika mereka hendak makan mereka akan berdoa beramai-ramai dan apabila telah habis makan mereka juga akan berdoa beramai-ramai....mereka yang awal tiba akan menunggu ketua mereka sampai untuk menikmati hidangan...mereka tidak akan minum dan makan selagi ketua sami mereka tidak sampai...mereka hanya akan makan bersama-sama dengan ketua mereka....INDAHNYA disiplin mereka....yang sewajarnya kitalah yang mempraktikkan adab ini....

TGNA meraikan menantu baru beliau.....moga mereka bahagia...

Para tetamu berbaris untuk mengambil makanan....kelihatan Tuan Guru Nik Razi juga berbaris untuk mengambil lauk....

sebagagian daripada rombongan pihak lelaki....mereka tiba dengan 2 buah bas dan beberapa buah kereta.....

TGNA meraikan besan barunya....

Ust Nasa mendengar sesuatu yang dinyatakan oleh En Zainuddin ( besan ) TGNA

Inilah yang aku makan di majlis TGNA....daging gulai kawah dan kerabu jantung pisang....cukup menyelerakan.... air pulak warna hijau....

TGNA menyambut ketibaan Dato' Annuar Musa dan rombongan

TGNA mempersilakan Dato' Annuar Musa untuk menjamu selera....

Dato' Husam Musa baru tiba...

"Terima kasih sudi hadir" ujar TGNA kepada isteriku....

Meriah......di khemah muslimat

Sebahagian daripada jemputan muslimat

Mungkin ade sesuatu yang menarik antara YB Dr Hatta, En Zainuddin dan Hj Ariffahmi

Anggota unit amal yang menjaga lalu lintas sepanjang majlis berlangsung

Sempat bergambar berlatar belakangkan signboard petunjuk arah Masjid Tok Guru....ketika hendak meninggalkan majlis TGNA...

Ketika menunggu penerbangan balik ke Subang di Airport Sultan Ismail Petra....

Sebelum menaiki pesawat...sempat lagi posing bersama isteri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan