Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Selasa, 31 Mac 2009

Mencari Rahmat Ilahi


Bermula kehidupan manusia adalah dari alam janin selama lebih kurang 9 bulan di dalam perut wanita yang bergelar ibu. Kehidupan kita di alam janin tidak lain adalah dengan kuasa dan keagongan Al-Khaliq.
Sesudah itu kita di keluarkan dari alam janin dan melihat kehidupan nyata diatas hamparan bumi dan dunia yang serba tidak menentu ini selama hayat masih ada kerana tiada siapapun yang tahu berapa lam usia mereka.
Kemudian kita mahu atau tidak mahu akan meninggalkan dunia ini menuju ke satu lagi alam yang belum pernah kita tempuhi iaitu alam kubur atau alam baqa' dengan membawa bekalan dan amalan yang kita cari sepanjang kehidupan kita diatas bumi. Sekarang kita sudah berada didalam bumi yang menjadikan kita yatim piatu tanpa harta dan keluarga dan sebagainya yang ada hanya beberapa helai kain putih yang menjadi pakaian zahir kita semata-mata.
Tidak pasti berapa lama pula kita akan tinggal keseorangan didalam liang lahat yang sempit dan gelap itu untuk menanti satu hari yang dahsyat, itulah hari pembalasan atau hari mahsyar.
Saya ingin membawa para pembaca mengenai satu perkara yang sering kita lupakan sepanjang kehidupan kita dialam dunia ini iaitulah persoalan Rahmat Allah SWT.
Nayata kita kini sibuk mencari sebanyak mungkin bekalan dan persiapan dunia. Kita bekerja hampir 8 jam sehari untuk mendapatkan gaji bulanan yang kita akan gunakan untuk membeli segala keperluan. Kita berniaga dari pagi hingga larut malam untuk mencari keuntungan untuk mempersiap keperluan harian sendiri dan ahli keluarga.
Sang suami akan berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi sagala hajat dan permintaan sang isteri dan anak-anak begitulah juga sebaliknya.
Orang politik sibuk mencatur parjalanan dan strategi politiknya untuk menempa segala kejayaan yang didambakan.
Para pemimpin disemua peringkat sibukmenjalankan tugas harianya untuk rakyat dan keperluanya.
Para ulama' sibuk menjalankan usha dakyah yang diperintahkan oleh Nabi kesayanganya.
Begitulah kesibukan setiap individu untuk memenuhi segala keperluan dan tanggungjawabnya, namun segalanya akan menjadi sia-sia kerana jika wang yang kita cari pasti kita akan mendapatnya, jika harta dan pangkat yang dicari itulah yang mereka perolehi, jika ilmu yang digali maka ilmulah yang dapati tetapi kita sering melupakan rahmat Allah dalam pencarian kita.
Apalah ertinya kita hidup atas dunia ini tanpa Rahmat Allah bersama kita. Lihat saja bagaimana orang yang berharta tetapi tidurnya tidak lena kerana bimbangkan segala harnya diambil atau dikihanati orang. sang penguasa amat bimbangkan pengaruh dan takhtanya dirampas orang, isteri dan anak-anak sepatutnya menjadi penenang dan penyejuk mata akhirnya menjadi beban dan sumber fitnah terhadapnya segalanya adalah berpunca dari tiadanya Rahmat Allah kepada mereka.
Bila Rahmat Allah menjadi teman lihat sahaja si miskin akan tidur lena dengan mimpi yang indah walau tidur diatas papan lapis yang keras berbanding si kaya yang tidur resah gelisah diatas tilam vono yang empuk.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; Tiada seorangpun manusia akan masuk ke syurga Allah termasuk akau hanya dengan amalan mereka tetai mereka akan masuk ke syurga Allah dengan rahmat Allah semata-mata.
Marilah kita menghindar dari melakukan sesuatu yang boleh menjauhkan kita dari Rahmat Allah dalam kehidupan kita dengan kita terus berusaha dengan penuh kesabaran dan istiqamah untuk melaksanakan segala titah perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan laranganya. dan sentiasalah kita berdoa mohon diberikan Rahmat dan InyahahNya untuk kita meneruskan perjuangan merentasi kehidupan diatas pentas lakonan dunia ini.



Tiada ulasan: