Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Sabtu, 13 Disember 2008

TEKS KHUTBAH MAJLIS PERTUNANGAN

Assalamualaikum… Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan danampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-dirikami dan kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beripetunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk selain Dia.
Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengansebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [Ali ‘Imran : 102]
Yang dihormati tuan rumah seisi keluarga, rombongan pihak lelaki, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinya kita berkumpul disini dalam usaha memenuhi tuntuan salah satu dari syariat Islam disamping memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita, kerana Allah mengingatkan kita :”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalahh bersaudara”
Untuk memulakan bicara kita pada hari ini, saya persilakan wakil pihak lelaki untuk menyatakan hajat yang tersirat dan tersurat untuk kita realisasikan bersama.
( Ucapan pihak lelaki dan perbincanagan dimulakan )
Alhamdulillah kita sudah mendengar dan memahami hajat dan tujuan yang dinyatakan oleh wakil pihak lelaki dan kami pihak sebelah perempuan bersetuju diatas kehendak dan hasrat dari pihak lelaki yang dinyatakan sebentar tadi dan saya rasa bahawa segala keputusan yang dibuat itu telahpun dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pada hari ini kita hanya mahu mengistiharkan ikatan dan perjanjian tersebut iaitu
1. Pertunangan diantara …………………. dengan ……..telah diterima
2. Nilai hantaran dan belanja nya ialah RM…….
3. Maskahwin sebanyak RM…..
4. Hadiah iringan sebanyak ……….. dulang.
5. Tempoh pertunangan selama……
6. Tarikh akad nikah ditetapkan pada…….
Tuan / puan yang dihormati. Setelah segala keputusan telah dipersetujui bersama marilah kita doakan agar pertunan yang di ikat antara ……. dengan ……. akan berkekalan sehingga tarikh akad nikah dilangsungkan seterusnya kita mendoakan agar mereka dapat bersatu sebagai pasangan suami-isteri kekal sehingga akhir hayat mereka serta dikurniakan anak dan cucu yanag soleh dari lelaki dan perempuan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Insyaallah.
Saya juga suka mengingatkan kepada semua pihak agar segala perjanjian yang telah dipersetujui sebantar tadi dapat ditunaikan sebaik mungkin sehinggalah terlaksananya hajat keduanya kerana Allah mengingatkan kita dengan firmanya yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nis-caya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan meng-ampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang dengan kemenangan yang besar.”
Tuan / puan. Pertunangan ini sebenarnya adalah salah satu dari tuntutan terhadap sesuatu perkahwinan kerana dengan pertunangan ini membataskan orang lain dari meresik dan meminang seseorang perempuan yang telah dipinang. Kerana itulah majlis ini juga sama pentingnya dengan majlis akad nikah kerana tujuanya untuk mengistiharkan kepada umum bahawa …… dengan …… telah sah bertunang.
Namun begitu pertunangan bukanlah lesin mutlak bagi keduanya untuk bebas bergaul tanpa sempadan kerana ia belum melayakan pergaulan yang intim. Saya juga berharap agar kedua mereka dapat menjaga tatasusila dan akhlak sebagai orang yang beriman, bersabar diatas segala ujian dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini kerana segalanya mungkin boleh berlaku.
Akhirmya marilah kita mendengar gesaan Allah kepada kita untuk diambil perhatian melalui firmanNya :
"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa' : 1]
Saya bagi pihak tuan rumah seisi keluarga memohon ampun dan maaf sari hujung rambut hingga hujung jari zahir dan batin diatas segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini samada disedari atau tidak dan diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis besar kita pada masa akan datang insyaallah.

Tiada ulasan: