Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Khamis, 12 Jun 2008

CABARAN & UJIAN BUAT SAYA

Sebentar tadi saya menyampaikan kuliah Magrib mingguan saya di Surau Al-Muttaqin Taman Equine berkisar kepada tajuk yang berkaitan dengan Talak dari Kitab Matlaul Badrain. Kuliah saya berakhir sekitar jam 09;30 malam, setelah itu kami mendirikan Solat Isya' berjamaah dan kemudianya menikmati jamuan ringan yang dibawa oleh para jemaah. Saya berangkat pulang pada jam sekitar 10;25 malam dan dalam perjalanan itu saya terjumkan kawan-kawan yang sebelumnya hadir mendengar kuliah saya.Ketika saya singgah tadi saya dapati sahabat saya itu sedang berbual dengan seseorang yang tidak saya kenali. Sejurus saya berhenti orang yang tidak saya kenali itu memandang saya dengan muka yang seakan marah dan berkata kepada sahabat saya itu "ini ustaz tu ke?" kemudian dia terus beredar pulang kerana rumahnya berhampiran dengan tempat saya berhenti itu.

Saya pun bertanya kepada sahabat-sahabat saya ada ape sebenarnya? saya sangat terkejut bila sahabat saya itu memberi tahu bahawa orang tadi itu adalah seorang Pegawai Polis bahagian risik katanya. Saya tak peduli lah siapa orang itu dan saya terperanjat bila dikatakan bahawa orang tadi marah kat surau khususnya penceramah-penceramah kerana suara mereka terlalu kuat dan terjerit-jerit katanya, dengan maksud bahawa speaker surau itu terlalu kuat.

Saya makin terkejut dila dikatakan bahawa orang itu mengatakan mempersoalkan pihak surau tu ade permit ke buat ceramah dan ustaz-ustaz tu ada tauliah ke? dia juga kata dia nak hantar anggotanya datang kesurau dan tangkap penceramah ( barangkali ) dan buang daerah.
Lalu sahabat saya tadi pula mengatakan " marilah kita jumpa dengan pengerusi dan imam untuk dia menyatakan apa yang dia tidak puas hati" tapi dia menolak dan dia kata dia hanya akan berurusan dengan orang atasan dan dia mendakwa dia baru selesai mesyuarat dengan Dato Ketua Polis Negeri dan Tan Sri Dato' Menteri Besar. Dia juga dah hubungi pihak JAIS dan katanya pihak JAISs kata surau tu ( Surau Al-Muttaqin ) takde permit.

Wallahualam..... saya tak tahulah apa yang terbuku dan tersirat dalam hati orang itu! tapi bagi saya ini adalah lumrah dan sunah yang ditempuhi oleh para Nabi dan para Rasul dan para Alim Ulama yang menghadapi pelbagai ujian dan mehnah dalam usaha mereka menyebarkan risalah Islamiah.

Saya pula merasakan bahawa insiden ini sebenarnya menampakkan bahawa islam itu kini bukan hanya dimusuhi oleh orang-orang kafir tetapi islam itu telah dimusuhi oleh orang-orang islam sendiri. Dan cara orang itu komplen sebenarnya menampakan bahawa dia seorang yang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan nasihat.

Sejarah awal perjuangan awal yang dirintis dan dilalui oleh junjungan kita Nabi Muhammad saw sangat perit dan berliku kerana baginda terpaksa menyebarkan risalah Islam dalam keadaan bersembunyi dan senyap-senyap serta bergerak dari rumah ke rumah dan rumah Abi al-Arqamlah pusat penyebaran dakwahnya.

Setelah 10 tahun Nabi berhijrah ke Madinah Nabi kembali ke Mekah dengan kemengangan dan membuka kembali Kota Mekah yang dikenali dalam sejarah sebagai Fathul Makkah. dalam peristiwa ini Nabi bersama para sahabatNya dan kaum muslimin masuk ke Mekah khusunya Masjidil Haram dengan gembira dan tawaduk kepada Allah. Semenjak dari itulah Baginda Nabi saw dan para sahabatNya menyebarkan syiar Islam itu dengan penuh kebanggaan dan penuh kegemilangan dan syiar islam dapat dilihat dari pelbagai sudut.

Apa yang cuba saya sampaihan ialah begitu gigihnya perjuangan Rasulullah menyebarkan dakwah islam hinga kita dapat menikmatinya dewasa ini dan syiar islam yang dirintis oleh keringat dan darah para Syuhada' menjadi taruhanya. Kini ada lagi orang yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya sanggup buat komplen seumpama itu dalam keadaan orang-orang bukan Islam yang tinggal berhampiran dengan surau ini tidak berkata apa-apa dan tiada juga kedengaran komplen dari mereka tapi orang ini sebaliknya.

Jika benarlah orang ini seorang angota polis yang perpangkat dan berjawatan tinggi dalam PDRM ( unit risik ) saya amat tekilan dan dukacita kerana bagi saya orang ini sebenarnya telah menyalahgunakan pangkat dan kedudukan dan amanahnya sebagai seorang anggota polis serta lebih terkilan saya kerana orang ini adalah orang islam!!!!

Kita ada adab dan akhlak dalam menzahirkan rasa tidak puas hati kita terutamanya terhadap institusi seperti surau ini dan kalaulah orang ini benar dan bertanggungjawab dia sepatutnya berjumlah terlebih dahulu dengan kami diperingkat jawatankuasa surau dan bukan mengadu-domba dan mengugut seperti ini yang menampakan yang dia tidak profisional.

Dia juga mempersoalkan mengenai Tauliah dan permit. bagi saya jika dia bertanya dan bersemuka dengan baik saya bagi dia lihat Kad Tauliah saya yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor dan saya tidak keberatan beri dia satu salinan supaya dia puas hati.

Siri kuliah saya disurau ini sebenarnya hanya berkisar dengan Hukum Munakahat ( hukum-hukum perkahwinan ) dan juga saya mengajar kitab Mastika Hadis. Permit pula bukan suatu yang diperlukan bila kita mengajar dan berceramah dalam surau atau masjid pada amalan biasa.
nampaknya orang ini tak berapa bijak sebenarnya dalam hal ini dan pihak Polis juga tiada hak untuk mempersoalkan mengenai tauliah penceramah kerana hal-hal yang berkaitan dengan tauliah ia adalah dibawah bidang kuasa JAIS dan MAIS.

Perkara ini juga telah saya rujuk kepada pengerusi surau dan dia berkata biarkanlah dan jika dia benar-benar tak puas hati suruh dia hantar surat resmi dan kita akan jawab.

Wallahualam..... itulah ragam manusia yang tak reti bersyukur kurniaan Allah swt, mudah-mudahan orang itu diberikan hidayah dan moga Allah melembutkan hatinya..... amin..............

Tiada ulasan: