Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Selasa, 8 Julai 2014

INDAHNYA RAMADHAN DENGAN TAQWA




Diantara kehebatan bulan ramadhan bukan sahaja perintah untuk melaksanakan ibadah puasa, turunya al-Quran, dirantai dan dibelengu semua syaitan, ditutup semua pintu-pintu neraka dan dibuka semua pintu-pintu syurga bahkan lebih dari itu sebenarnya bulan Ramadhan ini adalah satu bulan yang Allah SWT memberi ruang dan kesempatan kepada kaum muslimin untuk menjadi sebenar-benar mukmin yang sejati yang menjunjung semua titah perintah Allah dan RasulNya serta berusaha untuk meninggalkan semua tegahan dan laranganNya. Ini kerana sesuai dengan perintah untuk berpuasa itu Allah swt sebenarnya telah menunjukan jalan kepada kaum muslimin menjadi mukmin yang benar-benar bertaqwa ;

“ wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa sepertimana kaum sebelum kamu semoga kamu bertaqwa” albaqarah 2:183

Bagaimana bulan Ramadhan ini berperanan mendidik jiwa kaum muslimin untuk menjadi mukmin yang bertaqwa? Sebenarnya Allah swt dan RasulNya telahpun menyediakan persekitaran atau suasana yang kondusif kepada kaum muslimin untuk melipat-gandakan ibadah mereka namun ia perlu dilakukan dengan penuh keimanan dan kesabaran.

Namun begitu kita tetap tidak dapat mendidik diri kita tanpa kita mengetahui apakah rangsangan Taqwa yang Allah swt maksudkan itu. Secara mudahnya taqwa itu telah dihuraikan antaranya seperti yang disebutkan dalam kitab al-Munajjid, Muhammad bin Salih dalam bab “A’mal al-Qulub” seperti berikut:

1.       “ meletakkan penghalang dan penghadang di antaramu dan apa yang telah diharamkan oleh Allah”
2.       “ melaksanakan perintah Allah dan menghindari laranganNya”
3.       “ takutkan Allah, beramal dengan wahyuNya, redha dengan yang sedikit dan bersedia untuk hari pembalasan”
4.       “melaksanakan amalan taat dan meninggalkan amalan maksiat”

Nilai taqwa itu tidak datang dengan sendirinya, ia perlu digilap dan diusahakan untuk mendapatkanya selaras dengan suasana ibadah yang sedang berlangsung sekarang.

Diantara perkara-perkara yang boleh kita tingkatkan nilai taqwa dalam diri kita seperti rangsangan yang Allah sebutkan itu ialah;

1.       Berakhlak mulia disepanjang bulan Ramadhan. Kita sangat digalakkan supaya meningkatkan kualiti dan nilai kebaikan dalam perilaku kita dalam bulan yang mulia ini kerana akhlak yang baik dan mulia itu adalah akhlak Nabi yang mulia dan berteraskan kepada panduan al-Quran. Berakhlak mulia lagi baik itu adalah cerminan bagi kaum muslim mukmin.

Sabda Nabi saw maksudnya: “ sesungguhnya Ibnu abbas berkata, “ Nabi SAW adalah orang yang paling baik dalam kebajikan. Dia menjadi paling baik di bulan Ramadhan apabila Jibril dating berjumpa dengannya. Jibril a.s. sering berjumpa dengan baginda pada setiap malam dalam bulan ramadhan sehingga akhir bulan agar Nabi SAW membentangkan kembali bacaan al-Quran kepadanya. Apabila Jibril a.s. berjumpa baginda, baginda akan menjadi lebih baik daripada angina yang lembut”. HR al-Bukhari, kitab al-Saum, bab Ajwadu ma kana al-Nabi SAW yakunu fi Ramadhan, no 1769.

2.       Membaca al-Quran. Hiasilah  diri dan sibukkan diri dengan amalan seharian kita dengan membaca al-Quran al-Karim disepanjang bulan Ramadhan ini. Ambillah kesempatan untuk bertalaqi dan meningkatkan kualiti bacaan al-Quran kita dengan guru-guru supaya kita dapat memperbaiki mutu bacaan al-Quran kita.

Seperkara yang lebih penting dalam menghayati isi kandungan al-Quran yang bersifat al-Syifa’ ( penawar ) dan al-Furqan ( pembeza antara yang hak dan yang batil ) serta al-Huda ( petunjuk ) maka kita sepatutnya telah memulakan untuk menghayati al-Quran itu dengan membaca terjemahannya dalam bahasa yang kita fahami.

Saya dengan rasa rendah diri menyeru kepada kaum muslimin dalam Negara ini agar kita berusaha untuk membaca terjemahan al-Quran secara konsesten dalam bulan Ramadhan ini kerana dengan itu kita akan mudah untuk memahami isi kandungan al-Quran dan segala pebincangan dan perbahasnya moga dengan itu akan terkesanlah sifat-sifat al-Quran dalam diri kita.

Bagi para pentadarus al-Quran di masjid dan surau-surau atau di mana sahaja saya suka mencadangkan agar ambil kesempatan ini untuk kita hayati al-Quran itu dengan cara membaca satu muka surat ayat al-Quran dengan terjemahanya sekali agar ia terkesan kepada diri kita sendiri apabila ia dibacakan dalam kelompok tadarus itu.

Kita tidak perlu terburu-buru untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran semata-mata tanpa kita memahami atau kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sendiri dan alangkah baiknya jika kita membaca dengan cermat selembar demi selembar kemudian diselangi dengan membaca terjemhanya dan akhirnya In Sha Allah kita akan memahami isi kandunganya sesuai dengan firman Allah SWT al surah al-Baqarah 2:185

“ ( masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan ( menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

Bagaimana lagi kita sebagai orang awam yang tidak mahir berbahasa Arab kecuali dengan membaca terjemahanya dalam bahasa yang mudah kita fahami. Moga dengan itu cernalah al-Quran dalam kehidupan kita semua kerana dari kefahaman kita membac terjemahan al-Quran itulah yang membentuk jatidiri mukmin yang bertaqwa.

“ daripada Abdullah bin Masud katanya, telah berkata Rasulullah SAW. “ bacalah al-Quran untukku”. Aku berkata, “saya baca untukmu sedangkan ianya diturunkan ke atasmu?”, sabdanya “ sesungguhnya saya ingin mendengarnya daripada orang lain”. Abdullah berkata;” saya pun membacakan surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat ( “ maka bagaimanakah kami bawakan daripada setiap umat itu seorang saksi, dan kami bawakan engkau sebagai saksi ke atas mereka), baginda berkata, “ berhenti!”, aku melihat air mata dikedua-dua matanya.” HR al-Bukhari, kitab Fadail al-Quran, bab al-Buka’ Inda Qira’at al-Quran, no 4667. Muslim dlm kitab salat al-Musafirin wa qasriha, bab fadl Istima’ al-Quran wa Talab al-Qira’ah min Hafizin, no 1332

3.       Memberi dan menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Kesempatan di bulan ramadhan ini sewajarnya kita berlumba-lumba untuk melakukan amalan kebajikan dengan memberikan juadah kepada orang lain untuk berbuka puasa samada melalui program-program Ihya’ Ramadhan di Masjid atau surau-surau atau di mana sahaja tanpa menungu mereka dating meminta-minta.

Sabda Rasulullah SAW; “ sesiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang berpuasa, dia akan dapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun”. HR al-Tirmizi, kitab al-Saum, bab Ma Ja’ Fi Fadl Man Fattar Saima, no 735 (dihukum sahih oleh al-Albani)

Penerapan nilai Taqwa boleh didapati dengan memberi dan menyediakan makanan ini adalah kerana lahirnya satu amalan murni serta ia menggambarkan kesucian hati dan kesanggupan serta wujudnya nilai pengorbanan seseorang yang sudi untuk berkonsi kepada orang lain nilai harta yang mereka miliki.

4.       Sabar dengan provokasi. Nilai taqwa makin bertambah bagi orang yang berpuasa bila mana seseorang itu sabar menghadapai provokasi dan dapat menahan kemarahanya terhadap sesuatu perkara yang mungkin boleh mendatangkan pergaduhan atau pertengkaran sesama mereka. Tidak dinafikan amat sukar dan susah bagi kita untuk mengawal emosi marah bila diserang dan diprovok dengan sesuatu perkara namun Allah menjanjikan pahala yang tidak terkira kepada orang yang sentiasa bersabar dan boleh mngawal emosi marah mereka.

Rasulullah SAW bersabda; “ Allah berfirman, ( setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, ianya adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi ganjarannya). Puasa adalah perisai, jika tiba hari puasa salah seorang seorang dari kamu, janganlah dia bercakap lucah atau berjimak dan mengangkat suaranya. Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebuat, “ saya berpuasa”, Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi allah daripada kasturi, orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, semasa dia berbuka dan akan gembira dan semasa dia berjumpa dengan Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya”. HR Kitab al-saum. Bab hal Yaqulu Inni sa’im Idza Shautim. No 1771

5.       Tinggalkan semua perkara mungkar. Ibadah puasa dan nilai taqwa makin bertambah bila seseorang secara konsisten meninggalkan segala bentuk maksiat dan kejahatan samada yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Rasulullah bersabda ; “ apabila masuknya malam pertama daripada bulan ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, manakala pintu-pintu syurga akan dibuka, tiada satupun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, “ wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kejahatan, berhentilah!, Allah mempunyai orang-orang yang sentiuasa dibebaskan daripada neraka pada setiap malam”. HR al-Tirmizi, kitab al-Saum, Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, no 618. ( dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, no 682)

6.       Hindari kata-kata dan perbuatan keji. Hindarilah kata-kata keji dan perbuatan keji ketika berpuasa kerana ia menjadi cerminan taqwa bagi orang yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda ;

“ sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan keji, Allah tidak mengendahkan amalanya meninggalkan makanan dan minuman”. HR al-Bukhari, kitab al-saum, bab Man Lam Yada’ Qaul al-Zur wa al-‘Amal Bih Fi al-saum, no 1903

Kata-kata keji yang dimaksudkan dalam perbahasan ini merangkumi mengumpat ( ghibah), menjadi batu api ( namimah), menuduh keturunan ( al-Ta’n di al-Ansab, menipu ( kazab), memfitnah dan sebagainya.

Penerapan nilaian taqwa ini hanya akan tercerna bial seseorang yang berpuasa itu dapat meninggalkan atau dapat mengawal lisanya daripada berkata-kata dengan perkataan yang boleh menyakitkan hati seseorang lain atau yang boleh menimbulkan kemarahan serta permusuhan.

Berdasarkan kenyataan dari hadis di atas dapat kita fahamai bahawa tiada gunanya seseorang itu berpuas jika mereka ditak dapat mengawal dirinya dari berkata-kata dengan perkataan yang keji tersebut dan tidak dapat mengawal serta menahan dirinya daripada perkara-perkara mungkar bahkan tiada gunanya mereka menahan diri dari perkara yang halal jika perkara yang haram tidak dihindarinya.

Penting: Penulis ingin menambah satu lagi cabang mungkar dan keji itu akan terhasil dengan jari jemari kita terutamanya bila seseorang tanpa rasa bersalah menulis atau mencoretkan sesuatu setatus atau komentar-komentar di Facebook, WhatsApp, Tweeter, Telegram, Instagram, Blog dan lain-lain aplikasi maya hari ini dengan penuh kebencian, mencaci-maki, mencarut, menghina, mengaibkan, merendah, menghina dan sebagainya tanpa rasa bersalah dan tanpa sedar bahawa mereka itu sedang berpuasa. Setelah lisan dijaga rapi dari menuturkan perkataan-perkataan keji jari jemari juga wajib dijaga dari menjadi sumber kemungkaran moden hari ini.
Rasulullah SAW meningatkan orang yangb berpuasa ; “ barangsiapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan kotor dan mengerjakanya, serta tidak dapat meninggalkan kebodohan, maka tidak ada perlunya bagi Allah ( memberi pahala ) sekalipun dia telah meninggalkan makan dan minumanya ( berpuasa ) “. HR al-Bukhari. Al-Tirmizi, abu Daud, al-Baghwai dan selain mereka.

Penting : walaupun perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa tetapi telah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa ia akan menjadikan puasa seseorang itu tidak beroleh pahala. ( kitab al-Lu’lu’ wal-Marjan m/s 707 Imam Asy-syaukani.

7.       Jangan berjimak di siang hari. Kelunakan melaksanakan ibadah puasa makin terasa manisnya bila orang yang berpuasa  dapat mengawal nafsunya. Kesanggupan dan kesabaran orang yang berpuasa menegah dirinya daripada mendekati ( jimak ) pasangannya melambangkan bagaimana dia telah mendahulukan kehendak dan perintah Allah terhadap kehendak dirinya sendiri.

Ini juga bermaksud bahawa orang yang berpuasa itu telah memurnikan ketaqwaanya dengan melaksanakan sebahagian daripada komponen Taqwa iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Mari kita hayati Sabda Nabi SAW ; “ jika tiba hari puasa salah seorang dari kamu, janganlah dia berjimak dan jangan juga dia mengankat suaranya. Jika ada orang yang mencacinya atau memeranginya, hendaklah dia sebut, “ saya berpuasa!”. HR Kitab al-saum. Bab hal Yaqulu Inni Sa’im Idza Shautim. No 1771.

8.       Menjaga lisan. Sifat orang yang berpuasa akan menuturkan perkataan yang indah lagi baik serta bermanfaat dan melakukan amal kebajikan. Sifat orang yang berpuasa itu sepatutnya tampil lebih mulia daripada orang yang tidak berpuasa. Tutur bicaranya lunak, nada dan antonasi percakapanya hendaklah dijaga agar tidak tercemar ibadah puasanya. Inilah antara lambang Taqwa dan keimanan hasil didikan dari tarbiyyah ramadhan berdasarkan hadis berikut ;

Daripada Abdullah bin Amr r.a. daripada Nabi SAW sabdanya, “ orang islam ialah orang yang selamat umat islam daripada ucapan dan perbuatanya. Manakala orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah keatasnya”. HR al-Bukhari no 9.

9.       Menjaga batas aurat. Menjaga batas aurat bagi orang yang berpuasa adalah suatu perkara yang kadang-kadang dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Sewajarnya orang yang berpuasa terutamanya kaum wanita lebih peka dengan suasana ini begitu juga kepada kaum lelaki namun ia lebih terfokus terhadap kaum wanita yang sengaja tampil dikhalayak ramai dengan pelbagai dressing pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan dan lebih malang lagi dalam keadaan rambut mereka yang sengaja dibiarkan terdedah.

Alangkah ruginya sehari suntuk dia berpuasa dengan menahan dirinya dari makan dan minum tetapi auratnya dibiarkan terdedah. Lambang keunggulan wanita muslimah ialah bagi mereka yang Berjaya menutup auratnya dari pandangan umum kecuali untuk mahramnya sahaja.

Campakkanlah nilai takwa dalam aurat dan pakaian kita moga kita terselamat dari fitnah api neraka allah yang sangat dahsyat kelak.

10.   Kurangkan menonton TV dan mendengar muzik. Ramadhan juga adalah medan terbaik bagi orang yang berpuasa untuk mendisplinkan diri dari menonton rancangan TV yang melalaikan serta menadah telinga mendengar alunan muzik-muzik yang melalaikan walaupun lagu-lagu yang disifatkan oleh orang ramai sebagai berbentuk “islamik”. Alterenatif terbaik bagi orang yang berpuasa tentunya mendengar bacaan al-Quran. Jika seseorang itu sibuk dengan al-Quran pastinya dia tidak mempunyai masa untuk tv dan muzik. Oleh itu perlulah kita ambil perhatian terhadap peringatan dan larangan dari Rasulullah SAW seperti dalam kenyataan hadis berikut ;

“ akan wujud dari kalangan umatkuu orang-orang yang menghalalkan zina, sutera,arak dan alat muzik”. HR al-Bukhari ( secara Mu’allaq bi sighah al-Jazam), kitab al-Ashribah, bab Ma Ja’a fi Man Yastahlillu al-Khamra Wa Yusammihi Bi Ghair Ismih.

11.   Menjaga solat fardhu. Solat Fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan kaum muslimin yang tidak terhad kepada bulan Ramadhan sahaja sewajarnya tidak diculaskan oleh orang yang berpuasa. Mana mungkin kewajipan ini boleh dipandang sepi dan enteng oleh orang yang berpuasa jika mereka benar-benar taat kepada setiap perintah Allah dan RasulNya.

Apakah bernilai ibadah puasa seseorang itu jika kewajipan ini diabaikan? Ingatlah bahawa perkara yang akan mula-mula akan dipersoalkan di hari akhirat kelak adalah ibadah solat berbanding ibadah-ibadah yang lain.

Sewajarnya bagi orang yang berpuasa mereka lebih cermat dalam menunaikan ibadah puasa dan bersegera untuk menunaikan kefardhuanya bila  telah masuk maktu solat kerana itulah sepatutnya kesan didikan tarbiyyah ramadhan kepad umat islam.

Rasulullah SAW bersabda : “ perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir” HR Ahmad dan para penulis kitab sunan dari hadis Buraidah. ( al-Tirmizi berkata hadis ini adalah hadis hasan sahih, al-Hakim dan adz-Dzahibi mensahihkanya.)

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW bersabda : “ batas antara seseorang dengan kafir adalah meninggalkan solat”. HR Muslim, Abuy Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah.

12.   Banyakkan berdoa. Nilai taqwa dan ganjaran paha serta keampunan dari Allah tidak dating dengan percuma dan bergolek begitu sahaja tanpa ada usaha dari orang yang berpuasa selain ketaatnya melunaskan ibadah puasa dan solat. Kita juga sangat dituntut untuk sentiasa banyak berdoa kepada Allah SWT pada setiap masa dan ketika dalam bulan ramadhan ini.

Diantara waktu-waktu mustajab berdoa dalam bulan Ramadhan ini ialah disaat orang berbuka puasa itu hendak berbuka. Sabda Nabi SAW ;

“ tiga doa yang mustajab tanpa syak, Doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang sedang bermusafir”. HR al-Uqaili, al-Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir.

Nilai taqwa boleh digarap dengan memperbanyakan berdoa kpeda Allah SWT bermula dari masuknya waktu subuh sehingga terbenamnya matahari. Hjadis ini mendidik jiwa orang yang berpuasa agar sentiasa merendahkan diri mereka kepada Allah SWT dengan berdoa disepanjang masa tatkala mereka berpuasa. Apabila sifat merendah diri ini wujud dalam jiwa kaum muslimin dengan doa yang bersungguh-sungguh dalam bulan yang mulia ini pastinya dia akan meneruskan usahanya untuk berdoa  pada bulan-bulan yang lain maka dengan sendirinya dia telah merealisasikan intisari ibadah dalam kehidupanya selain mereka terus tetap memelihara solat lima waktunya.

Nabi SAW bersabda lagi ; “ Doa itu ialah ibadah”, kemudian baginda membacakan firman Allah, ( dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaku pasti akan ku perkenankan untukmu, sesungguhnya mereka yang sombong daripada beribadat terhadapKu akan masuk neraka Jahannam secara hina)”. HR al-Tirmizi, kitab al-Da’awat, bab Minhu, no 3294.

13.   Mendirikan Qiam Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda; “ barangsiapa yang mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah, niscaya akan diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu”. HR Muttafaq alaih.

Selain berpuasa disiang hari kita sangat dituntut untuk menyibukkan diri bersama Jemaah lain di masjid dan surau untuk menirikan solat sunat tarawikh. Dirikalah solat sunat tersebut mengikut kemampuan dan kesanggupan walaupun dada perbezaan pendapat tentang jumlah bilangan rakaatnya antara 8 rakaat atau 20 rakaat. Tunaikanlah dengan penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah SWT demi merebut janji dari Allah Yang bersifat tidak memungkiri janji itu. Bukan masanya lagi kita hendak berjidal dan berbahas tentang jumlah bilangan rakaat itu tetapi keutamaan kita adah memenuhi tuntutan mendirikan solat sunat tersebut.

Dirikanlah dengan penuh tertib dan adab yang selayaknya sebagai ibadah bersama imam kerana Rasulullah SAW bersabda; “ Barangsiapa yang mendirikan solat malam bersama imam sehingga selesai, akan dicatat baginya solat sepanjang malam”. HR para penulis kitab sunan dengan sanad yang sahih.

14.   Bersahur dan berbuka pada waktunya.
Para ulama telah ijmak tentang keutamaan, keberkahan dan sunnahnya berashur. Barang siapa yang meningglakanya dengan keyakinan amalan makan sahur itu tidak sunnah atau lebih utama untuk ditinggalkan maka sesungguhnya keyakinan itu adalah menyalahi amalan sunnah Nabi SAW. Kita disunnahkan untuk makan sahur walaupun sebiji kurma dan seteguk air kerana perintah Nabi SAW : “ bersahurlah kamu sekelian kerana dalam bersahur itu terdapat barakah” HR al-bukhari ( 4/120). Muslim 1059. Al-Tirmizi, Nasai dan Ibn Majjah.

Sabda Nabi SAW lagi ; “ Bersahurlah walaupun hanya dengan minum seteguk air”. HR Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban 884 ( hadis hasan )

Sabda Nabi SAW lagi ; “ Bersahur makannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya minum seteguk air kerana Allah dan \MalaikatNya berselawat kepada orang yang bersahur”. HR Ibnu Abi Syaibah 2/8 dan Imam Ahmad 3/12.44

Begitu jugalah halnya dalam berbuka. Bagi orang yang berpuasa adalah sangat dituntut untuk berbuka puasa tepat pada waktunya atau sejurus masuknya waktu solat maghrib, ini kerana Rasulullah bersabda ; “ manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa”. HR al-Bukhari dan Muslim.

15.   Menunaikan Umrah. Umrah merupakan satu amalan yang memerlukan pengorbanan wang dan tenaga. Galakan untuk melakukan ibadah umrah dalam bulan Ramadhan ini adah untuk mendidik kaum muslimin auntuk bersedia melakukan pengorbanan wang dan tenaganya demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT sepanjang tahun,  Rasulullah SAW bersabda ; “ sekiranya dating ramadhan hendaklah kamu menunaikan umrah kerana sesungguhnya umrah dalam bulan Ramadhan itu menyaingi haji”. HR Muslim, Kitab al-Haj, Bab Fadhl al-Umrah Fi Ramadhan. 2201


16.   Jangan membazir ketika berbuka dan berhari raya. Suatau perkara yang perlu diambil perhatian oleh kaum muslimin ketika berpuasa di bulan Ramadhan ialah menjauhkan diri dari melakukan pembaziran terutamanya ketika menyediakan juadah berbuka puasa. Berbelanjalah dan hidangkan juadah berbuka puasa itu sekadarnya dan bukan secara berlebih-lebihan yang akhirnya akan mengundang pembaziran.

Begitu juga dalam menyediakan persiapan untuk menyambut hari Raya Aidil Fitri juga kita sangat dipandu agar tidak berlebihan dan tidak membazir, kerana sikap membazir itu umum telah mengetahui adalah sikap dan perangai Syaitan.

17.   Berittiba’ dan ikhlas dalam ibadah. Laksanakanlah ibadah sepanjang bulan ramadhan ini sesuai dengan apa yang telah diajarkan oleh baginda Nabi SAW agar segala ibadah kita itu layak menerima ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan ikhlaskanlah diri kita dalam memenuhi perintah Ramadhan ini. Harus kita memotivasikan diri kita dengan peringatan dari Nabi SAW “ betapa ramainya orang yang berpuas, tetapi puasanya tidak lebih dari lapar dan dahaga semata-mata” HR Imam Ahmad, hadis hasan sahih.

Semoga ibadah Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna dan bernilai di sisi Allah SWT dengan terus berusaha meningkatkan kualiti ibadah kita. Semoga kita keluar dari bulan Ramadhan ini dengan kejayaan yang sebenar dan mendapat segala janji dan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Wallahua’lam

Mohd Riza Kamaruddin
Ajk Biro Agama
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia /
Timbalan Ketua
Jabatan Syariah TEKUN Nasional
8 Julai 2014


1 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI