Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Isnin, 16 Januari 2012

Pandangan Para Ulama Tentang Kitab al-Ibanah





soalan ini telah dijawab oleh seorang sahabat ana yang juga ada didalam forum ini. Beliau adalah Abu Soleh Safwan. Ana petik jawapan pada soalan ini di link ini: al-muwahhidun.blogspot.com/2009/11/menja...rhadap-wahabi-2.html

Berikut adalah penjelasan beliau berkenaan adakah benar kitab Al-Ibanah adalah tulisan Imam Abul Hasan Al-Asya'ari atau tidak:

Untuk membuktikan lagi bahawa kitab Al-Ibanah adalah benar-benar karya Imam Al-‘Asy’ari, berikut ini saya nyatakan ulama-ulama yang menetapkan bahawa kitab tersebut adalah milik Imam Al-‘Asy’ari:

1. Al-Hafiz Ibnu Asakir seorang ulama besar bermazhab Syafi’i, kitabnya Tabyin Kadzib Al-Muftari adalah merupakan pembelaan untuk Imam Al-‘Asy’ari, beliau juga banyak menukil dari kitab Al-Ibanah. Pada halaman 28, Al-Hafiz Ibnu Asakir berkata: “Dan barangsiapa yang melihat kitabnya yang bernama ‘Al-Ibanah’, dia akan tahu kedudukannya dalam ilmu dan agama ini.”

2. Imam Ahli Qira’ah Abu Ali Al-Hasan bin Ali bin Ibrahim Al-Farisi (wafat 446H), beliau berkata: “Al-Asy’ari memiliki kitab dalam masalah As-Sunnah (maksudnya Al-Aqidah – edt) yang beliau beri nama ‘Al-Ibanah’ yang beliau tulis di Baghdad ketika beliau masuk dan menetap di sana.”

3. Al-Hafiz Abu Utsman Ash-Shobuni seorang ulama Khurasan (wafat 449H). Diriwayatkan dari beliau bahawa setiap kali beliau keluar ke majlis tempat beliau menyampaikan pelajaran beliau selalu membawa kitab Al-Ibanah kerana kekaguman beliau terhadapnya.

4. Al-Hafiz Al-Faqih Abu Bakar Al-Baihaqi juga bermazhab Syafi’i (wafat 458H). Beliau berkata dalam kitabnya ‘Al-I’tiqad wa Al-Hidayah Ila Sabil Ar-Rasyad’ halaman 31: “Imam Asy-Syafi’i rahimahullah menyebutkan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang kita lafazkan dengan lidah kita dan kita dengar dengan telinga kita serta kita tulis pada lembaran-lembaran kita namakan Kalam Allah, dan bahawasanya Allah berfirman dengan hamba-hambaNya dengan mengutus RasulNya. Dan semakna dengan itu disebutkan juga oleh Ali bin Ismail (Al-Asy’ari) di dalam kitabnya Al-Ibanah.”

5. Ibnu Dirbas juga bermazhab Syafi’i (wafat 550H), di mana beliau berkata dalam sebuah risalah pembelaan beliau untuk Imam Al-Asy’ari yang berjudul ‘Adz-Dzubbu ‘An Abil Hasal Al-‘Asy’ari’: “Ketahuilah saudara sekalian, bahawasanya kitab ‘Al-Ibanah fi Usul Ad-Diyanah’ yang ditulis oleh Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari adalah kitab yang isinya beliau pegang teguh setelah beliau bertaubat dari Muktazilah kerana kurnia dan kasih sayang Allah, dan semua pandangan yang dinisbahkan kepada beliau sekarang yang bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam kitab (Al-Ibanah) tersebut, maka beliau telah bertaubat dan berlepas diri (bara’) dari semua itu, bahkan beliau sendiri menulis di dalam kitab tersebut bahawa itulah keyakinan yang beliau anut sebagai agama bagi Allah.”

6. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat 728H) berkata dalam ‘Al-fatawa Al-Humawiyah Al-Kubra’: “Abul Hasan berkata di dalam kitabnya yang diberi nama Al-Ibanah fi Usul Ad-Diyanah...” Kemudian beliau menyebutkan perkataan Al-Asy’ari.

7. Al-Hafiz Adz-Dzahabi (wafat 748H), beliau berkata dalam Al-‘Uluw li Al-‘Aliyyil Ghaffar: “Al-Asy’ari berkata di dalam kitabnya Al-Ibanah fi Usul Ad-Diyanah pada bab Al-Istiwa’... dan Adz-Dzahabi menyebutkan pandangan Al-‘Asy’ari dalam maslah Istiwa’.” Beliau kemudian berkata lagi: “Dan kitab Al-Ibanah adalah antara karya tulis Al-Asy’ari yang paling terkenal yang diperkenalkan secara meluas oleh Al-Hafiz Ibnu Asakir bahkan dijadikan pegangan oleh beliau, dan kemudian ditulis dengan tangan oleh Imam An-Nawawi.”

8. Al-‘Allamah Ibnu Farhun Al-Maliki (wafat 799H) berkata dalam kitabnya ‘Ad-Dibaj’: “Abul Hasan Al-‘Asy’ari memiliki karya tulisan antaranya: Kitab Al-Luma’ul Kabir, Al-Luma’us Shoghier dan kitab Al-Ibanah fi Usul ad-Diyanah.”

9. Ibnu Immad (wafat 1089H) berkata dalam ‘Syadzarat Adz-Dzahab’ (2/303): “Abul Hasan Al-Asy’ari berkata dalam kitabnya Al-Ibanah fi Usul Ad-Diyanah dan ini adalah kitab terakhir yang beliau tulis.”

10. As-Sayyid Al-Murtadha Az-Zubaidi di dalam ‘Ithaf As-Sadah Al-Muttaqin bi Syarh Ihya’ Ulumuddin’ (2/2): “Setelah kembali (bertaubat) dari Muktazilah, Abul Hasan Al-Asy’ari menulis Al-Mujaz dalam tiga jilid dan kitab yang sarat dengan faedah dalam membantah golongan Jahmiyyah dan Muktazilah, juga Maqalat Al-Islamiyyin dan kitab Al-Ibanah.”

Demikianlah bukti-bukti yang cukup kukuh menyatakan kitab Al-Ibanah merupakan kitab terakhir yang menjadi pegangan Imam Abul Hasan Al-‘Asy’ari rahimahullah. Terdapat banyak lagi bukti yang tidak dapat saya kemukakan di sini. Untuk lebih lanjut silalah merujuk Kitab “Abul Hasan Al-Asy’ari” ditulis oleh Syeikh Hammad bin Muhammad Al-Anshari, yang telah diterjemahkan juga oleh Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh, berjudul “Aqidah Salaf Pegangan Terakhir Imam ‘Asy’ari” Terbitan Dinie Publishers.




sumber : http://1aqidah.net/forum/5-aqidah/302-kitab-al-ibanah.html

Tiada ulasan: