Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Rabu, 14 April 2010

Dakwaan Dr Asri & Kenyataan Pengarah JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan orang ramai tidak menyalahkan pihaknya berhubung 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa oleh bekas mufti Perlis itu.

"Beritahu, kita siasat. Kita tidak dapat aduan. Jangan salahkan JAIS. Setakat ini memang tidak ada (laporan kepada JAIS)," katanya pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi.


Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Asri dalam kolumnya di Malaysiakini semalam yang mendakwa "upacara itu pula dibuat di masjid" oleh tokoh agama yang "bertauliah dan berjawatan" di negeri Selangor. Selanjutnya baca disini

Tiada ulasan: