Islamic Widget



Abdullah bin Umar radhiyallohu 'anhu berkata, "Manusia akan senantiasa berada di jalan yang lurus selama mereka mengikuti jejak Nabi shalallahu alayhi wasallam". (HR. Baihaqi, Miftahul Jannah no.197)

Ahad, 1 November 2009

Ikan Patin

Tentu anda tidak terbayang akan dapat seekor ikan Patin yang begini besar ketika anda memancing di sungai Pahang tetapi jika ituah rezeki yang Allah anugerahkan maka ia akan berlaku. Ana tinggal selama 6 tahun (1987-1992 ) di tebing sungai Pahang ketika belajar di Sekolah Menengah Agama A-Wosto Kampung Berhala Gantang lebih kurang 30 kilometer dari Bandar Temerlaoh satu ketika dahulu.

Betapa indahnya zaman persekolahan kami dahulu apabila seawal 5 pagi kami sudah terjun ke sungai untuk mandi walaupun air paip ada tetapi suasana berkubang itulah yang menyeronokan.

Apabila tamat waktu belajar antara aktiviti kami ialah memancing. Sungguh seronok pada ketika itu kerana walaupun duduk diasrama tetapi kebebasan kami untuk keluar masuk sekolah luar biasa kerana pada ketika itu tiada warden tinggal di asrama dan ketika itu sekolah ini baru bertukar tangan dari sekolah persendirian dan diambil alih oleh Majlis Agama Pahang.

Sikeliling sekolah ketika itu masih diliputi dengan kebun getah, kebun kelapa dan dusun buah-buahan orang kampung.

Hasil dari kami memancing itu akan kami oleah pelbagai yang biasanyanya kami bakar je. Antara jenis ikan yang biasa kami dapat ialah lampam jawa, tilan, kaloi, kerai, belida, patin, udang galah dan sebagainya kadang-kadang labi-labi pun dapat juga. Kami biasa melihat ikan besar bermain-main ditengah-tengah sungai namun tak sangka pak nelayan ( gambar diatas ) boleh dapat ikan patin sebesar itu. Saya sangat rindukan al-Wosto. Alhamdulllah itulah rezeki namanya.

Tiada ulasan: